"Oii ! Papp ! Papp !" . Izz menepuk kepala Ayoi menggunakan suratkhabar yang dia gulung itu.
"Adeii.. oii sakit ko tau tak". Ayoi mengusap usap kepalanya yang botak itu.
"Bangunla brader , pukul berapa ko nak tidur lagi ?". Izz kembali duduk di kerusi di hadapan katil Ayoi.
"Alaa macamla ko tak pernah bangun lewat doe. Hm dah pukul berapa ?". Ayoi membetulkan tempat duduknya lalu membuat senaman badan sebelum bangun.
"Dah pukul 10". Izz melihat jam di tangan lalu menyambung balik menengok Surat khabar yang dipegangnya..
Tetiba Ayoi melompat pergi ke arah Izz ..
"Weh! Weh!". Ayoi memanggil Izz tapi Izz tak berpaling sedikit pun kerana terlalu ralit membaca akhbar itu.
"Hm apa ? Ko pergi mandilah weii , busuk badan ko ni..". Izz menggeleng gelengkan kepalanya.
"Ko tau tak dekat kawasan rumah kita ni ada perempuan baru duduk ? Baru pindah ke doe? Cantik .. hheeehe nanti ko tolong ejaskan untuk aku boleh tak bro? Heheheheheheehehehe".
Ayoi meramas ramas dagunya sambil tersengih sengih sambil memikirkan idea macam mana nak tackle perempuan tu ..
' Haha kalau aku dapat minah tu, konfem konfem aku lagi hebat dari Izz hahahahaaha . Kalo Izz boleh tackle si Suraya tu , why nottt aku kan ? , ahahahahahahahaha '. Ayoi tersengih sengih pabila memikirkan si gadis itu..
Izz membuat mimik muka tanda pening. Lalu mengeluh perlahan . Izz tidak menghiraukan si Ayoi lalu bangun keluar dari bilik si Ayoi lalu pergi ke dapur ..
~ Ketulusan cinta & Kasih sayang tidak dapat dilihat mahupun didengar, Tetapi hanya boleh dirasakan dengan hati ~
STAI LEGGENDO
KITA KAWAN KAN ?
SaggisticaMengenai kisah persahabatan antara Nur Humaira dengan Izz Haikal yang telah membina persahabatan ini sudah lama. Since 2017 mereka berkawan dan menjadi rapat tetapi hanya di alam maya. Izz sudah mempunyai tunang dalam diam tetapi perihal peribadi ha...
