Bab 6

6K 350 48
                                    

         Haziq bergegas menuju ke rumah Melati apabila mendapat panggilan daripada gadis itu sebentar tadi. Mendengar suara Melati yang bercakap tidak kedengaran jelas tambahan lagi gadis itu sedang menangis membuatkan dirinya tidak senang.

Dia turun dari keretanya dan melangkah laju ke dalam kawasan rumah Melati. Kelihatan seorang wanita yang berusia empat puluhan berada di samping Melati. Mereka duduk di atas kerusi di luar rumah Melati. Wanita itu nampaknya sedang memujuk Melati supaya bertenang.

"Assalamualaikum.. kenapa ni?"

Melati mengangkat wajah sebaik sahaja mendengar suara Haziq menyapa. Dia tidak bersuara tetapi hanya menggelengkan kepalanya sambil tangannya dituding ke arah pintu rumahnya.

"Pagi tadi selepas saya hantar anak saya ke sekolah, saya dengar Melati ni menjerit kuat. Saya pun datang lah tengok takut ada apa-aap yang terjadi dekat dia.

Bila sampai je depan rumah dia, saya nampak darah mengalir dekat pintu. Bila saya pergi dekat baru saya tahu yang kucing Melati tu kena bunuh.", Che Yah bersuara apabila melihat Melati masih bersedih dan tidak mengeluarkan suaranya.

Mendengar sahaja penjelasan Che Yah, Haziq segera mengatur langkah ke arah pintu rumah Melati. Dia mengerutkan dahinya sebaik sahaja melihat bangkai kucing yang mula mengeras itu. Dia mengundur kembali menuju ke arah Melati dan Che Yah.

"Melati, awak rasa kejadian ini ada kaitan dengan kejadian sebelum ni?"

Melati mengangguk perlahan sambil matanya melirih ke arah pintu rumah.

"Boleh awak terang sikit kenapa awak cakap ada kaitan dengan yang sebelum ni?"

"Semalam ada mesej sampai. Kes pembunuhan yang masuk dalam berita semalam tu pun berpunca daripada dia. Mangsa bunuh semalam tu merupakan pelanggan yang datang pada waktu petang ke cafe tempat saya bekerja.

Malah, pesanan pelanggan tu pun saya yang ambil semalam. Semuanya kerana saya.. kerana saya.. nyawa orang lain yang melayang. Saya memang tak berguna kan.

Jadi.. tidak mustahil untuk lelaki psiko tu bunuh mocha sedangkan orang pun dia sanggup bunuh"

Haziq hanya diam mendengar penjelasan Melati. Kepalanya ligat memikirkan rentetan peristiwa yang berlaku sejak malam kejadian. Ada banyak perkara yang mencurigakan.

"Nanti awak forward mesej semalam tu kepada saya.",kata Haziq

Selepas mengambil sedikit penerangan dari Melati, Haziq membantu Melati menanam bangkai kucing tersebut di belakang rumahnya. Che Yah pula menolong Melati untuk membersihkan kesan darah yang melekat di lantai setelah darah tersebut kering.

Sebelum pergi menuju ke tempat kerja, Haziq sempat berpesan kepada Che Yah supaya tolong memerhatikan Melati dan kawasan rumah. Takut jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku lagi. Makin lama makin banyak kerja gila yang dilakukan oleh lelaki gila itu.

         Melati tetap menuju ke tempat kerjanya walaupun dia masih bersedih dengan kejadian yang menimpa kucingnya. Selepas ini, dia tiada lagi peneman di kala dia sunyi. Sekarang, dia langsung tiada apa-apa yang ditinggal oleh ibu bapanya kerana kucing yang merupakan satu-satunya hadiah dari arwah ayahnya juga telah pergi meninggalkan dirinya.

Mulai pagi itu, Melati menyuruh seorang lagi pekerja yang merupakan seorang waiter juga di cafe itu untuk mengambil pesanan jika pelanggan yang datang adalah lelaki. Takut jika dia yang mengambil pesanan kepada pelanggan lelaki, lelaki tersebut akan menjadi mangsa terbaru.

"Melati.. kenapa kau suruh Ija yang ambil pesanan kalau pelanggan tu lelaki?",tanya Maria.

"Saja.."

