" Kizz akan menjadi seorang lelaki yang kuat , sayang . Biar dia hidup susah . Biar dia pandai berdikari . Abang nak dia diajar dari bawah . "

Hana mengangguk kepala . Mengikut kata-kata Qaz .

Baru Qaz mahu mengucup pipi Hana, satu suara memanggil nama mereka berdua dan pintu terkuak dari luar . Terhenti langkah Qaz mahu bermanja bersama Hana . Dia mendengus perlahan seraya menoleh ke gerangan yang menyapa .

" Haish . Hafine.. Kamu selalu ganggu papa dengan mama nak dating. "

" La bukan Hafine sengaja . Hafine panggil tak nyahut, tu sebab Hafine buka pintu. "

" Ha menjawab ! " Suara Qaz meninggi sedikit . Marah , konon . Bukan betul-betul marah pun, bergurau sahaja .

Hana menggeleng kepala . Dua beranak kalau dah berjumpa , gaduh je . Kalau seorang menghilang , mula bertanya . Bila ditanya rindu ke, habis-habisan menafikan .

Haih .

" Yelah . Sambunglah balik dating papa tu . Hafine ingat hafine balik asrama nak bergusti dengan papa . Nampaknya Hafine tidak diperlukan . Hafine nak tengok Lee MinHo la macam ni . Bye.. " Nada Hafine mengendur . Namun matanya sempat melirik kepada Qaz, mahu melihat reaksi lelaki itu . Kemudian , terus menutup pintu . Merajuk .

Setelah pintu ditutup , Hana melonggarkan pelukan. Satu pukulan dilepaskan pada lengan Qaz . Meringis kesakitan jejaka itu .

" Apa sayang ni.. ",

" Abanglah. Merajuk dah budak tu. "

" Dia dah besarlah sayang . Dah tua bangka dah . Nak merajuk apa ? Nanti muda-muda lagi dah beruban. Tak hensem macam ayahnya dah . "

Hana menghela nafas panjang.

" Mulalah tu , puji diri sendiri .. "

" Eleh. Sayang tetap sayang abang.. " Lengan menyendeng lengan Hana. Menjongketkan kening berkali-kali. Mengusik .


• ♕ •



2012

Budak itu mencicit berlari keluar dari rumah papan sederhana besar sambil memegang tabung pada tangan .

" Eh Kizz . Kamu nak pergi mana tu? "

" Pergi rumah Ibu Mun sekejap , Auntie Avrin ! Nanti Kizz balik . " Terus Kizz beredar tanpa menunggu balasan Avrin .

Dia tidak menuju ke rumah Ibu Mun, sebaliknya dia berlari pergi ke hospital kecil berdekatan . Dengan hanya berjalan kaki bersama sebekal tabung .

Hampir sejam dia berlari , langkah kakinya tepat di kaunter pertanyaan. Di kaunter pertanyaan , seorang doktor perempuan dan dua orang jururawat sedang berbual sesuatu .

Kepala doktor itu teralih kepada budak lelaki itu. Dia kenal . Budak ini sentiasa hantar ibu angkatnya ke hospital .

Baru membuka mulut, tabung itu ditelangkupkan di atas meja . Banyak kepingan duit syiling jatuh .

' Ting '

' Ting '

' Ting '

Doktor itu menggeleng kepala . Bersimpati dan kasihan bercampur baur .

" Anak.. Untuk selamatkan nyawa ibu kamu , duit sebanyak ini masih tak cukup , sayang! "

Usai doktor itu habis bersuara , Kizz memberontak . Kepingan duit syiling tercampak di atas lantai .

Sekelilingnya , ramai melihatnya penuh simpati . Ada yang menggeleng , ada yang membisu. Apa boleh buat. Sekadar boleh melihat . Mereka tidak mampu melakukan apa-apa .

Kizz berlalu pergi. Dia tidak mempeduli lagi tentang duit syiling itu semua. Yang dalam fikiran sekarang ini hanyalah Ibu Mun .

Otaknya menerawang kepada kata-kata Ibu Mun seminggu lalu .

" Semua orang ingat jika mereka ada duit , mereka boleh hidup dengan aman . Tapi tanpa duit , seseorang itu tak boleh mati dengan tenang.. "

" .. Tidak ada siapa yang terfikirkannya ! "

Sepantas kilat dia sampai awal . Ada kalanya dia berhenti , melepaskan kepenatan dan menyambung langkah semula . Sejam lebih kemudian , barulah dia tiba betul-betul di kawasan rumah Ibu Mun .

Rumah ibu Mun bukan seperti rumah orang lain . Kaya . Bertingkat-tingat , ada kolam , ada guard . Bukan . Rumah ibu Mun tersangatlah daif . Usang. Hanya tunggu roboh sahaja .

Berkahwin pada umur 21 , Mempunyai anak pada umur 23 dan meninggal selepas lahir , suaminya pula meninggal waktu umur 26 . Dan kini, pada usianya 34 tahun , maut datang mencari !

Hidup yang penuh kesedihan .

Kizz masuk ke dalam rumah .

Ibu Mun yang duduk di tepi tangga dihampiri . Dilabuhkan punggung di sisi Ibu Mun yang sedang berlinangan air mata .

Tanpa sebarang suara , Ibu Mun perlahan-lahan menghulurkan tangan . Mata melihat ke arah lain . Biarpun dia hanyalah ibu angkat budak lelaki itu , namun dia dah menganggap Kizz seperti anaknya sendiri .

" Berjanjilah dengan ibu Mun.. Ibu Mun tak tahu bagaimana kamu akan teruskan hidup.. Tapi bila kamu dah besar kamu mesti disanjungi . Kamu patut mati sebagai lelaki yang berharta ! "

Usai itu, Kizz menyambut huluran tangan wanita itu dan menggenggam erat . Laju dia menganggukkan kepala .

" Kizz akan jadi lelaki yang sangat kaya, ibu Mun.. Kizz janji ! "




Tbc .

Votes and comments as always .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now