My feelings for you have only grown stronger since the day our first met. I want to seal our bond together today." Julian menghulurkan sebuah buku kecil yang bertulis - My Adventure Book. Kesemua yang ada disitu memandang Julian pelik termasuk Medina.

Medina menyeka air mata seraya menyelak-nyelak helaian buku itu. Ada gambarnya dan Julian suatu masa dahulu dan juga ayat-ayat yang cukup romantik. Di akhirnya helaian itu, Medina sekali lagi menutup mulutnya.

"Julian..." panggil Medina dengan suara yang bergetar. Julian tersenyum. Cincin yang terselit dibuku itu diambil lalu dia melutut disitu. Dihadapan semua orang.

"Wahai Medina Haura, sudikah awak jadi isteri saya dunia akhirat till Jannah?" Justeru itu, air mata Medina mengalir lagi. Dia menoleh kearah ibubapanya yang turut mengangguk memandangnya.

Ya Allah... sudah lama aku tak rasa sebahagia ini. Terima kasih, Ya Allah.

"Saya sudi," kata Medina. Julian bangun dari melututnya. Tak sia-sia dia solat istikharah tiga malam secara berturut-turut. Dia menghulurkan cincin itu kepada Eira untuk Eira sarungkan dijari manis Medina.

Yelah, baru melamar. Belum kahwin lagi. Kan?

Medina memeluk ibunya erat. "Umi... Dina tak sangka, umi," bisik Medina ditelinga Eira.

"Tahniah, Dina. Umi yakin Julian adalah lelaki yang terbaik untuk Dina." Hanif dan Farhan juga turut memeluk kakak dan ibunya. Julian yang memerhati itu tersenyum suka. Muncul Que dari sebelahnya membuatkan senyumannya semakin lebar.

"Terima kasih, bro." Bahu Que dipaut Julian.

"Most welcome for you. Nanti aku nak jadi pengapit tau?"

"Eh, kau bukan kena cuci pinggan ke?" seloroh Julian. Melihat wajah Que yang sudah mencuka, Julian tergelak besar. "Takdalah. Mestilah kau jadi pengapit. Siapa lagi nak jadi pengapit aku kalau bukan kau." Rambut Que diserabaikan Julian dengan sengaja.

"Woi, what the hell? Habislah rambut aku! Aku mengadu dekat Yasmeen, kau buli aku." Que mencemik seraya berlalu dari situ mencari Yasmeen. Julian hanya menggeleng dengan ketawa kecil.

"Suka awak usik Que ya?" Suara itu membuatkan Julian menoleh kebelakang. Tersenyum lebar dia apabila mendengar panggilan kau-aku sudah bertukar kepada saya-awak.

"Biarlah. Nanti bila saya dah kahwin dengan awak, saya usik awak pula. Nasiblah awak," balas Julian. Sebelah matanya dikenyit kearah Medina sehingga pipi Medina memerah. "Eee, nasiblah belum halal lagi. Kalau tak, pipi awak tu saya cubit-cubit sebab comel. Geram betul sayalah!"

"Dahlah! Belum kahwin lagi pun awak dah usik saya. Taknak kawan!"

"Eh, eh. Jangalah macam tu, sayang."

Medina menekup wajahnya dek kerana terlalu malu. Julian ni memang bukan jenis yang sweet talker, tapi bagi Medina, apa yang keluar dari mulut Julian sejak kebelakangan ni semua manis belaka. Entah macam manalah Julian boleh tersuka dekat dia. Lima tahun dia pendam. Patutlah layanan lain macam je.

"Ha berangan!"

"Mana ada. Dah, jomlah makan. Saya lapar," ajak Medina. Dia segera menapak kearah meja dimana keluarganya duduk. Julian pula mengiringi bersamanya.

"Cantik tak cincin tu? Awak suka?" soal Julian apabila Medina bermain dengan cincin yang sudah tersemat di jari manis Medina.

"Cantik. Pandai awak pilih. Saiz-saiz muat-muat je. Terima kasih tau awak."

"Terima kasih untuk apa?"

"Untuk semua ni. Awak dah kembalikan kebahagiaan saya. Saya hargai sangat. Walaupun semua benda ni agak terburu-buru, saya amat hargai effort awak. Mungkin sekarang cinta tu tak muncul lagi. Tapi saya akan cuba cintai awak bila kita dah sah jadi suami isteri nanti. Awak tunggu saya tau?"

Julian tersenyum nipis. "InsyaAllah, dengan izin Allah. Awak selamanya akan jadi milik saya. Mrs Haidar." Senyuman bahagia dibibir Julian tak lekang langsung sepanjang majlis itu.

Sekarang, Medina lah kebahagiaan dia. Medina punca dia gembira. Medina segala-galanya baginya sekarang.




TBC.

Done part Julian confess dekat Medina. Next chapter ada scene Louis pula! Stay tuned.

Teaser Bab 33 :

"Tak elok tau kalau kahwin dengan kawan baik sendiri. Lagi-lagi bila dah kenal hati budi masing-masing. Nanti lepas dah kahwin, senang bergaduh. Bila bergaduh, end up bercerai..."

Siapalah hamba Allah yang dengki benar tu kan? Bila dah tahu nanti, mari sama-sama sediakan meriam buluh. 😂

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now