Bab 4

3K 84 0
                                    

BAB 4

Usai sahaja menghabiskan makanannya , Sarah meminta diri untuk mengambil angin malam di gazebo luar rumahnya .

Sarah duduk di atas sebuah bangku yang berhadapan dengan air terjun buatan yang juga ada di situ. Segala memori – memori indah bersama arwah abangnya kembali tersingkap di minda . Kenangan pahit, manis , segalanya bercampur baur . Dalam masa yang sama menghasilkan rasa rindu yang membuak-buak .

Air matanya tanpa segan silu jatuh setitik demi setitik . Sarah hanya membiarkan air mata itu mengalir ke pipinya . Hanya dengan air mata dia dapat mengekspresikan rasa rindu dan sedihnya . Kewujudan air mata , ada hikmahnya .

Dia termenung jauh memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi tanpa abangnya itu . Telefon bimbitnya sudah lama dimatikan , di tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun buat masa ini .

I’ve told you that I don’t wanna see any tears in your eyes , please Sarah.”ucap Rizal yang sebelum ini hanya memerhatikan Sarah dari belakang tiang seri rumahnya itu . Dia sudah menjangkakan yang Sarah pasti akan menangis di sini .

Rizal duduk bersila di hadapan Sarah lalu menggenggam tangan adiknya itu . “Kenapa Sarah buat macam ni ?”sambungnya lagi . Sisa air mata Sarah diseka menggunakan jarinya .

“Sarah tak boleh abang . Sarah ta .. "

“Sampai bila Sarah nak cakap yang Sarah tak boleh ?”potong Rizal pantas . Tangannya pantas menyeluk poket seluar dan mengeluarkan handphone Sarah .

“Farhan banyak kali call Sarah tadi , jawablah call dia . Mungkin bila dia yang pujuk Sarah baru Sarah akan berhenti menangis .”ucap Rizal dengan nada seakan merajuk . Setelah menghabiskan ayat itu dia lantas bangun dan melepaskan tangan Sarah , dia bukan berjauh hati tetapi dia mahu adiknya itu sentiasa kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal datang selepas ini .

Tanpa diketahui oleh Sarah dia telah mengangkat panggilan daripada Farhan sebentar tadi selepas menghidupkan semula telefon itu . Rizal juga telah membaca semua mesej – mesej antara Farhan dan Sarah . Tatkala itu dia mula sedari yang mereka saling menyayangi . Ya, mungkin bukan secara rasmi, tapi dari pandangan seorang dewasa, dia tahu mereka berdua memang secocok.

"Helo.”Farhan memulakan bicara .

Setelah berkali – kali panggilannya tidak dijawab oleh Sarah akhirnya kali ini Sarah menjawab  . “Helo . Ni Farhan ?” tanya Rizal pada lelaki yang bernama Farhan itu .

“Ye , ini Farhan . Err .. Sarah mana ?”tanya Farhan agak risau apabila lelaki yang menjawab panggilan itu.

“Sarah ada , tapi ni abang dia Rizal mungkin Farhan tak pernah jumpa . Sarah bukan sengaja tak nak angkat call Farhan , dia masih lagi sedih . Abang Azzam dah meninggal pagi tadi , accident .”terang Rizal sebelum sempat Farhan mengajukan apa-apa soalan . Cara dia bertutur seolah-olah , sudah berkenalan lama dengan Farhan .

“Ya Allah , Innalillahiwainnalillahiraji’un . Maaflah abang , saya tak tahu langsung pasal ni .”jawab Farhan yang terkejut .

“Takpelah , bukan salah Farhan pun . Tapi , abang nak minta tolong sikit boleh tak ?”

“Tolong apa ? Selagi saya mampu InsyaAllah saya akan tolong .”

“Tolong abang kembalikan semula semangat Sarah . Dia tengah sedih sangat – sangat , takde siapa dalam rumah ni nak tengok Sarah macam tu . Abang rasa Farhan mampu kembalikan semangat dia . Abang pun dah tak jumpa Sarah yang abang kenal dulu . Lagi satu abang nak Farhan jaga Sarah elok – elok .”terang Farhan lantas memutuskan talian selepas memberi salam . Farhan cuba untuk memahami kata – kata abang Sarah itu , lama kelamaan dia mulai faham pasti abang Sarah mengaharapkan dia untuk tidak mengecewakan adiknya itu .

Tersingkap kembali perbualannya dengan Farhan sebentar tadi . Sarah yang hanya memerhatikan abangnya sedari tadi hanya mempamerkan riak wajah pelik , dia sendiri tidak pasti dari mana abangnya dapat tahu tentang Farhan . “Mana abang tahu pasal Far ..” Ayatnya tidak dapat dihabiskan apabila telefonnya mula menyanyikan lagu ‘It’s Gotta Be You’ nyanyian One Direction ,menandakan ada orang yang menelefonnya , bila dilihat pada skrin nama Farhan terpapar.

“Sarah ?” tanya Farhan apabila disedari panggilannya dijawab .

Yes ?”jawab Sarah , abangnya yang sudah berlalu pergi dipandang sayu . Sarah tahu abangnya berjauh hati dengannya , cara abangnya bercakap dengan nada yang mendatar membuatkan dia rasa bersalah .

“Awak okey tak ? Awak tahu tak saya risaukan awak ? Abang awak dah ceritakan semuanya dekat saya . Saya pun tak suka tau tengok awak sedih – sedih macam ni . Nanti awak tak comel . Nanti mesti mata awak jadi mata panda sebab banyak sangat nangis lepastu suara awak serak – serak macam suara Ella . Eeeii , saya tak suka lah , nanti tak comel ! Betul tak tipu !” bebel Farhan tanpa henti . Entah DVD muzikal mana yang telah ditelan tadi ? Tapi , untuk memastikan Sarah kembali ke alam nyata , dia akan berkorban apa sahaja .

Sarah yang mendengar mula terhibur. Senyuman mula merekah di bibirnya . Suara dan cara Farhan memujuknya amat dirindui dan hanya itu yang dapat membuatkan dia tersenyum dan ketawa . Rizal yang dari tadi hanya memerhatikan Sarah mula yakin yang Farhan pasti akan membahagiakan Sarah .

“Ermm , InsyaAllah saya okey . Sampai hati awak kata saya panda ? Tak baik tau . Awak tak rindu saya ke?” tanya Sarah mula ceria .

“Rindu ? Of course lah saya rindu . Dah tiga hari awak tak reply text lepastu saya call tak angkat . Naik kematu saya dail nombor awak tau . Yang pasal panda tu , saya cakap jelah sebab saya tak nak lah girlfriend saya ni jadi macam panda tu .”

“Tipunya kalau awak cakap tangan awak sampai kematu , sebab awak tu pakai handphone touch screen bukannya keypad biasa , so awak just cari nama saya dalam contact list then just dial . Its just that easy . Macam – macamlah awak ni. Anyway , awak dah makan ubat ke belum ?”

“Ubat ? Kenapa pula ? Saya tak sakit pun ?”tanya Farhan mulai pelik .

“Yelah sebab dari tadi awak asyik membebel je tak berhenti , saya yang penat dengar tahu tak ?” Mereka berbual sehingga ke lewat malam . Sarah mula terhibur , dia menceritakan segala – galanya pada Farhan , tentang arwah abang Azzam dan macam – macam lagi . Apabila dia mula teresak Farhan menyuruh dia berhenti katanya dia tidak sanggup mendengar tangisan Sarah .

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now