"Ha, ha, nak senyum! Hahaha, dia nak senyum. Sukalah tu kan!" Julian tergelak dengan suara yang menjengkelkan memandang Medina. Tawa halur terkeluar dari bibir Medina. Muka ditekup, malu.

"Janganlah usik saya, awak. Saya malu ni."

"Cute je awak malu. Haha!"

PIN!

Kereta BMW yang baru masuk ke perkarangan rumah itu membuatkan senyuman Medina mati. Julian yang melihat akan perubahan riak wajah Medina terus berkerut memandang Louis yang menuju kearah mereka. Dengan cermin mata hitamnya, dengan kemejanya yang juga warna hitam. Dengan selamba dia duduk disebelah Julian didalam buaian bulat itu.

Medina menundukkan kepala dan mengalihkan pandangan kearah lain. Julian dan Louis bersalam walaupun hati Julian sudah menggelegak seperti gunung berapi yang hendak meletus. Louis punca Medina jadi keruh.

"Congrats," ucap Louis kepada Julian.

"Thanks. Nanti datanglah ke majlis kahwin kami pula. Harini buat jamuan kita sekeluarga je," balas Julian, cuba bermesra dengan Louis. Louis mengangguk laju.

"Mana parents kau? Tak join sekali?"

Kali ini, riak wajah Julian pula berubah. Medina segera menoleh kearah Louis yang beriak selamba itu. Wajah Julian pula sudah berona merah.

"Kau jangan sibuk boleh tak, Louis? Suka hati parents dialah nak datang ke tak. Sejak bila kau jadi busybody ni?" Medina membidas laju. Namun, ditahan oleh Julian.

"No, it's okay. Aku rasa kau tak tahu lagi kot yang parents aku dah lama meninggal. Time aku kecil lagi."

"Oh, I'm so sorry to hear that," pinta Louis. Julian mengangguk, tanda tidak mengapa. "So, bila korang punya wedding?"

"Tiga bulan dari sekarang. InsyaAllah. Doakan jodoh kitorang kuat."

"Tak elok tau kalau kahwin dengan kawan baik sendiri. Lagi-lagi bila dah kenal hati budi masing-masing. Nanti lepas dah kahwin, senang bergaduh. Bila bergaduh, end up bercerai..." Louis menambah seraya menggelengkan kepala. Medina dan Julian saling berpandangn sebelum tanpa amaran, kepala Louis jadi mangsa luku Medina sekuat hati.

"Suka hati akulah nak kahwin dengan kawan baik aku ke, dengan pakcik aku ke dengan siapa ke, ada aku minta sedekah duit kau. Ei, kau memang kan, aku dah lama tahan tau. Hambik kau, haa rasakan... Kalau ikutkan sakit hati ni, lagi teruk aku bagi tahu tak?" Medina menghamburkan geram dihatinya dengan meluku kuat kepala Louis. Terjerit-jerit Louis mengadu sakit.

Julian disebelah makin memerah muka. Bukan kerana marah tapi kerana menahan ketawa dari terhambur. Medina segera menarik lengan Julian yang berlapik berlalu dari situ meninggalkan Louis seorang diri setelah puas dia mengerjakan lelaki itu.

"Jom, awak. Jangan layan orang ntah apa-apa ni. Tiba-tiba je nak ceramah kita. Hambik kau, aku bagi luku sekali. Padan muka kau. Lega sikit hati ni." Bebelan Medina membuatkan ketawa Julian akhirnya terlepas. Medina pandang Julian pelik.

Dah kenapa dia ni?

"Yang awak ni dah kenapa? Saya tengah serius tahu? Awak nak juga ke rasa kena luku macam tadi? Lagi kuat. Nak?"

Julian menggeleng dengan tawa yang masih tersisa. "Tak--taknak. So--sorry. Awak ni... garang pun comel lah. Eee geram saya. Hahaha!"

"Ish, malas lah saya nak layan awak ni." Medina melepaskan lengan Julian lalu dia melajukan langkah masuk kedalam rumah. Tergeleng-geleng kepala Julian seraya tergelak menoleh kearah Louis yang masam mencuka dibelakangnya itu. Rambut dah kusut masai.

Ibu jari ditunjukkan kepada Louis. "Best kena luku? Hahahahah! Nak lagi? Aku boleh tambah. Hahahaha!"

