Angkara Wabak

17 4 11
                                    

#DudukRumah FiksyenSainsMY

'Ugh! Stress!' Aku mendengus. Tekanan membaca pelbagai berita mengenai tangkapan mereka yang melanggar arahan PKP. Apalah bijak sangat mereka ni. Bukannya susahpun arahan tu, suh duk umah je.

Malas memikirkannya, telefonku matikan lalu berbaring di atas sofa. Ingin beradu. Manalah tahu bangun-bangun dah habis tempoh PKP. Manalah tahukan. Huhu.

Mataku pejam. Tidak lama, fikiranku sudah melayang.

"ARCHIE! BANGUN!"

Mata masih tertutup, tetapi bebola mataku bergerak perlahan. Separa sedar aku menggosok telingaku kasar. Rimas. Siapalah malaun yang terjerit-jerit ni. Kacau orang tidur ja.

"ARCHIE!"

"ISH! KAU PESAL! ARCHIE, ARCHIE!" Tinggi suaraku.

Aku mendengus kuat. Amarahku meluap. Pantang bebeno aku tidurku diganggu.

Aku spontan terduduk bila sesuatu melintasi akalku. Dengan siapa aku bercakap? Aku duk sorang! Mataku terbuka. Membulat bebola mataku. Di mana aku?

Sebuah bilik serba putih menghiasi pandangan. Setiap peralatan dan binaan diperbuat daripada kaca. Kaki pantas berlari menjauhi meja kaca mega di hadapan.

Bukan, bukan kerana uniknya meja itu. Bukan juga kerana makhluk-makhluk aneh yang mengelilinginya. Tapi kerana pantulan imejku dari meja kaca itu.

BERKULIT UNGU! BERMATA EMPAT! BERBADAN SOTONG!

Belumpun sempat berlari jauh, sekumpulan makhluk yang hampir serupa dengan imejku menangkapku. Tidak lama kemudian aku sudah berada di sebuah bilik kaca luas yang kudapati mungkin bilikku kerana gambar-gambar yang tergantung di bilik itu.

Lama aku menyepi. Tidak berkomunikasi dengan makhluk aneh itu. Sebelum kemudian mereka menceritakan apa yang terjadi.

Ringkasnya, aku tiba-tiba pengsan semasa perjumpaan untuk mencari cara menghalang IOS, wabak yang sedang melanda galaktik mereka, daripada terus merebak. Lebih menakjubkanku ialah aku bukan saja pasukan barisan hadapan tapi juga ketua kesihatan bagi galaktik itu.

Mendapati ciri wabak itu menyamai Covid-19, aku bertekad membantu mereka. Mungkin kerana memahami dan simpati dengan nasib kami yang serupa. Maka, akupun menjalankan tugas.

IOS tak 100% sama dengan Covid-19. Cuma caranya merebak hampir sama. Melalui sentuhan. Berpunca daripada sejenis virus asing yang melekat pada debu. Ia terkena pada seorang warganegara yang baru balik dari galaktik lain. Kesannya pula lebih parah, pesakit dijangkiti akan hilang menjadi debu selepas seminggu tempoh dijangkiti. Penawar masih belum dapat dihasilkan.

Berdasarkan pengetahuan yang ada, aku meramalkan wabak itu baru pada fasa pertama. Perjumpaan antara kuasa besar galaktik dilaksanakan. Anggota kesihatan diwajibkan memakai sut pelindung. Suspek IOS diperiksa. Sempadan galaktik ditutup. Perintah Kawalan Pergerakan aku perkenalkan. Penangkapan dilakukan.

Nasib menyebelahi, fasa kedua sudah nampak trend penurunan jangkitan. Aku bangga dengan makhluk Plasterismoz, galaktik yang kuhuni saat itu. Mereka mengikuti setiap langkah membantu mengawal penularan IOS. Dalam diam aku tersentap, jauh sekali sifat mereka dengan manusia.

Mengikut perkiraanku, sudah hampir 5 bulan aku di sana. Keadaan kini terkawal. Jangkitan tidak lagi menular.

"ARCHIE! ARCHIE!" Sedang aku sibuk meneliti keadaan virus IOS dari kaca yang berfungsi seperti mikroskop, pembantuku Cusmoz melaung namaku.

Ditangannya terdapat gelung kaca berisi cecair kebiruan. Wajahnya tersenyum penuh kebahagiaan.

"PENAWARNYA ARCHIE! AKU JUMPA PENAWARNYA!" Jeritnya belumpun sampai di hadapanku.

'Terima kasih...' Suatu bisikan lembut namun sayu muncul dibenakku.

Tubuhku terasa ringan. Mataku membesar melihat tanganku mula terbang menjadi debuan. Ianya tidak menyakitkan. Tenang. Seperti ditiup bayu.

"ARCHIE!!!" Sempat telingaku menangkap suara Cusmoz yang sedang melihat diriku mula hilang. Aku memberinya senyuman. Lalu mataku tutup. Lena.

'Ting!' Bunyi notifikasi mengetuk gegendang telinga. Aku pantas terjaga. Dahiku berkerut. Menahan sakit. Seketika kemudian aku meninjau sekeliling.

Normal. Aku masih di atas sofa di dalam rumah sewaku. Dahiku berkerut kembali. Minda memutar semula apa yang aku alami. Apakah itu hanya mimpi?

#DudukRumahWhere stories live. Discover now