CHP 22

996 74 0
                                    

Jumpsuit dicapai oleh Nadia. Kemudian diberikan kepada Asya.

Asya melihat baju itu seketika sebelum dia memasuki fitting room untuk mencuba.

Tidak ketat dan tidak longgar. Just nice.

" Okay tak? " Tanya Nadia.

Asya mengangguk.

Selepas itu mereka berdua pergi ke meja solek untuk menyerikan lagi wajah Asya.

Setengah jam lagi dia akan memperagakan baju dan dress dihadapan orang ramai.

Selepas sahaja bersarapan pada pagi tadi. Dato Rizal menghubungi Nadia untuk datang ke lokasi yang dikehendaki.

Mereka mempunyai fashion week event pada malam nanti.

Setelah menghiasi wajah Asya dengan sedikit warna, rambut yang berwarna kelabu itu pula di dandan.

Apabila sudah memastikan ikatan rambut itu kemas, Nadia memimpin Asya untuk ke belakang pentas.

Setelah seorang model turun dari tangga, Asya kemudian menaiki pentas itu dengan gayanya.

Setelah beberapa baju dan dress diragakan oleh international models yang terkenal itu, Dato Rizal memberi sedikit ucapan dan majlis itu berakhir dengan jaya.

Asya mencapai minuman. Diteguk air itu perlahan. Dahaganya..

" Pukul berapa dah ni? "

Nadia melihat jam tangannya.

"11:45pm"

" Jom la balik, aku penat gila ni. Esok nak kena pergi try baju lain pula"

" And lusa ada event lagi"

Kata-kata Nadia membuatkan Asya mengeluh.

Ya, dua minggu dia akan berada di bumi Paris hanya untuk memperagakan pakaian-pakaian dari butik mereka.

Setelah itu mereka pulang ke apartment dan masing-masing dibuai mimpi.

*****

Asya merengus.

'Apa lama sangat minah ni buat dalam tandas tu?'

Air Starbucks nya disedut.

Tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang. Matanya cepat cepat melihat baju yang diapakai.

'Fuhh nasib baik tak tumpah air ni kat baju'

Kepala didongak. Mak aii tinggi nak mampos mamat ni.

Tapi macam kenal pula muka ni. Berkemeja kosong dan lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku.

" You look so familiar but i don't remember when we met " Kata gadis itu.

Lelaki tinggi lampai itu mengangkat keningnya. Dia pun merasakan benda sama.

Dan wajah gadis pertama yang bisa menghasilkan debaran halus di dadanya empat hari lepas sewaktu dia menjamu selera di suatu restaurant melintas di minda.

" Oh this woman " Kata lelaki itu perlahan tapi mampu di dengari oleh Asya.

'Dia kenal aku ke?'

" Erm by the way, I'm so sorry for the accident. I gotta go "

Tanpa sempat Asya berkata, lelaki itu keluar dari Starbucks. Mata Asya mengekori lelaki itu.

' He looks so familiar '

*****

Panggilan dari Tuan Mikael segera diangkat.

" Ada apa apa yang awak dapat kat sana Asya? "

" Buat masa ni, takde lagi Tuan. Rasanya semua okay"

" Baiklah kalau macam tu, jangan lupa misi awak kat sana. Saya pergi dulu "

Asya mengangguk dan menamatkan panggilan.

Walaupun mempunyai hal kerja tetapi tugas mereka tidak boleh dielakkan. Misi dan bahaya sudah sekutu dalam diri ejen-ejen Speed.

Bahu Asya dipegang Nadia.

" Kau kata nak keluar?"

" Haah nak keluar la ni.  Ada emergency call pula tadi. Kau betul taknak ikut ni?"

Nadia yang sudah berbaring di sofa menggelengkan kepala. Dia kepenatan menguruskan hal pakaian dan jadual Asya yang sentiasa padat itu seharian.

Asya yang faham dengan keadaan rakannya itu terus sahaja keluar.

Angin yang menyapa mukanya sangat dingin. Rambut yang dibiar lepas turut ditiup angin.

Dia duduk di salah satu bangku di taman bunga itu. Tiba-tiba dia merindukan ibu bapanya dan adik susuannya itu.

'Mommy, Asya nak balik..'

Tempat yang kosong disebelahnya di duduki seseorang. Terkejut dia dibuatnya.

Mamat ni mabuk ke apa?

Baru dia berura hendak bangun suara lelaki itu kedengaran.

" Where are you goin? Can you accompany me here? I need someone to make me feel better "

Mata Asya berkelip-kelip. Dia menggaru kepalanya.

Nampaknya lelaki di sebelahnya ini serious dan memang memaksudkan kata-katanya tadi.

Asya kembali merenung langit yang dihiasi bintang.

" How to forget about what someone did to us even that thing has happened the past few years? "

Asya yang mendengar soalan itu terus tersenyum nipis.

" First thing first, look at yourself. Are you a perfect person? If you're not, then same as all other people. They're not perfect too, they make mistake and same as you. Enjoy your life, don't be paranoid. Let the past remain the past "

Lelaki itu kemudian menunduk. Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang betul-betul terjadi di hadapan matanya.

Tetapi kenapa dia sering merasakan tidak tenang sejak kebekalangan ini?

" A forgiveness can make your heart and yourself  be satisfied. A forgiveness can change your whole life. And a forgiveness can build a happiness that you can't ever imagine "

Kata Asya bersama senyuman.





The Six Agents 2 ✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora