Bab 56

7.7K 324 6
                                    

Bunyi petikan loceng dari pintu rumah menyentakkan Alliya yang sedang ralit bermain telefon.

"Dah sampai ka?"

Alliya melangkah kaki menuju ke pintu masuk. Tudung memang sudah sedia tersarung memandangkan dia sudah tahu akan ada tetamu yang akan datang. Tapi, siapa dia tak tahu memandang Faiq tidak memberitahu lagi. Apa yang diberitahu, ada orang hendak datang, dan dia disuruh untuk memakai tudung.

Alliya membuka pintu lalu kelihatan dua figura sedang tersenyum di hadapannya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Eh, Haiqal?" Alliya menjemput Haiqal dan seorang wanita disebelahnya masuk. Alliya hanya melemparkan senyuman ke arah wanita itu.

"Alliya kenalkan ini isteri saya, Maya. Yang, ini Alliya isteri Faiq." Haiqal memperkenalkan wanita itu, membuatkan Alliya mengangguk mengerti. Oh, dah kahwin rupanya, ingat bujang lagi.

Alliya dan Maya bersalaman. Haiqal memberikan beg plastik kepada Alliya sebelum dia menyambut dan melihat isi di dalamnya beg plastik itu. Ketam?

"Kau ada beli apa yang aku pesan?"

Tiba-tiba muncul satu suara daripada belakang Alliya, menyebabkan Alliya mengalihkan badan. Kelihatan Syed Faiq sedang bergerak ke arah Alliya lalu memeluk bahunya.

"Ada tu ha" Haiqal merujuk kepada Alliya yang sedang memegang plastik berisi ketam itu. Nasib baik Faiq sempat telefonnya ketika dia masih berada dalam kawasan bandar. Bolehlah dia singgah ke pasar basah sekejap.

"Abang teringin nak makan ketam ka? Awat tak bagitau? Kalau dak boleh Liya beli awal-awal" Alliya memandang wajah suaminya.

Kelmarin baru sahaja dia pergi ke pasaraya dengan Azhira dan Nasyatul, memandangkan kaki Syed Faiq masih lagi sakit. Tiada pula Syed Faiq meminta hendak makan ketam. Bila ditanya hendak makan apa, Syed Faiq hanya menjawab tidak kisah.

"Hari ini baru tiba-tiba abang teringin nak makan, tu yang abang minta Haiqal belikan." Syed Faiq mengusap perlahan kepala Alliya yang dilitupi tudung. Alliya hanya mengangguk mengerti.

"Korang lunch dekat sini tau. Saya masak" Alliya mengangkat keningnya.

"Betul juga tu, bolehlah korang rasa air tangan Alliya" Syed Faiq turut mempersetujui.

"Kitorang on je" Haiqal tayang sengih.

"Cantik. Kalau macam tu, korang duduk dulu. Saya masak kejap" Baru sahaja Alliya ingin berlalu, ada suara yang memberhentikan langkahnya.

"Saya nak tolong" Maya meminta untuk membantu. Tak sanggup dia hendak duduk dengan dua jejaka ini.

"Eh takpalah, awakkan tetamu" Alliya melarang.

"Saya nak tolong awak, Haiqal tu kalau dah jumpa dengan Faiq, mesti diorang akan bincang pasal kerja. Saya tak faham" perlahan sahaja Maya mengucapkan ayat terakhir, seolah-olah merayu sedikit membuatkan Alliya ketawa sedikit.

"Oklah kalau macam tu, jom" Alliya menarik sedikit tangan Maya mengikutnya ke dapur. Walaupun baru berkenalan beberapa minit yang lalu, Alliya dapat rasakan yang dia dengan Maya dapat ngam.

Syed Faiq memandang Alliya dan Maya. Apabila hilang dua orang gadis itu, terus Syed Faiq beralih pandangan.

Baru sahaja Syed Faiq ingin memulakan bicara, kakinya terasa disepak... Tidaklah terlalu kuat, tetapi disebabkan keadaan kakinya yang agak sakit ketika ini, boleh tahan terasa jugalah.

"Woi, kau pahal sepak kaki aku" Syed Faiq menahan suaranya, tidak mahu Alliya dan Maya dengar. Bahu Haiqal ditolak menyebabkan dia ketawa sedikit.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now