Terperangkap Dalam Buku

16 2 1
                                    

#DudukRumah FantasiMY

Bosan. Daripada tak buat apa, baik aku baca novel. Kupandang barisan novel dirak buku yang mula mengumpul habuk. Sebuah novel berkulit keemasan yang tak pernah ku lihat sebelum ini menarik perhatianku. Novel itu kucapai.

"Bila masa aku beli buku ni?" Kepala yang tak gatal kugaru.

'Utopias' Tajuk dihadapan muka novel kubaca. Kuterbalikkan novel itu untuk membaca sinopsisnya pula.

'Datanglah,
Utopias ini milikmu,
Datang dan kau takkan ingin kembali.'

Jantungku berdegup kencang usai membaca dikripsi itu. Seperti ada suatu kuasa ghaib yang memukauku membukanya.

Tangan seolah punya ada fikiran sendiri bilamana belumpun akal bergerak tangan sudah membuka novel itu. Cahaya terang menyilau pandangan. Mataku tertutup rapat. Tubuh terasa diawangan.

Mulutku terlopong luas saat melihat pemandangan yang terhidang bila mata kubuka kembali.

Pelbagai jenis bunga mekar kembang terbentang sejauh mata memandang. Terlihat rama-rama berterbangan. Atau lebih layakku gambarkan seperti pari-pari. Langit berwarna kefirusan. Darinya berjatuhan ketulan seperti salji namun tidak sejuk dan selembut kapas. Udara yang kuhirup terasa manis. Seperti ada gula-gula di dalamnya.

"Argh!" Jatuh terduduk aku ke belakang bilamana tidak semena terdapat sebentuk kepala terbalik tepat di hadapan pandanganku.

Tidak, bukan wajahnya yang terbalik. Tapi dia. Dia sedang berdiri secara terbalik diawangan. Aku ulangi. DIAWANGAN. Semakin melopong aku jadinya.

"Yo!" Sapanya. Terbang mendekat lalu duduk bersila, terapung di hadapanku.

"Kau siapa? Aku dimana?"

"Aku baru nak tanya kau benda yang sama. Kau siapa? Macam mana kau boleh muncul tiba-tiba kat sini?"

Aku termangu, "Aku?? novel.. Utopias.." Entah apa yang kuperkatakan aku pun tak faham.

Kulihat matanya membulat. Terkejut mendengar perkataan yang aku ucapkan.

"Kau.. Kau Dimensyien! Pembuka gerbang dimensi!" Jeritnya. Teruja.

Dimensyien! Gerbang dimensi?

"Pergh! Aku tak percaya aku tengah cakap dengan Dimensyien." Dia lantas menarik pergelangan tanganku mengikutinya.

Kini mataku pula membulat. Aku... terbang! Aku boleh terbang. Sama macam dia.

"Inilah Utopias! Meh aku tunjukkan kau dunia aku! Aku Varen. Dah lama aku nak jumpa Dimensyien. Tak sangka impian aku jadi realiti gak." Dia terus berceloteh sambil kami terbang di udara.

"Tak ramai boleh buka gerbang dimensi. Dan mereka dipanggil Dimensyen."

"Tu sungai keju. Tu pula ikan udara. Tu istana hantu." Dia memberitahu sambil menunjuk perkara yang kami lintasi.

Adrenalinku mengalir laju. Tidak pernah kulihat pemandangan sebegini. Dapat kulihat naga ais. Pelanduk besi. Bangunan dari daun. Terlalu banyak untukku ungkapkan.

Magis. Hanya itu terlintas difikiranku.

"Hati-hati!" Laungan Varen menerpa telingaku.

Terlambat. Aku yang sedang asyik melihat pemandangan yang sungguh menakjubkan saat itu tidak sedar seekor kumbang api gergasi terbang di hadapanku. Kami berlanggar.

Tubuhku terbang tanpa kawalan. Aku terkapai. Dapat kulihat Varen meluru ingin mencapai tanganku. Namun, aku semakin laju menjunam jatuh.

"Argh!" Jeritku. Dahiku berkerut menahan perit terjatuh menyembah tanah. Seketika terasa seperti tulang terpatah dua.

'Varen!' Nama budak lelaki yang mungkin sebayaku itu terlintas difikiran. Spontan aku membuka mata. Ingin melihat keadaannya.

Seolah ada pisau tajam menusuk hatiku bilamana yang menghiasi pandangan hanyalah siling putih bilikku. Hampa.

'Utopias!' Tajuk itu pula terpacul diminda. Pantas aku melilau di sekelilingku. Mencari keberadaan novel itu. Pencarianku sia-sia. Kini semuanya hanya tinggal memori indah.

#DudukRumahWhere stories live. Discover now