Penghantar Makanan

49 5 7
                                    

Keroncong perut sudah tidak boleh diabaikan. Seperti berpesta lagaknya. Aku melirik jam dinding. 5:27 petang. Patutlah terasa lapar, hampir seharian aku tak makan. Lantas aplikasi FoodPanda kubuka. Setelah silih berganti meninjau pelbagai pilihan, akhirnya, KFC - Dinner Plate - kupesan. Penat mencari KFC juga aku pilih.

Usai membuat tempahan, aku melangkah menuju kamar mandi, berniat membersihkan diri.

'Tok, Tok.' Tepat aku siap memakai baju, sayup-sayup bunyi ketukan itu memukul gegendang telinga.

'TOK! TOK!' Ketukan bertambah kuat.

"Ish!" Aku mendengus, "Tak menyabar.." Bisikku geram.

"Yes!?" Agak kasar kubertanya. Pintu belum kubuka. Langkah berjaga-jaga.

"FoodPanda delivery miss.." Suara serak basah menjawab.

Aku terkesima. Aku kenal sungguh suara itu. Benarkah dia atau hanya angan mengaburi realiti. Segera kubuka pintu yang menjadi penghalang antara kami.

"ALI GATIE!" Suara ku meninggi.

"Shhh!" Belumpun sempat aku menjerit kali kedua, segera lelaki itu segera menutup mulutku dengan sebelah tangannya yang tidak memegang kotak KFC.

'ALI GATIE! GOSH ITS ALI GATIE!' Jeritanku terhalang, hanya bunyi menggumam terdengar.

"Cool down.." Ucap lelaki itu. Seperti terpukau aku mula diam. "Good!" Telapak tangan yang menutup mulutku dilarikan.

"Breath..."

"In and out..." Aku mengikuti arahannya. Tarik nafas, hembus.

Beberapa kali kami ulangi proses itu. Bila aku terlihat lebih tenang, dia tersenyum.

'Gosh! Jantung.. Please bertahan..' Betul-betul tercabar imanku melihat penyanyi kesayanganku itu. Mahu saja kutangkap dia masuk rumah dan paksa dia kahwin denganku.

Aku meneliti dalam-dalam penyanyi itu. Atas ke bawah, bawah ke atas. Pasti, Ali Gatie. Mana mungkin pelanduk dua serupa seiras ini.

"Hahaha..." Dia tertawa kecil. Membuatku terkebil.

"You look so cute when you look at me like that..." Ucapnya.

Darah seperti menyirap ke atas kepala. Wajahku membahang. Jantungku berdegup laju. Pandanganku berpinar. Kelam. Belum sempat menyembah lantai, tubuhku disambuat oleh sepasang tangan miliknya. Bertambah kencang degupan jantungku. Tubuhku dia lepaskan. Aku kembali memijak bumi. Malu.

"You must be wondering why, right." Ujarnya. Kotak KFC diserahkan kepadaku.

Kuperhatikan dia mengeluarkan smartphone miliknya kemudian mempamerkan skrin telefon kepadaku, memperlihatkan sebuah iklan. Gambar iklan dari akaun Instagram rasmi peminat Ali Gatie miliknya itu kubaca dengan teliti.

"Ten chosen fans will be visited by Ali Gatie when they purchase any set on KFC at a particular times. One fan for each day from tomorrow onwards." Tergamam. Aku orang terakhir yang terpilih. Aku.

Tanganku tanpa sedar menutupkan mulut yang entah bila melopong luas. Aku sambung membaca kapsyen gambar tersebut.

- FANS OF MY FANS. YOU ALL ARE MY FAMILY AND LOVE. ALWAYS.

Bukaan mulutku meluas. Pelbagai rasa bercampur menjadi satu. Betulkah ini semua sedang terjadi?

"So, that's that. And don't worry, you're not recorded right now. But you can record me live singing if you want. That's what's on in this event." Bicara Ali Gatie menyentakku ke realiti.

Tanpa berfikir panjang, aku pantas berlari mendapatkan telefon pintarku kemudian kembali mendapatkan Ali Gatie. Ikon kameraku tekan. Mula merakam.

'It's you, it's always you,
If I'm ever gonna fall in love I know it's gon' be you,
It's you, it's always you,
Met a lot of people, but nobody feels like you,'

#DudukRumah FanFiksyenMY

#DudukRumahWhere stories live. Discover now