Dendam lama yang tersimpan akhirnya kembali.Apabila diri sudah hilang pertimbangan..nafsu dan amarah tidak dapat dikawal
lalu Jin & Syaitan di puja dan diseru untuk meminta pertolongan sehingga lupa bahawa yang hanya boleh memberikan pertolongan han...
"Arghhhhh.."badan ku tidak boleh bergerak,rasanya bagaikan ditindih oleh sesuatu yang amat berat tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasarku
tiba-tiba dapat kulihat suatu lembaga muncul dari hujung katilku,aku tidak dapat melihat rupanya ekoran suasana bilik ku yang gelap dan hanya diterangi dengan Night Light. Makhluk itu tiba-tiba mula bergerak,jantungku seakan mahu tercabut apabila makhluk itu bergerak kearag muka ku,melihat keadaan itu,badanku cuba bergerak namun tubuhku seolah dikunci,aku juga seperti sukar untuk bernafas..
wajah makhluk yang hodoh itu semakin jelas.. aku tidak sanggup untuk menatap wajahnya,akan tetapi kelopak mataku seakan dikunci..segala doa & ayat suci yang ku hafal setiap hari tidak mampu ku ingati itu apabila makhluk itu berada betul-betul di hadapan wajahku,dia cuba mengatakan sesuatu,aku hanya mendegar samar-samar apa yang dikatakan makhluk itu adalah
"rindu aku?"
setelah itu aku tersedar dari tidur,nafasku tidak keruan..begitu juga badan ku yang basah dengan peluh walaupun Aircond di kamarku telah di hidupkan,aku bersandar di katil cuba untuk bertenang..
aku cuba beristghfar dan menganggap mimpi buruk itu hanyalah mainan syaitan,dan segala baik dan buruk datangnya dari allah
“Dan, jikakamuditimpasesuatugodaansyaitan maka berlindunglahkepada Allah…” (QS. Al-A’raaf ayat 200).
aku melihat jam baru pukul 2.30pagi aku bangun dari katilku untuk ke tandas,selesai membuang hajat,aku kembali ke katil untuk menyambug tidur yang hanya berbaki 3 jam sebelum masuknya subuh..
mataku cuba dipejam tetapi tidak dapat dilelapkan,aku bersandar dikatil,tiba-tiba peristiwa 3 hari lepas menusuk fikiran ku..
********
setelah hampir 5 tahun kami tidak bersua muka,kelmarin akhirnya aku terjumpa Dahlia di Mid Valley ketika membeli belah untuk persiapan majlis makan di rumahku..
aku berada tidak jauh darinya ,dia yang sedang memilih barangan kecantikan di sebuah kedai komestik sepertinya tidak menyadari akan kehadiran diriku..
aku mengimbau kenangan pahit 5 tahun lepas,segala persoalan mula timbul
"adakah dia masih mengingati aku?atau dia sudah melupakan segala kisah tentang kami dan menjalanlan kehidupan yang lebih baik bersama pasangan barunya?"..
segala persoalan yang bermain difikiranku tidak berjawab bagaikan kapal yang tersesat berlayar di samudera yang luas,tidak kelihatan penghujungnya,tidak juga kelihatan manusia yang boleh ditanyakan arah
fikiran ku tentang Dahlia terhenti apabila kedengaran bunyi barang jatuh di bahagian living room rumahku
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
aku tidak mengambil endah dan berfikir mungkin ia ditolak oleh kucing,kerana aku memang membela seekor kucing jenis Birman untuk menghilangkan sunyi memandangkan aq tinggal seorang diri..
aku tinggal di rumah teres 2 tingkat di kawasan perumahan Villa 33 di Cheras namun ia bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan bagiku tinggal sendirian di rumah sebesar 800 Sq Ft
Ibu dan Bapa ku tinggal di Pahang bersama seorang adik perempuanku yang sekarang sedang di tahun akhir sekolah menengahnya iaitu tingkatan 5
ketika di bangku sekolah,aku bukanlah seorang pelajar yang pintar,namun aku bernasib baik dan bersyukur kerana keputusan SPM agak cemerlang,
aku berjaya melanjutkan Pelajaran di Uitm Shah Alam dalam bidang ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA)..
ibu dan ayahku sangat mengharapkan aku menjadi seorang akauntan selepas tamatnya pengajian,namun..
pada Sem akhir aku di Universiti,aku terlibat dalam sebuah kemalangan apabila sebuah kereta pacuan 4 roda hilang kawalan dan menghempit motosikal yang aku tunggang ke divider jalan raya
pada ketika itu aku separa sedar,apa yang aku ingat tubuhku sudah dikelilingiboleh ramai orang ,Bagaikan Gula yang dikerumuni semut,ada yang cuba bertanyakan keadaanku,ada yang sedang menelefon seseorang aku tidak pasti samaada dia menelefon Ambulans atau siapa?..tidak kurang juga hanya datang untuk melihat situasi
kepala aku sangat sakit dan berat ketika itu,rasa seperti di hempat oleh batu dengan berat setengah tan..selepas itu mataku mula berpinar-pinar dan terus duniaku menjadi gelap..
aku koma selama hampir 3 bulan,akibatnya aku terpaksa drop Course,yang aku ambil di Universiti,ibu cuba memberi semangat dengan mencadangkan agar aku memohon kembali kemasukan ke pusat pengajian itu..
namun hatiku telah tawar dan menolak cadanganya dengan baik
aku mula cuba menceburi dalam bidang perniagaan,iaitu dengan menjual nasi dan pelbagai juadah
alhamdulilah dengan berkat usaha dan doa akhirnya aq berjaya membuka 4 Cawangan Restoran di beberapa buah kawasan di Selangor dan Pahang dengan julungan nama Danish Fast Kitchen,aku memberikan nama kedai ku begitu dengan bermaksud mutu layanan dan hidangan yang diberikan oleh kedai aku pantas,cekap dan juga berkualiti
walaupun pada asalnya kedua ibu bapa ku tidak begitu yakin dan hampa dengan pilihanku namun mereka tetap memberi galakkan daripada sebuah gerai kecil di pekan Temerloh hingga ke restoran terkenal
********
aku tersentak sekali lagi apabila kedengaran pula bunyi kerusi bergerak di dapur..namun aku masih cuba berfikir positif dan segala andaian yang tidak masuk akal cuba ku tolak ke tepi,dan akhirnya aku terlelap sehingga azan subuh mula berkumandang..
* * * * * * * NOTAPENULIS;
Assalmualaikum guys😊 korang rasa chapter pertamanie Ok tak? aku actually baru cuba iijertuliscerita kat wattpad HAHAHAH😂
Cuba korang komen kat bawahapapandangankoranguntuk 1st chapter nih😁