"Sampai hati tau mainkan saya! Saya takut tau tak. Kalau jadi betul-betul macam mana?"

"Auch, auch, sayang! Dahlah tu. Sakitlah." Tangan kecil Medina ditahan oleh Julian dari terus memukulnya. Terbatuk-batuk Julian dibuatnya. Tak cukup dengan itu, dicubit pula isi perut Julian sekuat hati. "Sayang! Sakitlah! Bie minta maaf lah. Bie gurau je."

"Bergurau? Bergurau apa kasar macam itu?"

"Bergurau kasar namanya tu, sayang."

"Banyaklah awak!" Medina menghamburkan kemarahannya dengan membaling satu lagi bantal yang berselerak diatas katil ke muka Julian.

"Honey, bie dah cakap sorry kan?"

Medina peluk tubuh.

"Kita dekat mana ni? Kenapa bie tempah hotel lagi? Kan kita dah setuju nak balik rumah," soal Medina. Julian mengutip semula barangan yang berselerak diatas lantai lalu diletakkan semula ke tempat asalnya. Selepas itu, baru dia menjawab soalan Medina yang dibiarkan sepi seketika.

"Balik rumah lah ni," balas Julian, pendek.

"Rumah siapa ni?"

"Rumah siapa lagi kalau bukan rumah kita?" Julian melabuhkan punggung disebelah Medina. Medina terlopong hebat. Dagu Medina dipagut Julian supaya tidak terus melopong.

"Rumah kita?"

"Ya. Jom, alang-alang honey dah bangun ni. Kita tengok-tengok rumah kita." Julian bangun dari duduknya. Almari baju dituju sebelum dia mengeluarkan seluar pendek. Seluar pendek itu sarung selamba dihadapan Medina.

Alah, Medina tak nampak! Sibuk tengok dekorasi bilik mewah inilah.

Julian menggenggam tangan Medina keluar dari bilik itu. Dibukanya semua lampu disetiap pelosok rumah itu. Satu-satu bilik dikunjungi Medina. Selepas itu, mereka turun ke tingkat bawah pula. Sekali lagi, mulut Medina melopong besar melihat suasana rumah besar milik Julian itu. Dilepaskan genggaman tangan Julian lalu dia segera ke dapur.

Terngaga mulut Medina melihat dekorasi dapur yang maha besar itu. Dibukanya setiap kabinet. Semua kabinet itu sudah tersedia barangan dapur yang pelbagai. Rempah ratus, tepung dan segala barangan yang penting.

Medina meluru ke ruang tamu pula. Kali ini, mulut ditekupnya. Dia terasa lututnya longgar. Julian yang baru tiba disebelahnya ditoleh dengan mata yang terbuntang.

"Are you kidding me, Julian?"

"No. This is our home."

"Apa lagi yang ada dekat rumah ni? Tell me!"

"Erm, ada enam buah bilik tidur. Dua master dan empat lagi bilik basic. Dekat atas ada gym dan perpustakaan mini. Dekat tingkat bawah pula ada satu bilik kecil. Bie jadikan bilik tu sebagai bilik stor. Ada dapur. Ada ruang tamu. Ada bilik air satu dibawah dan dua diatas dan ada juga ruang khas untuk dobi baju. Dekat luar pula, ada hall untuk kita duduk lepak-lepak. Dan yang paling penting ada swimming pool," jelas Julian seperti orang menjual rumah. Medina terlompat teruja.

"No way!"

"Yes way," balas Julian tenang. "Do you like it?"

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now