🖤 ㅡ 1

251 33 14
                                    

Yoora berjalan perlahan. Angin malam yang setia meniup lembut dan mendinginkan kulit Yoora. Mujur jaket yang dia kenakan mampu untuk melindungi badannya daripada beku. Kalau tidak, barangkali pulang nanti dia jatuh sakit akibat kesejukan.

Dari jauh, figura seorang lelaki mencuri perhatian Yoora. Lelaki itu bersandar di tiang sambil kepalanya mendongak ke langit. Tangannya diletakkan di dalam poket,  sekadar untuk memanaskan tangannya.

Semakin dekat, hati Yoora semakin tak tenteram. Apa-apa pun, semuanya kena aku lakukan hari ini.

Lelaki itu tersentak apabila Yoora yang tadi tidak kelihatan , kini berada di hadapannya.

" Oh, Yoora. Dah sampai rupanya. Kenapa tak mesej dulu? Kan saya boleh ambik awak. Tak perlu awak jalan jauh ke sini. " Yoora tersenyum.

" Takpa, tak jauh pun. Awak dah lama tunggu? " Lelaki itu menggeleng. Dia tersenyum kecil.

" Jom pergi? Dah lambat dah ni. Takut kedai itu tutup pulak. "

Yoora mengangguk. Lelaki itu menghulurkan tangannya, ingin berpimpin tangan dengan Yoora. 
" Yoora? " Tersentak Yoora. Lambat laun, tangan lelaki itu dia sambut.

" Fikir apa je? Saya kan tunang awak. " Yoora ketawa kecil. Namun selepas itu dia mengangguk.

" Ya, Yoongi. Saya tunang awak. Saya minta maaf. "

TBC.

[ C ] Prologue : The Night You Left ➳ Yoongi BTSWhere stories live. Discover now