Setelah selesai bersiap , dia turun ke bawah menuju ke arah Rizal dan Qashmiera yang sedang menunggunya untuk bergerak ke hospital .

“Dah jangan nangis . Abang nak Sarah kuat , tak kira apa pun yang akan terjadi . Mesti Hairy tak suka kan kalau Sarah nangis macam ni .” tegur Rizal . Sarah mengangguk perlahan dan menyeka sisa air matanya . Mereka bergerak masuk ke dalam kereta Rizal , sementara mama dan papanya menjaga si kembar di rumah .

**********

Sewaktu sampai di pintu depan hospital , Sarah pantas membuka pintu kereta.Langkahnya dilajukan ke kaunter dan pantas bertanyakan nombor bilik Hairy .

Rizal dan Qashmiera hanya mengekori langkah laju Sarah . Setibanya mereka di hadapan bilik bernombor 1707 Sarah menarik nafas panjang . Rizal bersuara sewaktu dia memegang tombol pintu itu .

“Abang nak Sarah kuat walau apa pun yang akan berlaku . Jodoh  pertemuan , ajal maut , bukan di tangan kita . Jadi sebagai hambaNya , kita kena sentiasa redha dengan apa yang dah ditentukan dalam takdir kita . Abang akan sentiasa ada untuk Sarah , jangan lupa tu .”ujar Rizal . Sarah mengangguk .

Pintu dibuka perlahan – lahan , matanya pantas tertancap pada satu susuk tubuh yang terkujur di atas katil hospital itu . Puan Aisyah , Encik Zaihan dan Helena juga ada di dalam bilik itu , langkah diatur ke arah mereka .

“Sarah cakaplah dengan Hairy , sementara masih ada nyawa dalam badan dia . Kami keluar dulu .”ujar Encik Zaihan perlahan sebelum melangkah keluar dari bilik itu diekori oleh Puan Aisyah dan Helena .

Selepas semua orang beredar , Sarah bergerak ke tepi katil . Wajah pucat Hairy ditatap kasih . Tubuhnya penuh dengan wayar yang berselirat . Dia teringat pada arwah abangnya dulu . Air mata pantas merembes keluar mengalir ke pipinya .

Tangan Hairy yang sejuk digenggam erat , “Hairy , kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya ? Kenapa awak buat saya macam ni ? Saya sayangkan awak , tolong jangan tinggalkan saya . Siapa lagi yang nak jaga saya kalau awak takde ?” ucap Sarah dalam esakan kuatnya .

Tanpa disedari Hairy mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sarah , dia menggagahkan dirinya untuk membuka mata . Tangannya membalas genggaman erat Sarah . Sarah yang sebelum ini tunduk sudah memandang wajah Hairy .

“Sa.. Sar.. Sarah can..tik pak..ai baj..u pu..tih ni.”ujar Hairy gagap . Sarah menangis sepuas – puasnya di tepi katil itu , tangan Hairy masih lagi digenggam erat .

“Hairy .. ak..an sen.. sen..ti..a..s..a in..gat dekat Sarah . Doa..kan Hairy ye ? Jang..an nan..gis . Hairy sayang Sarah .”ujar Hairy tanpa ada sedikit gagap pun pada ayat terakhirnya .

Air mata Sarah makin laju merembes di pipi . Sarah mengangguk , “Sarah sayang Hai..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya , mata Hairy sudahpun tertutup rapat . Mesin electrocardiogram (ECG) di tepi katil juga telah menunjukkan satu garisan lurus .

Sarah menggoncang tubuh Hairy sekuat hatinya namun tiada respons daripada Hairy .

“Hairy !!!!!!”jeritan Sarah mengejutkan semua ahli keluarganya di luar bilik itu .

Encik Zaihan , Puan Aisyah , Helena , Rizal dan Qashmiera masing – masing sudahpun bergegas masuk ke bilik itu . Namun , tiada apa lagi yang dapat dilakukan . Hairy sudahpun meninggalkan mereka buat selama – lamanya .

Sarah terduduk , tangan Hairy yang terkulai dilepaskan perlahan – lahan . Air matanya mula mengalir bagai air sungai yang sungguh deras . Seketika kemudian , matanya mula berpinar – pinar . Dan dia hanya sedar tatkala tubuhnya dicempung oleh Rizal .

**********

Matanya digosok – gosok perlahan apabila cahaya lampu kalimantang mula memasuki matanya . Perlahan – lahan matanya dibuka , dia mula terpandang wajah Rizal , Qashmiera dan Helena di sisinya .

Melihat pada riak muka mereka , Sarah sedar Hairy memang sudah tiada di alam ini . Sekarang Hairy sudahpun menunggu  kehadirannya di alam barzakh . Air matanya jatuh setitis demi setitis .

“Kenapa takde seorang pun yang bagitahu Sarah pasal Hairy ?”tanya Sarah perlahan .

“Abang baru tahu semalam Sarah .”jawab Rizal .

“Leena ?”tanya Sarah lagi .

“Akak tahu Leena rahsiakan benda ni waktu kita jumpa dekat Subang Parade tu . Akak nampak riak muka Leena waktu tu . Kenapa Leena rahsiakan benda ni ? Akak nak Leena cakap benda yang sebenar .”ujar Sarah tegas .

“Leena minta maaf kak . Ikutkan hati memang Leena nak bagitahu akak . Tapi abang yang tak kasi . Leena , ibu dengan ayah pun baru tahu waktu dia nak buat last check up bulan lepas . Kami semua tak dapat nak halang dia . Kanser tu dah merebak pada semua saraf dia .”balas Helena sebak .

Sarah tunduk , “Kenapa awak buat saya macam ni Hairy ? Kenapa ?” ujar Sarah sebak , air matanya mula jatuh setitik demi setitik menimpa pipinya .

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now