Dr. Gabriel menulis sesuatu atas sekeping kertas sebelum menyerahkan kepada Riz yang setia di sisi Avryn.

Riz mengambil kertas itu dan meminta diri untuk keluar bagi membeli ubat yang disuruh.

"Thanks, Gab."

Avryn mengukirkan senyuman nipisnya kepada Dr. Gabriel yang sudah mengemas barangnya.

"It's my duty anyway. Siapa ini? Tak pernah nampak pun,"

Dr. Gabriel bersuara sambil berjalan keluar dari bilik itu diikuti Avryn dari belakang.

"Kawan aku. Tadi ajak aku dinner jadi aku pun pergi rumah dia. Tengok-tengok kena belasah dengan adik dia. Nasib baik aku bawa Riz tadi,"

Avryn terangkan kejadian di rumah Zayden lalu berdiri di hadapan lif.

"Ok then. I take leave first. I got some work to do. Later I'll come to check on him. Just ring me if anything urgent," pesan Dr. Gabriel sebelum masuk ke dalam lif.

"Sure and thank you," ujar Avryn dan dibalas anggukan dari Dr. Gabriel sebelum pintu lif tertutup rapat.

Avryn masuk semula ke dalam bilik yang Zayden berada dan dua orang bodyguards sedang berdiri di sisi katil sambil memerhatikan Zayden.

"I'll take care of him. Both of you can go. Ask Riz to see me tomorrow early in the morning. Thanks for the help,"

Avryn berkata dengan senyuman kecil.

Dua orang bodyguards itu lantas mengangguk dan keluar dari bilik itu.

Avryn mendekati Zayden yang terbaring di katil dan megambil tempat di kerusi yang berada berhampiran katil itu.

"Suka nak berahsia betul. Lain kali cakap sahaja," ujar Avryn perlahan sambil menongkat dagu melihat raut wajah Zayden yang kacak walaupun ada luka.

'Greek god'

Wajah ini yang membuatkan jantung dia marathon, wajah ini telah membuatkan dia melupakan kesedihan yang dia ada walaupun sementara dan wajah ini juga mungkin bertakhta di hatinya kelak.

Who knows? Only the Almighty!

"Saya tahu semuanya tentang awak tetapi nak dengar dari mulut awak sendiri,"

Avryn berkata perlahan sambil memegang tangan Zayden yang sudah sejuk akibat pendingin hawa.

"I wish that I was a common people who can love and care for anybody I wanted to," kata Avryn dengan sayu sambil merenung dalam muka jejaka yang terbaring lemah di hadapannya.

Avryn melepaskan tangan Zayden sebelum mengesat air mata di tubir mata.

"Sleep well and get well soon mi ser amor,"

Avryn mengusap lembut pipi Zayden sebelum bangun dari kerusi.

Avryn menarik comforter menutupi badan Zayden yang terdedah sebelum menaikkan suhu pendingin hawa supaya tidak terlalu sejuk.

Dia mengerling sekali lagi ke arah Zayden sebelum keluar dari bilik tetamu itu menuju ke biliknya yang berada di sebelah.

***

Avryn keluar dari bilik air selepas membersihkan diri. Dia melirik ke jam di dinding dan tepat menunjukkan 11 malam. Hari itu memang memenatkan baginya tetapi nasib menyebelahinya kerana esok hujung minggu.

She can rest for two days at least.

"Ada banyak kerja office bertimbun. Baru pukul 11,"

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now