"Kau ada tengok berita semalam? Takut betul aku takut tengok berita tu. Mangsa bunuh semalam tu dia datang ke cafe ni petang tu..lepastu masa nak balik rumah, dia kena pukul dan bunuh. Eii ngeri betul."

Melati hanya mengangguk.

"Ya. Aku tengok semalam. Pelanggan tu.. aku yang ambil order semalam. Aku ingat wajah dia."

Mereka berdua kembali menyambung kerja apabila pelanggan mula datang ke cafe. Pelanggan biasanya akan mula menyerbu cafe pada waktu tengah hari iaitu pada waktu rehat bagi pekerja yang bekerja di pejabat. Maka, tidak menang tanganlah mereka melayan kerenah pelanggan.

Melati menuju ke arah seorang pelanggan perempuan muda yang baru datang tidak sampai lima minit dan duduk di satu sudut dalam cafe itu. Sebelum itu, Melati menuju ke seorang pelanggan yang merupakan mak cik perempuan yang sudah agak tua untuk mengambil pesanan.

“Kenapa lambat datang ambil order saya?”, kata perempuan muda itu.

Belum sempat Melati membuka mulutnya, perempuan itu menyoal lagi.

“Tahu tak saya dah lama datang?”

Muka Melati merah padam. Sudahlah waktu itu ramai pelanggan, perempuan itu menyoalnya dengan kuat pula. Habis semua pelanggan lain melihatnya termasuk pelanggan yang merupakan mak cik tua tadi.

“Tadi..”

“sudahla.. ambil order saya cepat.”,pintas perempuan muda itu.

    
       

         Beberapa bulan telah berlalu dan Melati masih diganggu sehingga hari ini. Semuanya sangat memenatkan apabila setiap kali dia diganggu dia perlu melaporkan kepada Haziq. Dia tertekan dengan masalah yang dihadapinya.

Melati menolak pintu cafe tetapi cafe tersebut sunyi. Kebiasaannya Maria dan Ija lah orang yang awal sampai ke cafe berbanding dirinya. Nak kata mereka berdua belum sampai, pintu cafe tidak berkunci apabila dia menolaj pintu itu. Cafe itu juga agak gelap, tiada cahaya yang masuk.

Melati melangkah masuk ke dalam cafe itu dan serta-merta lampu cafe dihidupkan. Beberapa kenalan lama dan kawan-kawan sekerjanya turut berada di situ sambil bersorak gembira.

“Happy Birthday to you,

Happy Birthday to you,

Happy Birthday to Melati,

Happy Birthday to you.”

Melati menoleh ke arah kanannya sebaik sahaja mendengar nyanyian itu sambil diiringi dengan tepukan kawan-kawannya.

Hafizul yang sedang tersenyum menghiasi pandangannya.

Hafizul mendekati Melati sambil membawa kek hari jadinya. Pisau kek dihulur kepada Melati kemudian dia menyuruh Melati memotong kek itu dan dia mengambil secubit kek itu lalu disua ke mulut Melati.

Kata Maria, Hafizul sudah menempah satu cafe untuk menyambut hari jadinya. Melati yang mendengar sangat terharu dengan apa yang dilakukan oleh Hafizul. Hafizul juga sanggup menghubungi kenalan lamanya untuk bersama-sama menyambut hari jadinya.

Maria menunjukkan satu meja yang dipenuhi oleh hadiah sempena hari jadinya. Kata Maria, itu semua daripada kawan-kawan yang turut menyertai sambutan hari jadi itu.

Selesai sambutan hari jadi, Melati dihantar ke rumah oleh Hafizul. Hadiah-hadiah yang diterima Melati pada hari itu juga di bawa balik. Melati tersenyum gembira.

Baginya, hari itu adalah hari yang paling gembira buatnya. Dia begitu tidak menyangka dengan kejutan yang tidak disangka-sangka itu. Kata Melati pada Maria tadi, dia akan tersenyum dan tidur lena sepanjang malam nanti.

Namun, tanpa disedari oleh Melati, itu semua merupakan satu peluang untuk mamat psiko itu memulakan rancangannya yang lain.


      Seorang lelaki ketawa lalu tersenyum sinis. Gambar-gambar yang berada di tangannya dipandang berulang kali.

“Melati.. Melati.. Kau dah masuk dalam sangkar burung aku.”

Dia mencapai pen lalu menulis sesuatu di belakang gambar itu.

Kau..selamanya milik aku..sampai MATI..

       

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now