🖤 ㅡ 3

166 35 15
                                    

Suapan Yoora terhenti. Segala makanan yang dia makan sebentar tadi seakan-akan berbaris di hujung kerongkong. Dipaksanya semua makanan itu untuk terus masuk.

Air liurnya terasa pahit. Ditelannya juga.

Air kosong di tepinya dicapai. Diminumnya rakus air itu untuk membuang segala rasa mual yang ada.

Ah, tak berjaya.

Semua makanan itu menunggu masa untuk bergegas keluar dari badannya. Perutnya susah untuk menerima semua makanan itu. Semuanya bagai racun yang perlu dimuntahkan.

" Yoongi, saya nak pergi tandas dulu. "

Yoongi memandang sekilas Yoora sebelum mengangguk kecil.

Tanpa melengahkan masa, Yoora berlari anak ke tandas. Tahan Yoora, jangan muntah kat sini.

Sampai sahaja dia di tandas, tangannya menghempas pintu tandas kosong. Penutup mangkuk tandas itu dia buka, air paip juga dibiarkan mengalir agar tiada sesiapa dapat meneka bahawa dia sedang muntah di dalam tandas itu. Untuk mengelakkan segala spekulasi, kononnya.

Selesai sahaja semua makanan tadi dimuntahkan, dia menarik pam tandas lalu keluar dari tandas itu. Dia mencuci mulutnya, membetulkan solekannya dan memakan gula-gula. Semuanya sebab dia tidak mahu Yoongi perasan akan semua itu. Minyak wangi dia kenakan. Meskipun dia mual dengan bau minyak wangi itu, dia kenakan juga. Agar Yoongi tidak mengesyak sesuatu yang pelik berlaku.

Kakinya berjalan perlahan ke meja mereka. Terasa bagai hilang tenaganya setelah muntah. Namun digagahkan juga. After all, semua benda perlu dihentikan malam ini.

Dia duduk di hadapan Yoongi tanpa sebarang kotoran di muka. Wine anggur di dalam gelasnya, dia hirup.

Ya, bahaya. Tapi minum sikit tak salah kan?

" Awak okay? " Yoora mengangguk. Senyuman terukir di bibir merahnya itu. Hasil baru dicalit dengan gincu sebentar tadi.

" Ya, saya okay. Dengan awak, saya akan sentiasa okay. "

TBC.

[ C ] Prologue : The Night You Left ➳ Yoongi BTSDove le storie prendono vita. Scoprilo ora