"Esok boleh jumpa kan?" Medina menutup pintu balkoni. Iris didalam bilik itu dibiarkan terkebil-kebil. Dia tak mahu Iris dengar perbualannya. Sebab Iris tu boleh tahan kuat mengadunya.

"Apa salahnya saya jumpa awak sekarang. Awak ni... macam tak suka je saya datang. Penat tau saya selinap keluar dari rumah semata nak jumpa awak. Bila dah jumpa, awak pula tak hargai saya. Saya merajuklah macam ni," rajuk Julian. Dia mendongak memandang Medina di balkoni. Bibir dicebikkan. Medina mengeluh.

"Bukan tak hargai. Saya takut kalau abi ke umi ke nampak awak. Nanti awak pula kena marah sebab tak menyabar. Lagipun, pengantin mana boleh jumpa pasangannya seminggu nak nikah. Nanti jatuhlah seri."

"Alah... saya tengok awak tiap-tiap hari berseri. Tak payah risau. Saya tetap akan terima awak dalam hidup saya. Saya terima awak seadanya, sayang. I always love you." Dapat Medina lihat Julian mengenyitkan mata kearahnya dari bawah. Alahai, terasa longgar lutunya.

Dalam telefon pun dah sweet. Macam mana kalau depan-depan? Ah! Teruklah kau cair Medina.

"Aik, senyap je. Taknak balas i love you juga ke?" Julian sengaja mengusik Medina. Kalau tidak kerana balkoni bilik Medina gelap, sudah tentu dia nampak pipi gebu itu memerah.

"Perlu ke saya balas?" soal Medina.

"Perlulah. Kalau awak tak cakap, saya taknak balik rumah. Saya tunggu sini sampai awak cakap i love you dekat saya." Julian tersengih.

"Err... I-" Baru sahaja Medina hendak menyebut ayat keramat itu, pandangannya terarah pada susuk tubuh sebelah Julian. Julian masih tidak sedar kehadiran manusia itu.

"I apa? Alololo malulah tu. Taknak balik lah macam ni," kata Julian dengan nada yang sengaja kedengaran kebudak-budakkan.

Medina menunjuk kesebelah Julian dengan memuncungkan bibir mungilnya. Namun, Julian masih tidak faham dan menoleh.

"Flying kiss ke tu, sayang? Wah, boleh tahan sweet juga awak ni ya? Tapi flying tak cukup. Nak awak cakap dulu perkaatan tu."

Medina tepuk dahi. Dia segera masuk kedalam biliknya semula tanpa memberitahu Julian. Pandailah Julian settle sendiri dengan manusia itu. Julian berkerut dahi. Bibir dicemikkan.

"Sampai hati tinggalkan tite. Hukhuk."

"Ehem." Deheman dari manusia disebelahnya membuatkan Julian tersentak. Dia menoleh kesebelahnya dengan sengihan. Farhan sudah tersenyum sinis sambil mengangkat kening sebelahnya. Tangan pula disilangkan kebahu.

"Sweetnya bakal abang ipar tite ni." Farhan mengejek cara Julian bercakap. Lepas itu dia bantai ketawa terbahak-bahak. Julian usap belakang tengkuknya.

Aduh... malu seh!

"Apa bakal abang ipar tite ni buat dekat cini? Bukan kena datang esok ke? Dah tak sabar dah ke nak jadi abang ipar tite?" sindir Farhan. Julian tersengih. Tangan dihulur kepada Farhan dan Farhan menyambut. "Bakal abang ipar tite nak balik dah?"

"Aah."

"Baik bakal abang ipar tite balik rumah cepat. Nanti bakal bapa mertua bakal abang ipar tite tahu, mahunya dia membebel. Haa jangan buat main dengan abi tite."

"Yelah! Abang balik dulu."

"Bye, bakal abang ipar tite." Farhan melambai kearah Julian yang kelam-kabut masuk kedalam kereta itu. Senyuman kecil terukir dibibirnya. Lega hatinya melihat kemesraan kakaknya dan Julian. Harap hubungan mereka berkekalan.







TANGAN Hanif dan Julian berpaut.

"Tengku Julian Haidar bin Abdullah."

"Ya, saya." Halkum Julian tergerak-gerak kerana dia sudah cukup cuak. Medina dibelakangnya sedia menanti dengan rasa yang berdebar-debar.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Nurul Medina Haura binti Hanif Raydan dengan mas kahwinnya RM2500 tunai."

"Aku terima nikahnya, Nurul Medina Haura binti Hanif Raydan dengan mas kahwinnya RM2500 tunai." Hanif menoleh kearah kedua orang lelaki yang duduk disebelahnya. Ketiga mereka menganggukkan kepala.

Hanya dengan sekali lafaz, Julian dan Medina sudah sah menjadi suami isteri. Julian menghela nafas lega dan syukur. Debaran didadanya sudah kian menghilang. Tangan ditadah apabila tok kadi mula membacakan doa.

Medina dibelakang sudah mengesat air mata dengan tisu. Sebak pula dada ini. Lepas sudah tanggungjawab Hanif keatasnya. Giliran Julian pula menggalas tanggungjawabnya.

Setelah doa habis dibaca, Julian menuju kearah Medina yang tertunduk malu.

"Assalamualaikum, cik isteri."

"Waalaikumusalam, encik suami." Malu-malu Medina membalas salam Julian. Julian tersenyum sambil mengambil cincin dikotak baldu bersebelan dengannya. Terketar-ketar tangannya memegang tangan Medina. Begitu jugalah dengan Medina.

"Sejuknya tangan sayang. Rilekslah. Semuanya dah selesai," bisik Julian saat Medina menunduk untuk mengucup tangannya. Giliran Medina pula menyarungkan cincin perak ke jari manis Julian. Julian pandang Hanif sebelum dia bergerak mencium dahi Medina lama.

Beberapa gambar dapat ditangkap oleh juru gambar.

"Okay, saya minta pengantin perempuan letak pipi atas tangan suami. Suami pula letak tangan lagi sebelah dekat atas kepala suami. Boleh ya?" Arahan juru gambar itu membuatkan Julian dan Medina pandang antara satu sama lain.

"Buat aje, sayang. Untuk kenangan nanti," arah Julian dan Medina mengangguk. Dia buat apa yang disuruh oleh juru gambar itu. Saat Medina mengangkat pipinya, tiba-tiba sahaja pipinya dikucup oleh Julian.

Juru gambar menunjukkan ibu jari kearah Julian. Pipi Medina sudah memerah apabila ahli keluarganya yang lain sudah mengusiknya. Jelingan maut dihadiahkan kearah encik suami. Julian buat muka selamba.

Tahniah, Mr & Mrs Haidar.









TBC.

HAPPY 1K VOTE KORANG! SEMALAM DAPAT 6K READERS HARINI DAPAT 1K VOTE PULAK. AAAA NAK NANES 😭❤

Btw, sebagai hadiah, saya bagi apa yang kebanyakkan korang nak. Haaa yeah, tepuk tangan. Jemputlah kita datang kenduri Medina dan Julian. Jemput datang 😂

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now