bab 11

1.2K 81 4
                                    

Aniq membaca ayat kursi berlindung kepada Allah SWT.

Yang lain juga turut begitu.mereka membaca ayat pendinding-pendinding.hanya bergantung kepada Allah SWT sahaja.kepada-Nya mereka berserah.

Muaz membaca surah al-falaq dengan kuat.

"Bismillaahir rahmaaniir rahiim, Qul a-'uuzu birabbil falaq.Min syar-rimaa khalaq.Waminn syar-ri ghaa-siqin izaa waqab.Waminn syar-rinn naffaa-tsaati fil 'uqad.Waminn syar-rihaa sidin izaa hasad!!"

Syaitan-syaitan tersebut meraung kesakitan.kesemuanya menutup telinga.

"Cisss!!"Fikri berdengus marah.

Dia membaca ayat-ayat sihir kepada muaz.

Lalu ditiupnya tanpa sesiapa pun sedar.

"Arghhhhhhhhh!!!"mata muaz tertutup.pedih.telinganya berdesing kuat.kedua-dua tangannya menutup ke dua-dua telinganya.sakit gegendang telinganya mendengar dengungan yang kuat itu.

Semua memandang ke arah muaz.

Fikri tersenyum menyeringai.seronok melihat permainannya sudah dimulai.

"Mika!!bantu muaz!!"jerit suri.

Hatinya resah melihat keadaan muaz.

Mika segera mendapatkan muaz yang baring meringkuk itu.

Dia membaca beberapa ayat dari surah ruqyah dan membaca surah al-falaq.

"Dengan-Mu aku meminta pertolongan.Dengan-Mu juga aku berserah.Sesungguhnya engkau Maha pelindung lagi Maha berkuasa.Allahuakhbar!!!"

"Arghhhhhh!!!"lantas itu muaz membuka mata luas.kesakitan yang diterimanya sudah menghilang.

Dia terbatuk kecil.

"Alhamdulillah!!"mika mengucap syukur kehadrat Ilahi.

"Kau boleh lagi tak?"kata mika.

"Boleh!mari kita lawan si durjana itu!"kata muaz.dia bangkin membawa semangat baru.

Mika tersenyum.

'Ya Allah,bantulah hambamu ini.'desis hati mika dan muaz.

Mereka segera bertarung dengan musuh-musuh Allah di hadapan mereka itu.

"Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa!Lenyaplah kau dari bumi ini!Allahuakhbar!!"laung Aniq.

Tangannya di arahkan kepada beberapa syaitan tersebut.

Lalu lenyaplah mereka seperti debu bertebangan.

Kuasa Allah.

Hani dan suri bergabung tenaga.mereka membaca surah Ruqyah.

Manakala Mika dan Muaz membaca surah Al-kahfi ayat 1-10 serta membaca surah al-falaq 3 kali.

Mereka bergantung hanya kepada Allah SWT.

Kini tinggallah Fikri keseorangan.syaitan-syaitan yang dihantarnya sudah pun ditewaskan oleh mereka berlima.

"HAHAHAHHAHAHAHAHAH!!"lelaki tersebut ketawa besar.lagaknya seperti seorang yang gila.

"Kau dah tewas!menyerah sahaja!"kata Aniq kuat.

"Kau pikir kau dah menang?"Fikri membaca sebuah mantera.

Dan kini mereka berada di sebuah hutan tebal.

Aniq memandang sekeliling.kawan kawannya sudah hilang.

Begitu juga Muaz,Mika,Hani dan Suri mereka turut tidak berjumpa antara satu sama lain.

Mereka sudah berpecah antara satu sama lain.masing-masing duduk di dalam hutan yang tebal berseorangan.

Dan dihadapan mereka kini ada lelaki bongkak tadi,Fikri.

Hanya salah seorang sahaja yang berdepan dengan Fikri yang sebenar.yang lain hanyalah syaitan yang menyerupai Fikri.

Siapakah akan berhadapan dengan Fikri yang sebenar?

Hutan  ✔ Where stories live. Discover now