Bab 7

2.3K 75 0
                                    

BAB 7

Kini genap seminggu Farhan bersikap dingin dengannya . Perasaan rindu yang mengasak hatinya hanya diubati dengan melihat semula gambar – gambar Farhan bersamanya . Setiap kali bertembung , dirinya bagaikan halimunan di mata Farhan . Tiada lagi senyuman manis mahupun kata – kata sayang terucap dari bibir lelaki itu untuknya . Hati Sarah gundah gulana , perasaan serba salah seringkali menjalar dalam hatinya . Jiwanya sering mendesak untuk memohon kemaafan .

‘Bodohnya aku! Kenapalah aku boleh cakap macam tu dekat dia?! Eeei! Apalah yang aku dah buat nii!’ Sarah berperang dengan kata hatinya sendiri.

Sarah mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek . Nombor telefon Farhan didail , namun jarinya masih teragak – agak untuk menekan icon ‘call’ di skrin itu . Dengan keberanian yang bersisa dia menggagahkan juga dirinya untuk menelefon lelaki itu .

Namun , hampa tiada sebarang kemungkinan dari Farhan untuk menjawab panggilannya . Sehinggalah kali yang ke sepuluh , tetapi suara Farhan masih tidak kedengaran . Sarah akur , segala yang terjadi berpunca dari sikapnya yang terlalu menurut kata hati . Akhirnya , Sarah hanya menghantar pesanan ringkas kepada Farhan .

Assalamualaikum wak , saya nk mntak minta maaf pasal minggu lepas . Sorry , saya trlepas ckp . Saya tk niat pun nk ckp camtu . Maafkan saya kay ?Jgnlah camni , saya rindu lah kat awk .

Selepas berpuas hati dengan apa yang ditaip Sarah terus menekan icon ‘send’. Harapannya tinggi agar Farhan membacanya . Sebelum dia melelapkan mata , gambar – gambar yang pernah diambil bersama Farhan dulu dibuka kembali dan sekali lagi air matanya menitis mengingatkan lelaki itu .

Sarah melangkah ke dalam pusat sumber dengan wajah yang muram . Ain di sebelah dikerling sekilas . Kalau diikutkan hatinya , pusat sumber ini sudah musnah dibakar olehnya . Kerana , segala – galanya mengingatkan dia kepada Farhan .

Di sinilah permulaan perkenalan mereka dan di si jugalah hatinya remuk . Melihat Ain yang sudah mengambil tempat duduk , dia turut serta melabuhkan punggung di sebelah Ain . Namun , matanya yang kuyu itu automatik terbuka luas apabila matanya terarah ke satu sudut .

Jelas di matanya wajah Farhan sedang berbual mesra dengan seorang gadis sambil bergelak ketawa , dan yang paling jelas adalah riak bahagia di wajah Farhan . Sarah melepaskan keluhan berat , dia pasrah.

Ain yang sedang khusyuk mengulangkaji berpaling ke arah Sarah sewaktu terdengar keluhan yang dilepaskan , dan dia perasan Sarah sedang memerhati ke sudut pusat sumber itu . Sewaktu memalingkan mukanya ke arah yang sedang diperhatikan Sarah , dia juga melepaskan keluhan namun tidak seberat keluhan Sarah sebentar tadi .

Daripada riak muka Farhan itu ,dia yakin Farhan hanya berpura – pura bahagia . Air mata yang hampir menitis diseka perlahan , tangannya pantas mengemas buku – bukunya . “Ain , aku pergi dululah . Ada kerja sikit . Sorry tak dapat teman kau study . “kata Sarah perlahan . Belum sempat dia melangkah , Ain bersuara .

“Aku tahu , kau bukan ada kerja pun kan ? Kau nak blah sebab nampak jantan tu kan ? Aku rasa sebelum ni kau yang paling terror bab – bab baca riak muka orang kan ? Tak kan sekarang dah hilang skill kot ? Tipu kalau kau cakap kau tak nampak riak kepura – puraan dalam muka dia sekarang weh . Tak ke menipu namanya kalau dah pura – pura bahagia dengan minah gedik tu ?!”terang Ain panjang lebar . Sarah menarik nafas panjang sebelum berkata.

