Kata-kata Cikgu Haryani menyebabkan semua pelajar termasuk AF dan FP kecuali Avryn pantas membelek buku nota serta nota di iPad masing-masing.

"Semua simpan buku dan iPad masing-masing. Saya tengok ada lagi di atas meja, saya rampas dan tak akan pulang sampai hujung tahun," kata Cikgu Haryani tegas menyebabkan pelajar pasrah akan apa yang berlaku selepas ini.

"Untuk soalan pertama," Cikgu Haryani memulakan soalannya selepas tiada buku dan iPad di meja setiap pelajar.

Semua pelajar sudah takut akan apa yang akan ditanya Cikgu Haryani.

"Apakah maksud isotop?" Cikgu Haryani memberi soalan dan memanggil pelajar secara rawak.

"Yusof, jawab."

Panggilan Cikgu Haryani menyentakkan Yusof yang sedang menundukkan mukannya dari dipandang cikgu.

"Err...Isotop ialah sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang..." gagap Yusof kerana tidak pasti.

"Bilangan proton yang apa?" tanya Cikgu Haryani menahan sabar.

"Bilangan proton yang berbeza dan bilangan neutron yang sama?" kata Yusof teragak-agak.

"Kamu belajar dekat mana ini?"

Cikgu Haryani menepuk dahinya mendengar jawapan anak muridnya.

Semua pelajar menahan gelak dari terletus.

"Bilangan proton sama dan bilangan neutron yang berbeza. Dah duduk,"

Cikgu Haryani dengan baik hati memberikan Yusof duduk.

Avryn hanya mendengar butir bicara cikgu sambil melihat ke luar kelas memandangkan dia duduk di tepi tingkap.

Adam merenung muka Avryn dari belakang dengan riak tidak puas hati.

"Seterusnya," Cikgu Haryani teruskan soalannya.

Jantung semua pelajar sudah seperti baru shaja selesai larian marathon.

"Terangkan tentang elektrolisis larutan asid sulfurik," Cikgu Haryani tersenyum senget memandang muka pelajar yang sudah pucat mendengar soalannya.

"Siapa nak jawab?" tanya Cikgu Haryani sengaja.

Semua pelajar berpura-pura tidak nampak dan menundukkan kepala masing-masing.

"Haah, Avryn! Jauh termenung. Jawab soalan saya,"

Avryn yang sedang memandang pemandangan di luar kelas tersentak apabila namanya disebut.

FP sudah tersenyum sinis kecuali AF yang sudah tersenyum senget.

Semua pelajar hanya simpati dengan nasib Avryn.

Avryn bangun dari tempatnya.

"Can I answer it in English?" tanya Avryn tenang tanpa mempedulikan mata yang pandang.

Semua memandang Avryn dengan riak terkejut kecuali AF.

"Aku nak hadam dalam Bahasa Melayu pun dah pecah kepala, ini pulak Bahasa Inggeris," bisik Kaish kepada Fryan dan Adam di sebelahnya.

"Dengar je lah. Mana tau di saja nak riak lepas tu tergagap nak jawab," ujar Adam sinis memandang Avryn.

AF yang mendengar kata Adam, hanya berpandangan dan tersenyum mengejek.

"Sure"

Cikgu Haryani beri izin.

Avryn tarik nafas dan menundukkan kepalanya sementara menyebabkan yang lain pelik.

"Tak tahu cakap je tak tahu. Tak payah riak sangat," provok Adam dengan senyuman sinisnya.

"Dilute sulfuric acid contains water. The ions present in this mixture are H+ and OH- (from the water) and H+ and SO42- from the sulfuric acid. H+ ions are attracted to the cathode, gain electrons and form hydrogen gas. OH- ions are attracted to the anode, lose electrons and form oxygen gas and water. Colourless gases are produced at each electrode. The volume of hydrogen produced at the cathode is twice the volume of oxygen produced at the anode"

Avryn terang dengan lancar tanpa berhenti dan tergagap satu perkataan.

