🖤 ㅡ 9

197 32 37
                                    

Yoongi mengeluh. Sakit juga ya bila segala memori lama diingat kembali. Ini salah Jungkook lah ni! Nak main  truth or dare konon tapi tetiba jadi storytelling time by Min Yoongi.

" Hyung tak marah dia ke? Kangjoon semua tu, hyung tak marah? " Tanya Jimin. Dia yang paling fokus dari tadi, siap mengunyah bertih jagung pula tu.

" Marahlah. Tapi hyung tak boleh buat apa-apa. Hyung sekadar tunang Yoora. Kangjoon tu bapak anak Yoora. Walau macam mana sekalipun, Kangjoon tetap lagi penting dalam hidup Yoora. "

" Hyung memang pergi macam tu je? "

" Berkali-kali hyung telefon Yoora. Selama 3 minggu hyung masih teringatkan Yoora. At last , hyung mengalah. Hyung tahu keputusan dia. Hyung pun lepaskan dia slow-slow. Lama juga emosi hyung bercelaru. Korang pun perasan kan? Depan orang hyung senyum, belakang orang hyung nangis. Nak buat macam mana lagi? Kalau kita tak okay, bukan setakat semua benda tak kena. Orang lain pun kena tempias. "

" Sekarang hyung okay? " Yoongi menunduk. Belakang kepalanya diusap sebelum dia mengangguk.

" Hyung masa lalu Yoora. Yoora pun masa lalu hyung. 2 tahun dah berlalu, takkan hyung masih meratap cerita lama. Lagipun hyung tak simpan dendam dengan dia. Semua salah dia, hyung maafkan. Cuma hyung tak bersedia nak jumpa dia. Biarlah dia sekadar menjadi masa lalu hyung. Biar dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Apa yang lepas, biarkan berlalu. Hidup yang sekarang kena teruskan. "

Yoongi meneguk airnya seketika sebelum menyambung.

" Dan bila hyung dah okay, hyung sedar sesuatu. Dulu hyung control dia sampai dia hilang identiti diri dia. Sampai dia kena berubah demi hyung. Berdasarkan telunjuk hyung. Bila dia buat keputusan mendadak untuk putus dengan hyung, hyung sedar yang dia dah mula tahu apa yang terbaik untuk dia. Yang lagi penting, dia mula sayang diri dia dan utamakan semua benda yang membahagiakan dia. Dengan peliknya, hyung sokong keputusan dia. Yang penting, dia sayang diri dia dan tidak berubah untuk orang lain. "

Keenam-enam kepala di ruang tamu itu mengangguk ikhlas. Mereka suka bila Yoongi berbicara. Tersusun katanya, cantik ayatnya.

" Apa-apa pun, kau tahu kan kau ada kami? Terima kasih sebab tak buat perkara yang tak bermanfaat untuk diri kau. " Kata Seokjin yang disambut tawa Yoongi.

" Sebab ada korang berenam inilah aku mula kumpul kekuatan untuk menjadi lebih kuat. Selagi korang ada, selagi itu aku akan bangun dan perbetulkan benda buruk yang ada dalam diri aku. Aku akan sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik dalam hidup korang. Terima kasih jugak, BTS. "

THE END.

After all, love yourself the most! 💜

[ C ] Prologue : The Night You Left ➳ Yoongi BTSWhere stories live. Discover now