Sekelip mata sahaja, dia hilang segala-galanya. Dia hilang kasih sayang seorang bapa. Dia kesal kerana sepanjang usianya bersama Dato Hyde, dia langsung tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap perbuatan keji dan kejam Dato Hyde. Kini, dia berasa lega kerana dia terlepas dari segala hal itu.

Baru sahaja dia hendak masuk kedalam kereta Audi, hasil titik peluhnya menjalankan bussiness, satu das tembakan dilepaskan kearahnya. Namun, tembakan itu tersasar. Bila dilihat, Dato Hyde sedang mengacukan pucuk pistol itu kearahnya dari muka pintu.

Dengan segera dia masuk kedalam kereta dan enjin kereta dihidupkan. Berdas-das lagi tembakan dilepaskan namun Julian pandai mengelak. Sebaik sahaja Julian keluar dari perkarangan rumah agam itu, ada sebuah trak hitam mengejarnya dari belakang.

Julian memecut laju keluar dari lebuh raya. Dia dan trak hitam itu saling kejar mengejar. Satu-satu das tembakan dilepaskan kearah Julian. Lampu merah semuanya dilanggar oleh Julian.

Tiba-tiba, entah apa silapnya, satu peluru itu tersasar terkena tayar belakang kereta Julian. Kereta Julian sekaligus hilang kawalan. Berpusing-pusing buat beberapa kali ditengah jalan itu. Mujurlah tiada kereta disitu. Kereta yang lalu lalang disitu langsung tidak berhenti untuk membantu Julian.

Dari jauh Julian nampak, trak hitam itu mula mengundur meninggalkan kereta Julian terbalik disitu. Pandangan Julian kini berbalam-balam. Pandangannya gelap sebelum terdengar suatu suara garau lelaki dan perempuan.

"Kakak! Mari datang sini!"

"Ya Allah, Julian!"

TERASA payah sangat mata hendak dibuka dek kerana cahaya yang memancar terang betul-betul di depan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERASA payah sangat mata hendak dibuka dek kerana cahaya yang memancar terang betul-betul di depan mata. Berkerut-kerut wajah Julian menahan sakit yang dirasainya seluruh badan. Dia menoleh kiri dan kanan. Jelas dia sedang berada di hospital. Dengan berpakaian baju putih hospital dan juga jarum dipergelangan tangannya.

Mata Julian tertancap kepada seorang lelaki muda yang tidak dikenalinya sedang tidur duduk diatas sofa. Julian hendak bersuara namun tekaknya terasa perit pula. Langsung dia terbatuk sehingga mengejutkan lelaki muda itu.

Terpisat-pisat Farhan memandang Julian yang telah sedar itu. Senyuman dilontarkan kepada Julian namun Julian tak membalas. Farhan mendekati Julian.

"Abang okay? Abang nak air?" soal Farhan prihatin sambil mengisi air mineral kedalam cawan plastik yang didapatkan di kantin hospital tadi. Cawan plastik itu dihulurkan kepada Julian dan Julian sambut. Dia meneguk air itu dengan rakus.

"Terima kasih," ucap Julian setelah habis meneguk air mineral itu. Cawan itu diberi semula kepada Farhan. Julian mengemam bibirnya apabila dia cuba untuk duduk. Lengannya dipegang oleh Farhan untuk membantu lelaki itu bangun. "Who are you?" Serak basah suara Julian bertanya.

"Saya Farhan. Saya dan kakak saya yang bawa abang kesini. Dasyat juga abang accident tadi," kata Farhan sambil keningnya terangkat. Julian mengangguk.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now