Dush! Riak wajahku mengeras seperti disimbah cat. Weh, malu gila! Berani dia ungkit kejadian memalukan itu? Pipi dah berbahang macam kena panggang. Lidah pun tergeliat tak tahu nak membalas apa lagi.

Pagi tadi, sedar saja daripada tidur jarak muka kami tak sampai pun seinci. Macam mana boleh jadi begitu pun aku tak tahu. Lelaki itu pula bukannya menjauh, lagi dia dekatkan ada la! Apabila ditanya, Muz tuduh aku yang nak cium dia. Habis hilang dah modal aku nak tutup malu sendiri. Yalah, aku mana sedar!

"Hah kenapa diam? Eleh... malu la tu!" Muz giat mengusik. Di bibirnya tersungging senyuman nakal. Semakin bertambah segan aku jadinya. Ish!

"Sudah la. Pergi keluar sana. Sekejap lagi mak cik bidan itu datang, mahunya dia halau awak keluar." Batang tubuh Muz aku tolak menghampiri pintu. Boleh tahan berat juga dia ini! Kunyah besi setiap hari ke bang?

"Eh nanti dulu! Saya nak ambil barang sekejap," ujar Muz secara tiba-tiba. Saat itu, hanya tinggal beberapa langkah saja untuk dia melangkah keluar dari bilik. Bibir mengeluh perlahan. Adui, waktu-waktu macam ini jugalah dia nak ambil barang bagai. 

"Hah, ambil la. Cepat sedikit, jangan lama-lama pula," gesaku. Muz mengangguk.

 Langkah Muz bergerak menghampiri. Lelaki itu kemudiannya memaut kedua belah bahuku lalu ditarik rapat ke arahnya. Akibat terkejut, segera dada bidang itu aku tahan dengan sebelah tangan.

"Eh, eh awak nak buat apa ini? Kata tadi nak ambil barang kan?" soalku. Lain macam dia ini.

"Yalah, nak ambil baranglah ini. Nak ambil awak masuk dalam hati saya." Serentak dengan itu, Muz mengenyitkan mata bersama dengan senyuman kacak. Ceh! Nak buat aku cair ke ini? 

"Piirah! Masuk dalam hati konon. Pergi keluar sekarang! Gatal nau!" Tubuh setinggi galah itu ditolak keluar. Ketika betul-betul di muka pintu, Muz berpusing menghadapku. Rahangnya bergerak-gerak seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.

"Nak apa lagi?" bentakku. 

"Saranghae, aishiteru love!"

Kemudian, laju kaki Muz  mencicit lari meninggalkan aku blushing seorang diri di depan pintu. Selepas buat jantung aku nak meletup, dia pergi macam itu saja? Nak kena ni!

*******

Alhamdulillah, lega rasanya selepas berurut. Semua sendi-sendi terasa longgar dan badan pun segar. Belakang badan aku sandarkan pada kepala katil. Tiba-tiba, rasa rindu menerpa pada ibu, ayah dan Kak Tim sekeluarga. Sepanjang aku berpantang di sini, asyik lupa sahaja nak bertanya khabar. Tanpa menunggu lama, jari pantas menekan nombor telefon rumah.

"Hello..." Suara seseorang menjawab panggilan. Telefon aku jarakkan sebentar dari telinga. Aik, suara siapa ini? Tak pernah dengar pun.

"Err hello... hmm siapa ini?" Was-was aku bertanya.

"Hello... nama saya Fahrin Ahmad bin Zul Arifin. Umur saya lima tahun. Saya bersekolah di Tadika Mesra. Cita-cita saya nak jadi pelakon bila besar nanti." 

Huh? Tercengang aku hampir 10 saat di situ. Ahmad? 

"Hahahaha... Ahmad rupanya. Ahmad! Ini Kak Je lah. Mummy Ahmad mana?" Terhibur aku dengan kata pengenalan daripada Ahmad. Boleh pula aku tak cam suara kecil dia tadi.

"Ooo... Kak Je! Hmm... mummy dekat dapur dengan tok ibu," balas Ahmad. Sesekali kedengaran bunyi mulutnya menghisap puting botol susu.

"Ahmad boleh tolong panggilkan tok ibu tak? Kak Je nak cakaplah."   

Tidak lama kemudian, kedengaran suara ibu memberi salam di hujung talian. Masing-masing bertanya khabar dan bertukar cerita. Maklumlah, dah lama tak berborak dengan ibu tercinta.