"Diamlah," suruh Louis, dingin. Namun, Julian buat tak dengar. Makin kuat tawanya. Dia fikir apalah Medina nak buat tadi. Rupanya nak luku kepala! Lawak weh!

"Julian Haidar! Dah, dah lah tu ketawa orang. Awak nak juga ke? Saya boleh bagi. Yang special punya. Nak ke taknak?" Medina dari dapur meninggikan suara memarahi Julian. Fatin hanya menggelengkan kepala melihat dua lelaki itu.

"Dah kenapa dua orang tu, Dina? Macam anjing dengan kucing je kakak tengok," soal Fatin seraya membuka bekas makanan yang dibawa dari rumah. Medina mencemik.

"Suami Fatin tulah! Ada ke dia kata kawan baik tak boleh kahwin? Nanti end up bercerai. Saya luku dia banyak kali, rasakan. Sakit hati ni tau. Fatin tak marah kan?" balas Medina.

"Oh? Dia cakap macam tu? Hmm, sabar jap. Dina kemas dulu, Fatin nak tambah lagi pengajaran dekat suami Fatin tu." Fatin menyingsing baju hingga kesiku. Louis yang baru duduk di sofa terus diterpanya tanpa Louis sedar. Julian sudah terlebih dahulu cabut lari kearah Medina.

"Au! Au! Sayang! Apa ni, sakitlah!" Louis mengadu sakit apabila kedua telinganya ditarik sekaligus oleh Fatin. Fatin buat muka tak bersalah.

"Kemain you ya? Sejak bila you suka jaga tepi kain orang? Siap cakap kawan baik tak boleh kahwin! Mana you tahu hah! Dah jodoh diorang suka hatilah nak kahwin ke tak. Eee, rasakan. I tambah lagi. Sedar diri tu sikit. Kita dulu pun kawan baik! Heleh... cakap tak serupa bikin," bebel Fatin dengan wajah garangnya. Louis mencebik. Kedua telinganya diusap. Apalah nasib dia harini.

"I niat bergurau je."

"Ingat I kisah apa? I dengar lagi you cakap macam tu, siap you. I buat lebih teruk dari ni. Faham?"

"Faham." Fatin kembali ke dapur. Medina dan Julian yang sedang ketawa itu terus berlagak seperti biasa. Seram pula tengok wajah garang kakak ipar mereka. Lagi garang dari Medina.

"Med, suapkan saya kek tu," pinta Julian apabila lihat Medina sedang memotong kek. Medina pandang dia hujung mata. Kek itu dipotong kecil.

Medina pandang kiri kanan, Fatin sedang sibuk membasuh pinggan, Louis leka menonton televisyen, Farhan, Eira dan Hanif tiada disitu. Pantas potongan kecil kek tadi dibawa ke bibir mungil Julian.

Julian tak boleh tahan untuk senyum selebar yang mungkin.

"Cepatlah. Awak nak tak?"

"Haa nak, nak!" Julian membuka mulutnya. Seraya itu, Medina memasukkan perlahan sebelum dia menyumbat kedalam mulut Julian tiba-tiba apabila dengar suara Hanif menyapa.

"Wah, kek dah sampai!" tegur Hanif. Dia menuju kearah Julian dan Medina. Medina berlagak biasa, memotong kek manakala Julian mengelap tepi bibir yang comot. Dia menjeling manja kearah Medina. Medina ukir senyum lucu.

"Aah, abi." Julian mengiringi Hanif ke ruang tamu dan mereka berbual hal mereka.






TBC.

Hahaha. Sorrylah kalau part ni hambar tapi puas kan? Louis kena luku lepastu Louis kena tarik telinga. Ke nak lebih? Lebih-lebih saya serahkan kat korang jelah hahaha. Baiklah, saya nak tanya soalan. Jawab jangan tak jawab.

1) Julian dan Medina dah cukup sweet tak? Ke nak sweet lagi?

2) Rasanya siapa watak jahat atau antagonis dalam cerita ni?

3) Dari Bab 1 sampailah sekarang, setakat ini, boleh korang bagi pendapat korang tentang cerita ni? Lebih kepada reviewlah huhu.

P/S: Happy 6K korang! Terimakasih banyak-banyak. Rasanya baru 29 April dapat 5K. 30 April dapat 6K pula. Terima kasihlah banya-banyak sebab sokong saya sampai saya berjaya. Eiceh, tanpa korang tiadalah saya. Saya sayang korang ketat-ketat.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now