Bab 8

5.7K 316 83
                                    

         Haziq mengorak langkah ke arah keretanya. Dia meletakkan keretanya di belakang bangunan kerana semua tempat letak kereta sudah penuh. Tangannya naik menyeka peluh yang merenik di dahi. Cuaca hari ini sungguh panas sehingga naik pening kepalanya.

Dia berasa dirinya diperhatikan dari belakang sejak dia keluar dari sebuah restoran selepas lunch. Tetapi apabila dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa pun yang mengekorinya. Mungkin perasaannya sahaja.

Baru sahaja hendak mengeluarkan kunci keretanya, ada seseorang menjerit ke arahnya. Dia menoleh ke tepi dan melihat ada seorang lelaki memakai hoodie hitam, kaca mata hitam dan mask yang juga berwarna hitam.

‘Gila ke cuaca panas terik macam ni pakai macam tu?’, gumam Haziq.

Lelaki berhoodie itu melangkah ke arah Haziq. Sampai sahaja di depan Haziq, tidak semena-mena lelaki itu menumbuk Haziq kuat di pipi.

Haziq terdorong ke belakang.

“Kau pahal? Dah lah tak kenal aku, datang je tumbuk.”

Lelaki itu ketawa besar mendengar kata-kata Haziq.

“Aku kenal kau. Terlebih kenal, Haziq.”

“Kau..aku harus hapuskan kau..demi rancangan aku!”

Selepas menuturkan kata-kata itu, lelaki tersebut meluru ke arah Haziq. Haziq yang belum bersedia ditumbuk di perut dan disepak. Sementara Haziq menunduk memegang perutnya, lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poket belakang seluarnya.

“Kau..hanya akan merosakkan rancangan aku.. semua yang dekat dengan Melati, harus dibunuh!”

“Kau..kau lelaki psiko tu!”,jerit Haziq.

“Ya, aku lah.. Hahahaha..”, lelaki tersebut mencerlung ke arah Haziq.

“Aku akan pastikan rancangan kau gagal. Lagipun, Melati dah bertunang!”

“Kau fikir, aku kesah? Semua yang rapat dengan Melati, satu persatu akan jadi mangsa aku.. dimulai dengan..”, kata-kata lelaki itu terhenti di situ lalu dia berlari ke arah Haziq.

“Kau!”, jerit lelaki itu kuat sambil menghunus pisau ke arah Haziq.

Namun, hunusan pisau itu tidak terkena pada Haziq apabila Haziq lebih cepat mengelakkan dirinya ke tepi.

“Ciss!”

Haziq cuba memegang tangan lelaki itu namun lelaki itu meronta dan pegangan Haziq terhadapnya terlepas.

Lelaki itu perlahan-lahan menuju ke arah Haziq dan menyepak perut Haziq. Haziq terdorong ke belakang dan darah keluar tersembur dari mulutnya.

Sejurus itu juga, lelaki itu memegang tangan Haziq lalu memulas tangan Haziq sehingga berbunyi. Muka Haziq ditumbuk bertalu-talu sehingga Haziq rebah di atas jalan.

“Erghh..”, Haziq mengerang kesakitan.

Haziq cuba berdiri namun belum sempat dia berdiri, lelaki itu memijak belakang Haziq dengan kuat. Dia kemudiannya duduk mencangkung dan menarik rambut Haziq kuat.

“Argh!”, jerit Haziq lemah.

“Kau.. jangan nak berlagak hero dalam cerita aku. Kau tu lemah.. dasar manusia lembik!”

Lelaki itu mengangkat Haziq berdiri. Haziq yang lemah itu hanya menurut lelaki tersebut.

Dengan tiba-tiba, lelaki itu menghunus pisau ke arah perut Haziq. Mata Haziq terbuka luas tatkala terkena tikaman pisau itu. Darah makin galak keluar dari mulutnya.

“Kau.. takkan mampu, kalahkan aku.”

Lelaki tersebut melepaskan Haziq secara tiba-tiba. Haziq rebah menyembah jalan dalam kesakitan. Lelaki itu memijak perut Haziq di tempat yang terkena tikaman dengan kuat.

Dia tidak menghiraukan Haziq yang mengerang kesakitan. Satu kepuasan bagi dirinya apabila mendengar orang lain menjerit kesakitan.

“Ingat, aku watak utama cerita ni.. Kau.. hanyalah watak lemah yang akan mati ditangan aku..”