"Macam mana pantang dekat sana? Okey? Makan dan minum semua cukup?" Ibu bertanyakan soalan. Bibir automatik menampal senyum.

"Terlebih daripada cukup, ibu. Bonda jaga orang tip-top punya class! 

"Huish, untung sangat itu. Jealous la ibu macam ini. Kak Je dah ada ibu baru." Sempat ibu bergurau manja. 

"Ish, apa pula cakap macam itu. Ibu special, tak ada siapa boleh ganti!" balasku beserta niat memujuk. 

Ibu tergelak kuat. Aku pun terikut sama. Gembira rasanya apabila dapat mendengar gelak tawa ibu. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah aku mengubat rasa rindu dalam hati yang tak terluah.

"Kak Je dah nak habis pantang, kan? Agak-agak bila start kerja?" 

"Minggu ini dah masuk minggu kedua. So, minggu depanlah orang jejak sekolah balik." 

"Tak lama dah itu. Sementara masih cuti ini rehat sungguh-sungguh supaya apabila masuk kerja nanti semuanya dalam keadaan baik. Tak adalah jadi benda bukan-bukan. Risau Muz nanti," pesan ibu.

"Baik bu... pandai-pandailah Kak Je jaga diri. Ibu jangan risaulah!" Aku meyakinkan ibu.

"Macam mana ibu tak risau? Tak ada khabar mengandung ke apa, tiba-tiba dapat tahu Kak Je  keguguran. Terkejut tau! Si Muz tu lagilah kesian. Risau dia tak habis lagi sebab isteri tak sedarkan diri. Doktor pula panggil masuk beritahu kandungan gugur. Lemah semangat Muz, Kak Je. Luluh hati kami tengok." Ibu membuka cerita. 

Aku terdiam lama. Entah kenapa perasaanku bercampur-baur. 

Selepas menamatkan perbualan, talian dimatikan. Minda menerawang jauh memikirkan sesuatu sehinggalah aku mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Muz keluar lengkap berpakaian bersama tuala yang tersidai di bahu.

"Tadi call  ibu eh?" Muz bertanya sambil merenungku dari biasan cermin meja solek. Aku hanya mengangguk kemudian kembali menyambung aktiviti termenung yang belum habis lagi.

"Aip! Termenungkan apa itu?" Muz menepuk tanganku dengan lembut. Sedar-sedar saja dia dah duduk di sebelahku di atas katil.

"Saya nak tanya something." Kali ini, aku berpusing betul-betul menghadap Muz.

"Sejujurnya, apa yang awak rasa selepas dapat tahu saya mengandung?" Memang sudah lama aku menyimpan soalan tersebut daripadanya. Hari ini rasa ingin tahu itu melonjak tinggi.

Muz terdiam sebentar. Dahinya kelihatan berkerut.

"Jujur eh... hmm saya rasa macam mana seorang ayah patut rasalah." Muz memberikan jawapan selamat. Namun, jawapannya masih belum dapat memuaskan hatiku.

"I mean... happy of course!  Dapat jadi ayah! Siapa je yang tak happy, kan?" Melihatkan riak wajahku yang berubah, dia segera menukar jawapan.

"Awak tak marah ke? Tak sedih? Yalah, awak bencikan saya. Kenapa pula awak nak ada anak bersama dengan orang yang awak benci? Lagi satu, awak sendiri dah janji nak membalas dendam dan buat saya sengsara. Kenapa sekarang awak layan saya dengan baik? Takkan semudah itu awak lupa semua dendam awak dulu?" 

Semua persoalan yang menghimpit benak fikiran kini berjaya dilontarkan. Memang ini pun saat yang aku tunggu-tunggu selama ini. Mengharapkan jawapan dan kebenaran. Tak betah rasanya berlama-lama dalam hubungan yang masih samar-samar ini.

Sepasang mata Muz kini tajam merenung ke arahku. Namun, aku masih cuba mengekalkan riak selamba di wajah. Aku benar-benar ingin tahu jawapan lelaki ini.

"This is just not the right time." 

Serentak dengan itu, dia bingkas turun dari katil dan meninggalkan aku berseorangan di bilik kami. Aku tertanya-tanya sendiri. Kalau sekarang bukan masa yang tepat, bila lagi?


Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin