.

.

"



Macam mana sedap tak suara aku tadi?"




"Ceh. Saya pun boleh lah." kata Eunha tidak mahu mengalah.




"Kalau macam tu nyanyi lah." Jungkook pula mencabar Eunha.



"Ok. Esok kiorang jumpa cikgu untuk bagi nama."




"Kitaorang? Bukan kau sorang je ke?"




"Tak saya dengan member saya. Ingat awak je ke ada member? Saya pun ada lah." kata Eunha seraya berdiri dari duduknya yang tadi duduk di bangku taman sekolah itu.




"Apa-apa lah. Duduk balik." kata Jungkook menyuruh Eunha duduk disebelahnya semula.




Eunha hanya menurut lalu duduk semula di sebelah Jungkook. Menghabiskan waktu rehat mereka berdua di situ.




Macam mana diorang berdua boleh berjumpa sedangkan nak sembunyikan hubungan mereka?




...





Flashback...

Semua pelajar bagi kelas mereka itu, mula menyusun barang-barang mereka masuk ke dalam beg masing-masing lalu berjalan ke luar kelas untuk pergi ke dewan tetutup sekolah bagi subjek pelajaran mereka seterusnya iaitu subjek sukan.





Tapi sebelum menuju ke dewan tertutup sekolah itu mereka pergi menukar pakaian seragam sekolah ke baju sukan kemudian bergerak ke dewan tertutup sekolah mereka.



Dia sana mereka semua melakukan berbagai aktiviti sukan seperti bermain bola tampar, bola keranjang, takraw dan badminton.




Bukan semua yang ikut bermain sukan masa itu. Ya itu pun disebabkan tiada guru yang mengawasi mereka.




Menurut kata ketua kelas, guru yang sepatutnya bersama-sama mereka tidak dapat datang awal seperti waktu dalam jadual. Tapi datang ketika hampir tamat waktu pembelajaran sukan itu. Jadi tiada yang menjaga, suka hati lah nak buat apa.




Setelah selama 40 minit berada di dalam dewan tertutup sekolah, batang hidung guru yang mengajar mereka belum tiba lagi sedangkan tidak lama lagi waktu lonceng berbunyi menandakan waktu rehat bakal berbunyi.




Jadi atas arahan ketua kelas, mereka semua bersurai dari dalam dewan itu.




"Eun, aku nak pergi ke tandas dulu tau. Jadi kau pergi tukar baju dulu lah. Aku pergi dulu." kata Yuju seraya dengan laju memintas pelajar lain untuk ke tandas. Hmm, nampak macam tak tahan sangat nak ke tandas.




Eunha hanya tersenyum melihat kawannya itu berjalan laju. Eunha pula malas mau jalan laju-laju sangat. Biarlah dia jadi orang terakhir yang masuk ke dalam bilik persalinan mereka untuk menyalin pakaiannya nanti.




Waktu begini, memang sah semua pelajar kelas mereka berebut nak tukar baju sebab akan rehat. Siapa nak rehat lambat? Lapar wuii.




Sedang Eunha sibuk berjalan sambil menatap lantai jalan, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah apabila terasa baju bahagian belakangnya ditarik.




[hiatus] Our Secret RelationshipWhere stories live. Discover now