Get Ready

193 11 0
                                    

Azra menatap gambar Daniel yang diambil secara curi pada hari perkahwinan Armel dan Daniel. Jarinya mengusap skrin telefonnya. Bibirnya mekar dengan senyuman.

Flashback two weeks ago,

Azra memandang tajam ke arah Armel yang sedang rancak berbual bersama Natasha. Hatinya panas tiap kali lihat wajah sepupunya itu. Terus kaki dibawa pergi menuju ke kawasan swimming pool.

Matanya memandang ke skrin telefonnya. Kakinya tetap melangkah di tepi swimming pool yang basah itu. Entah dimana silapnya, dia tergelincir.

Belum sempat badannya jatuh ke dalam swimming pool itu, ada seseorang memeluk pinggangnya dan menyelamatkannya dari terjatuh. Matanya memandang gerangan tersebut. Tergamam dia dibuatnya.

"Lain kali be careful sikit ya? Kawasan swimming pool ni licin. Nasib baik awak tak jatuh tadi." Ucap Daniel sebelum tersenyum manis. Azra hanya diam. Daniel membetulkan posisi badan Azra hingga gadis itu dapat berdiri dengan betul.

"Ingat tau? Be careful. Saya masuk dulu." Sempat Daniel berpesan untuk kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam rumah agam keluarga Armel itu.

Azra masih lagi kaku. Dia hanya memandang kelibat Daniel yang sedang mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

The end.

Azra masih lagi mengusap gambar Daniel itu dengan senyumannya. Boleh dikatakan setelah kejadian itu, dia selalu fikir tentang Daniel dan selalu menatap gambar Daniel tu.

"I'll get you from that woman, honey and I'm sure, you'll happy with me more than with her." Tutur Azra perlahan.

"Armel, just get ready." Tutur Azra sinis. Mulanya, dia hanya nak gunakan Daniel untuk kalahkan Armel tapi sekarang berbeza, dia nak rampas Daniel untuk kalahkan Armel.

_____*_____

"Arrgh! Asal semua benda mesti Fiorella?! Pangkat, respect, populariti, mesti Fiorella! Apa yang ada dekat Fiorella tu hah?!" Jerit Puteri bengang. Habis semua meja dan kerusi kelas disepaknya macam meja kerusi tu bapak dia punya.

"Relax, babe. You tak boleh macam ni. Kalau Fiorella tahu, mesti diorang ingat yang kita takut dengan diorang. We need to be more calm." Kata Nuha Adresia menenangkan Puteri.

"Betul tu babe. Diorang tu hebat sebab title prefect diorang je. Apa je yang diorang boleh buat huh? Diorang tu empat orang je tapi kita berenam. Plus, kita ada ramai back up dalam sekolah dan luar sekolah." Ujar Eva Sophia pula.

"Betul. Kita ramai back up. Setakat Fiorella tu, sekali kita petik jari je, diorang akan kalahlah. Kita The Princesz, of course kita akan menang." Tambah Erika Hani pula.

"Yes, babe. It's true." Sokong Adira Eris pula.

"Aku sokong. Fiorella akan jatuh dan The Princesz akan kaut semua yang Fiorella dapat bahkan lebih dari tu." Kata Rasya Aralyn pula. Rasya tenang duduk di sebuah kerusi dengan kedua-dua kakinya elok bersilang. Mulut mengunyah chewing gum.

"Betul cakap korang tu. Kau tengoklah, Fiorella akan jatuh tak lama lagi." Tutur Puteri sebelum tersenyum sinis. The Princesz yang lain turut tersenyum sinis.

'Korang tak tahu dengan siapa korang berdepan. Yes, Fiorella hanya empat orang tapi empat orang tu hanya dekat sekolah ni. Ada ramai lagi member Fiorella dekat luar sana. Sekelip mata je korang akan kalahlah, The Princesz.' Desis hati salah seorang dari mereka berenam. Senyuman sinis yang terukir itu bertambah lebar.

_____*_____

Armel menongkat dagu. Pensel diketuk-ketuk pada buku Addmathnya. Matanya tunak memandang latihan Addmath yang diberi oleh Cikgu Huzair itu. Otak ligat berfikir.

HEARTMATEWhere stories live. Discover now