"Biarkanlah diorang Ain , takpelah mungkin ini balasan untuk aku .Sebab mulut aku kitorang jadi macam ni . Aku yang dah terlajak kata , bukan salah dialah kalau dia dah jumpa pengganti aku . Lagipun kenapa pula dia nak kena pura – pura bahagia ? Untuk buat aku cemburu ? Siapa aku pada dia sampai kena buat aku cemburu ? Dahlah Ain , aku dah penat nak fikir pasal benda remeh temeh macam ni . Ciao dulu lah.” terang Sarah pula .

Dia terus berlalu dari situ , sewaktu melintasi Farhan setitis air matanya jatuh tanpa dapat diseka , dalam hatinya sungguh berharap supaya Farhan tidak menyedarinya . Dia tidak mahu dikatakan mengguna air mata sebagai senjata menarik simpati , tetapi kekesalan dan kelukaan yang membelenggu dirinya makin sukar untuk dibendung .

Ain hanya mengeluh perlahan melihat Sarah yang sudah berlalu pergi , hatinya diasak dengan rasa simpati yang amat mendalam pada kawan baiknya itu . Wajah Farhan dipandang , kali ini dia nekad . Farhan harus diberi pengajaran .

Buku – buku yang berada di atas meja diangkat dan Ain terus mengorak langkahke arah meja Farhan . “Ehem ehem .”Ain sengaja berdehem perlahan sewaktu tiba di meja itu . Senyuman hambar diberikan kepada gadis yang berada di sebelah Farhan itu , tangan dihulurkan .

“Ain.”

“Nadia.”huluran tangan Ain disambut dan turut dibalas dengan senyuman hambar .

“Ermm , sorry kacau . Aku datang sini nak pinjam buah hati kau kejap . Boleh ?” tanya Ain tanpa berselindung lagi pada perempuan bernama Nadia itu , wajah Farhan yang berubah dikerling .

“Eyh , aku bukan….”Farhan berhasrat untuk membantah , namun ayatnya tidak sempat dihabiskan . “Aku ada benda nak cakap dengan kau . Kat luar , now !”ujar Ain berbaur arahan dan sedikit tegas . Selepas menghabiskan ayatnya , dia terus bergerak keluar dari situ .

Farhan yang hanya tercegat sedari tadi terus berdiri . “Nadia , I pergi dulu ada hal sikit .”ujar Farhan dan terus beredar keluar untuk berjumpa Ain .

“Apa motif kau sebenarnya ?”tanya Ain sinis sewaktu Farhan sudahpun berada di sebelahnya .

“Motif apa pula ni ? Aku tak fahamlah .”bentak Farhan pula .

“Motif kau buat – buat ada perempuan lain depan Sarah . Sakitkan hati dia ? Kau ingat aku tak perasan ke ?” jawab Ain pantas sebelum diselangi dengan jelingan tajam ke arah Farhan .

“Apa yang kau mengarut tak tentu pasal ni ? Sakitkan hati Sarah ? Apahal pula aku nak sakitkan hati dia? Apa yang aku dapat kalau sakitkan hati dia pun ? And , dia kisah ke ? Bukan ke aku ni jantan bodoh je di mata dia ?”tanya Farhan bertubi – tubi .

“Kau tanya aku kenapa ? Kau ni ego je lebih tahu tak ? Mengaku je lah yang kau tu sayang separuh mati kat dia tu , just sebab dia dah terlepas cakap kat kau minggu lepas , kau rasa macam useless di mata dia . Kan ? Aku rasa kau belum cukup kenal Sarah lah , atau lebih tepat aku cakap kau belum kenal macam mana sifat seorang perempuan . Perempuan ni kalau tengah marah , apa dia cakap pun dia tak sedar sampai macam – macam keluar , aku rasa kau dah tujuh belas tahun hidup takkan tu pun aku nak bagitahu ? Sarah jealous lah tu . Dahlah , cakap banyak – banyak kat kau pun tak guna . Ciao !”terang Ain laju . Mata Farhan direnung tajam .

Belum sempat Ain meneruskan langkahnya , Farhan bersuara .”Ye betul , aku memang ego , aku sayangkan dia tapi sebab apa yang dia cakap kat aku minggu lepas tu aku rasa macam nothing pada dia . Lagipun aku memang tak suka macam sekarang ni , tak bercakap langsung dengan dia tapi aku tak tahulah macam mana nak pujuk dia .” Ain menoleh ke arah Farhan dan lantas menjawab .

“Yang tu , kau settle sendiri ye bro ?” jawab Ain selamba sambil berlalu meninggalkan Farhan yang masih termenung di koridor itu 

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now