Dalam Kegelapan

12 2 8
                                    

#DudukRumah SeramMY

Aku kaku melihat skrin komputer riba aku. Tak, bukan kerana aku sedang menahan marah akibat kalah lagi dalam permainan PUBG seperti yang selalu aku lakukan. Tapi, kerana...

"Hihihihihi..."

Ya, ilaian perlahan itu. Bersama dengan lampu bilik yang tiba-tiba saja mati. Dahlah jadi masa tengah main permainan hantu. Bulu romaku meriding.

Dalam kegelapan, hanya diterangi lampu meja, berserta dengan tawa mengilai yang entah dari mana. Okay, mungkin sudah sampai masa aku beradu.

Segera aku melompat ke atas kaki, dengan tangan menggeletar selimut kutarik menutupi dari kaki ke kepala. Macamlah pakai selimut hantu tak kacaukan.

"Hihihihi..."

Duh, mengilai lagi. Entah apa yang lawak sangat akupun tak faham.

"HIHIHIHIHIHIHI!!!"

Makin kuat pula dia mengilai. Peluh dingin sudah membasahiku. Tubuhku menggeletar. Sambil menutup mata serapat mungkin, aku sedaya upaya cuba membaca apa saja ayat Al-Quran yang terlintas di minda.

Tapi serius, kalau kau dekat tempat aku, banyak mana ja ayat yang kau boleh baca saat-saat genting camni. Mahu menangis aku. Apakah sudah tibanya masa untukku pergi?

"QASYAAAAA!!!"

Dah, dia panggil nama pula dah. Takkan aku nak, ya saya sambil angkat tangankan. Memang idok lerrr.

"QASYAAAAAAAAAA!!!"

Diamlah. Suara kau tak sedap. Pergilah kacau orang lain. Ummi, tolong Qasya ummi. Qasya tak nak mati lagi.

"KELUAR KAU! KELUAR!"

Janganlah buat lawak wei. Nak keluar ke mana? Kul 3 pagi buta, masa-masa PKP ni. Airmata sudah mula bergenang. Allah... ummi...

'BUK!!!' Bunyi sesuatu jatuh serentak dengan goncangan kuat pada katilku.

Tangan kubawa menekap kuat kedua belah telinga. Tubuhku menggigil ketakutan. Dahlah menggigil, tambah lagi terhayun dek goncangan di katil. Ummi, tolong Qasya...

Dalam aku bermonolog, aku sedari keadaan kembali sepi.

Jantung masih berdegup laju mengalahkan peserta marathon. Aku mengira-ngira dalam hati, menanti apalagi yang akan terjadi.

5 minit.

10 minit.

Apakah makhluk itu sudah pergi?

Mata yang sedari tadi tertutup rapat kupicingkan. Ingin memerhati keadaan sekeliling, sedangkan kepalaku masih lagi terbungkus dek selimut. Lumrah mungkin, bukan mudah nak berfikiran praktikal masa-masa macam ni.

Cahaya menyinar masuk ke dalam selimut tipisku. Lampu bilik sudah hidup kembali.

Perlahan-lahan kubuka selimut, hanya pada bahagian muka. Yalah, takkan nak buka terus, kang dia datang balik naya aku.

Tetap senyap.

"Alhamdulillah ya Allah..." Mengalir airmataku bersyukur. Aku masih hidup wei.

Sepantas mungkin aku berdiri ingin mencapai telefon pintar yang tertinggal di ruang tamu. Telefon itu kuperlukan untuk memasang ayat Al-Quran.

Namun, belumpun sempat menapak mendekati pintu,

"BANG!" Pintu terbuka luas.

"UMMIIIIIIIIII!!!" Jeritku sekuat hati dengan mata spontan tertutup rapat. Kini terjelepok di tepi dinding, selimut menutupi seluruh tubuhku. Airmata deras mengalir.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Qasya. Happy birthday to youuuuu..."

Suara beberapa manusia saling bertindih menyanyikan lagu harijadi itu.

Segera aku membuka selimut melihat ke arah manusia-manusia yang amat kukenali di hadapanku kini.

Qini, Ichal, Rihan.

Spontan selimut kubaling ke arah mereka. Tanda sakit hati dipermainkan. Tapi juga bersyukur ini semua cuma satu usikan. Qini yang memegang kek di tangan mengelak.

"Kejamlah korang!" Sambil teresak aku berkata.

Tapi..... siapa yang menggoncang katilku, kalau semua dari luar?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#DudukRumahWhere stories live. Discover now