Bab 62

6.9K 293 5
                                    

"Gantung dia" Suara penuh arahan dikeluarkan. Pantas dua orang lelaki yang berbadan agak tegap membawa Syed Faiq yang sudah lemah selepas dibelasah.

Kedua-dua belah tangannya diikat pada tali besi lalu tali besi itu digantungkan. Syed Faiq hanya mampu berdiri melihat samar-samar wajah lelaki yang berada di hadapannya kini.

"Kau memang bodoh!" Satu tumbukan kuat dikenakan pada perut Syed Faiq menyebabkan darah keluar dengan agak banyak daripada mulutnya.

"Abang!" Alliya terjaga daripada tidur.  Dadanya berombak pantas, nafasnya bertukar laju. Serentak itu, dia memegang dadanya sebelum mengucap.

"Astagfirullah halazim. Allahhuakbar" Alliya memejamkan matanya. Dia betul-betul terkejut sekarang ini. Fikiran Alliya mula bercelaru. Awat aku mimpi macam tu?

Alliya memandang ke arah jam dinding digital yang tergantung pada dinding, 3:47 am. Masih awal lagi.

Alliya meraup sedikit wajahnya. Ya Allah, petanda apa yang kau bagi ni?

Alliya teringatkan perbualan dia dengan Syed Faiq semalam. Perbualan yang dia sendiri tidak mengerti apakah maksudnya. Abang jahat? Semua salah abang?

Alliya memandang ke arah tingkap, memikirkan apa maksud ayat itu. Dia betul-betul tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Syed Faiq. Dia mengatakan dirinya tidak baik. Dia mengatakan semua kejadian yang menimpa Alliya adalah salahnya sendiri.

Tiba-tiba, Alliya terfikir. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk dia menenangkan fikirannya sekarang ini. Solat sunat tahajud.

.

.

.

Alliya menguis-guis nasi goreng yang berada di dalam pinggan. Fikirannya melayang. Disebabkan mimpi buruknya pagi tadi, dia langsung tidak dapat tidur semula. Akhirnya, dia hanya menghabiskan masa dengan berselawat dan membaca Al-Quran.

Alliya menghela nafas sedikit. Mimpi buruk yang dia alami dengan perbualannya bersama Syed Faiq semalam. Ada kaitan ka?

Akhirnya, Alliya meletakkan kembali sudu didalam pinggan sebelum bersandar. Apa maksud abang? Awat dia teriak sampai macam tu sekali semalam?

"Hoi, hang pasaipa?"

Alliya memandang sebelah. Kelihatan Azisya sedang melabuhkan punggung pada kerusi sebelah Alliya. Kerusi itu ditarik rapat ke arah adiknya. Matanya mula mengesam wajah adiknya.

"Hang awat wei? Ada masalah ka?" Azisya menyoal risau.

Dari tadi lagi dia perasan adiknya itu mengelamun. Gayanya seperti ada masalah. Dia yang sedang membasuh pinggan berasa risau melihat keadaan adiknya begitu.

"Tak dak apalah" itu sahaja Alliya menjawab. Dia tidak mahu Azisya tahu tentang masalah yang menimpanya sekarang.

"Ni yang aku tak suka ni. Habaq (bagitau) la kat aku, mana tau aku boleh tolong hang." Azisya cuba memujuk. Tidak tenang dia dibuatnya melihat keadaan adiknya sebegini.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now