“Ini..hanyalah permulaan.. kerana aku MJ, suka melihat penderitaan orang lain dengan perlahan-lahan.”, sejurus mengatakan kata-kata tersebut, lelaki itu ketawa kuat.

Lelaki itu kemudiannya berjalan pergi dari situ meninggalkan Haziq apabila mendengar derapan kaki yang akan melangkah masuk ke lorong itu.

Nama lelaki tersebut yang dikenali sebagai MJ masih terngiang-ngiang di telinga Haziq. Haziq pula ketika ini, hanya mampu mengerang kesakitan tanpa dapat berbuat apa-apa. Sungguh, dia terlalu lemah ketika ini. Telinganya dapat menangkap jeritan seorang lelaki yang menjerit terkejut sebelum berlari menuju ke arahnya. Matanya perlahan-lahan ditutup.

      

           Melati yang mendapat panggilan daripada pihak polis segera bertolak ke hospital dengan ditemani Che Yah. Sebentar tadi dia menelefon Hafizul untuk memberitahu bahawa dia ingin ke hospital dan Hafizul berkata ingin menemaninya. Namun tidak lama kemudian, Hafizul menelefonnya kembali dan menyatakan bahawa bosnya menyuruh dia menghadiri satu mesyuarat di daerah lain dan tidak sempat untuk ke hospital.

Sampai sahaja di hospital, Melati dan Che Yah menuju ke arah seorang nurse yang bertugas di kaunter dan menanyakan tentang wad yang diduduki oleh Haziq sekarang. Selepas mendapat tahu wad Haziq, mereka segera menuju ke wad yang berada di tingkat lima.

Baru sahaja ingin menolak pintu wad, ada seseorang menarik pintu itu dari dalam. Seorang doktor yang memegang kot putih dan seorang nurse yang menolak medical troly yang diletakkan peralatan yang digunakan doktor keluar dari wad tersebut.

“Macam mana keadaan Haziq, doktor?”, Melati bertanya kepada doktor tersebut.

“Buat masa sekarang, pesakit belum sedarkan diri. Keadaan pesakit sangat lemah kerana dia telah kehilangan banyak darah. Pesakit juga telah patah tangan kanannya.”

“Cik ni, ahli keluarga dia?”, tanya doktor.

“Bukan, saya kawan dia. Boleh saya melawat dia?”

Doktor tersebut mengangguk faham.

“Maaf cik, tiada sesiapa dibenarkan melawat pesakit kecuali ahli keluarga pesakit. Saya minta diri dulu.”

Doktor tersebut berlalu pergi dari situ diekori dengan nurse tadi. Sebaik sahaja kelibat doktor itu hilang dari pandangan, Melati menuju ke pintu wad Haziq. Dia melihat Haziq terbaring kaku melalui cermin di pintu wad.

Luluh hatinya melihat keadaan Haziq. Tangan kanan yang berbalut dan banyak wayar melekat di badannya. Tidak semena-mena air matanya mengalir jatuh ke pipi. Perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya kerana dia tahu, Haziq menjadi begitu kerana dirinya. Kerana dirinya, nyawa Haziq berada dalam bahaya.

Che Yah menarik Melati dan menyuruh Melati duduk di kerusi yang disediakan di luar wad itu. Dia mengusap belakang Melati dan menyuruh Melati bertenang kerana semuanya telah berlaku. Tiada guna jika menangis air mata darah sekalipun.

“Tapi Che Yah.. semua yang berlaku adalah kerana Melati.. Melati menjadi punca nyawa semua orang dalam bahaya.”

“Sudah la tu, Melati. Sekarang ni kita semua kena berhati-hati. Takut Hafizul pula yang menjadi mangsa. Hanya Haziq dan Hafizul yang rapat dengan kamu.”

Melati tergamam mendengar kata-kata Che Yah. Betul apa yang dikata oleh Che Yah itu. Mungkin Hafizul adalah mangsa seterusnya!



        Lelaki itu meletakkan pisau yang masih mempunyai kesan darah Haziq di atas meja. Kemudian, dia duduk di atas kerusi dan ketawa.

“Kau.. nak kalahkan aku? Dalam mimpi..”

“Selagi kau tak mati.. aku akan buat kau derita..hahahaha”

“Kau fikir, aku kesah dengan kata-kata kau? Melati tetap milik aku.. sampai mati.”

Dia kemudiannya membuka laci meja dan mengeluarkan sekeping gambar.

“Kau.. mangsa seterusnya..”

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now