Bab 36 - The Broken Promise

Start from the beginning
                                    

Tanpa membuang masa, Robin menekan aplikasi WhatsApp dan yang tertera di skrin begitu mengejutkan Robin.

Umi Darling ❤ 78

Beni 49

Ibu jarinya menekan sekali mesej daripada umi. Jantungnya berdegup kencang. Déjà vu. Perasaan yang sama ketika dia mendapat mesej daripada Stuart ketika kebakaran berlaku beberapa hari yang lalu. Robin membaca yang paling latest sekali daripada Puan Khadijah.

+Along balik cepat sikit ya.

+Lusa nak balik rumah tok su.

+Harap anak umi yang sulung ni boleh balik cepat.

+Jangan lama-lama tau.

+Tok su sakit along.

Menggigil dia memegang telefon ditangan. Dahinya mula berpeluh-peluh. Dia bersandar menyandarkan kepalanya pada kepala katil lalu dia memejam mata. Cuba menghadam ayat terakhir mesej. Hatinya terasa dipicit kuat.

Tok su sakit?

Robin mengambil nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Dia cuba menenangkan diri agar tidak membuat keputusan terburu-buru. Dia membuka mata kembali dan merenung semula ayat terakhir yang berada di skrin telefon.

Tok su sakit along.

Tubir matanya terasa panas, pemandangannya semakin kabur, begitu juga dengan mesej-mesej yang tertera di papan skrin. Air mata yang berlinang diseka dengan tapak tangannya. Esakan yang keluar cuba ditahan. Tidak mahu mengikut Benard yang sedang nyenyak tidur.

Tok Su yang selalu menjaganya ketika kecil sakit? Tok Su yang selalu bersenam pada waktu pagi itu sakit? Tok Su yang sering menceriakan dan mengalu-alukan kedatangannya apabila kami menziarahinya sakit? Atuk kesayangannya sakit?

Robin membongkokkan sedikit badannya kebawah lalu menutup muka dengan kedua tapak tangan. Kakinya tidak boleh diangkat untuk duduk secara kecilan. Gadis itu terus tenggelam dalam semua memori ketika dia bersama Tok Su yang tersimpan di dalam hatinya.

"Tok Su.." Sebutnya perlahan.

"Tunggu nini tau."







                  

                ANGIN sejuk yang menyapa kulit mukanya dibiarkan sahaja. Dia menikmati keindahan cahaya bulan pada waktu malam ini. Langit yang gelap tanpa dihiasi bintang itu direnung luas. Suasana yang sunyi itu sangat sesuai untuk menenangkan hatinya yang sedih.

Hidungnya yang terasa air keluar, dilap dengan lengan baju lalu dia memeluk tubuh kerana terlalu sejuk. Harap Benard tidak sedar daripada tidur lenanya. Tanpa pengetahuan Benard tadi, dia keluar secara senyap-senyap pergi ke taman yang lebih dekat dengan bangunan bilik wadnya terletak.

Sebelum keluar dari wad tadi, sempat juga dia menyelimutkan Benard yang tidur nyenyak dengan lebihan kain langsir. Dia kesian tengok Benard tidur sejuk tanpa selimut. Disebabkan itu dia tiada pilihan lain selain daripada lebihan kain langsir yang terdapat di atas meja hujung bilik. Mujur ada kain langsir tu.

Robin sudah mengambil keputusan, jikalau Stuart masih tidak muncul pada malam ini. Esok memang dia akan balik ke Malaysia untuk balik ke kampung menziarahi Tok Su. Tadi dia sudah berkali-kali cuba menghubungi umi, namun tidak dapat kerana umi mematikan telefon dia.

Robin mengeluh perlahan. Stuart tidak muncul. Tok Su pula sakit. Serabut hatinya dengan perasaan risau yang berganda-ganda. Kepalanya dongak memandang langit sekali lagi. Mengamati keindahan dan kedinginan malam ini.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now