Semua tercengang mendengar penerangan Avryn.

"Thank you Avryn for the clear explaination. You can sit down,"

Cikgu Haryani yang sudah tahu tentang Avryn hanya tersenyum lebar mendengar jawapannya.

Sebelum Avryn duduk, dia menoleh ke belakang memandang Adam tajam.

"What do you expect from a student who is taking Forensic Chemistry as her third-major, Tengku Adam Hadriq Leon?" tanya Avryn sakrastik.

Semua pelajar kecuali AF ternganga mendengar kenyataan Avryn.

"Tak mungkin. Dia tipu kan," bisik Adam perlahan.

"Tak mungkin dia tipu dengan suara dan muka itu" bisik Fryan kembali.

"That's all for today. Y'all can go for recess,"

Cikgu Haryani melemparkan senyuman nipisnya sebelum keluar dari kelas.

Semua pelajar mula berbisik memandang Avryn tetapi Avryn hanya mengabaikan dan pasang AirPods miliknya pada telinga sebelum membuka lagu dengan kuat. Dia menarik hoodie menutupi kepala sebelum membaringkan kepala di atas meja lalu memejamkan mata.

Adam yang masih terkejut dengan fakta yang diberi oleh Avryn tersedar apabila Fryan menepuk bahunya untuk pergi ke kantin.

"Ada pendidikan tinggi-tinggi pun tak guna kalau maruah macam sampah," ujar Adam sedikit kuat apabila berlalu di tepi Avryn dan keluar dari kelas dengan 2 orang rakannya.

Avryn dengar tetapi malas nak bertekak dengan budak tak faham bahasa jadi dia lebih baik tidur dari bazirkan tenanganya. AF yang lain sudah tahu yang mood Avryn tidak baik kerana dimaklumkan oleh Arzyn pagi tadi jadi mereka tidak ganggu Avryn.

***

Avryn turun tangga dengan kelam kabut kerana sudah lambat untuk pergi jumpa dengan DH dan anak buahnya seperti yang dijanjikan.

"Baby!" jerit Arzyn untuk kali yang berapa dia pun tak tahu.

Boleh berjanggut tunggu Avryn datang.

"I'm here, let's go!" ujar Avryn dan merampas kunci kereta di tangan Arzyn .

Arzyn hanya pasrah dan membuka pintu sebelah penumpang sebelum masuk diikuti Avryn.

"Semua dah ada ke?" tanya Avryn sambil fokus pada pemanduannya di jalan raya yang kelihatan lenggang kerana sudah pukul 7 malam.

"Diorang kata dalam perjalanan," Arzyn jawab selepas melihat pesanan dari Arlan.

"Aku takut lah," ujar Avryn perlahan tetapi masih boleh dengar oleh Arzyn.

"Tak payah takut sangat. Aku ada,"

Semangat yang diberi Arzyn sedikit sebanyak membantunya mengurangkan takutnya.

"Diorang ada sindir kau dekat sekolah ke?" Arzyn dengan muka seriusnya.

"Senyuman sinis dan percakapan yang menyakitkan hati orang memang ada terutamanya Adam itu. Benci betul!" rungut Avryn sambil membayar tol masuk lebuhraya sebelum keretanya laju membelah lebuhraya.

"Diorang akan kena tempias esok," Arzyn kata dengan senyuman sinisnya.

"Dah tak payah cakap pasal diorang. Bengangkan kepala aku je. Kau tidur. Aku tahu kau penat. Nanti sampai aku kejut," ujar Avryn dan menekan lagi pedal minyak apabila tiada kereta di hadapannya.

Arzyn hanya tersengih dan menurunkan sedikit kerusinya sebelum memejamkan matanya ke alam mimpi.

Avryn hanya melayan perasaannya sambil memandu ke Croizer Villa.

'Life is a boomerang, what you give, you'll get back'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now