"Alhamdulillah sihat. Dato macam mana, sihat?" Syed Faiq pula membalas tanya.

"Sihat je"

Syed Faiq mengangguk sedikit.

Serentak itu, Dato Faizal memasukkan sebelah tangannya kedalam poket seluar. Tubuhnya ditegakkan sedikit.

"So, kau memang tak kenal aku?" Senyum sinis muncuk di bibir Dato Faizal.

Syed Faiq mengerutkan dahi apabila Dato Faizal bersoal begitu dengan senyuman sinis di bibir.

"Maksud Dato?" Syed Faiq menyoal tidak mengerti.

Dato Faizal berdengus sedikit.

"after all these years you have made me suffer, you have forgotten me, Mike"

Syed Faiq terdiam, tersentak, terpaku. Nama itu, nama yang dia gunakan semasa di Canada dahulu. Dan hanya seorang sahaja yang akan ingat nama itu sampai mati.

"Kenapa, terkejut?" Kedengar ketawa sinis daripada mulut Dato Faizal.

"Kau dah buat silap besar Mike, kau sendiri yang dah masuk dalam perangkap aku"

Syed Faiq masih tidak berkata apa-apa. Sungguh dia benar-benar terkejut. Yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum sinis sekarang ini adalah musuhnya.

"Aku takkan lupa apa yang family bodoh kau dah buat dekat aku. By the way, cantik wife kau. Tapi sayang, dia akan jadi milik aku" sekali lagi Dato Faizal tersenyum penuh sinis sebelum melangkah kaki laju keluar daripada cafe.

Syed Faiq memandang susuk tubuh musuhnya keluar melalui pintu. Sekonyong-konyong, bahunya disentuh secara mengejut menyebabkan dia berpusing dengan pantas.

Alliya terkejut sedikit apabila Syed Faiq tiba-tiba sahaja terkejut benar dengan sentuhannya.

"Abang awat? Terkejut semacam ja" Alliya tergelak kecil. Baru cuit sikit dah terkejut 

Syed Faiq hanya menggeleng tanda tiada apa.

"Ni, awat abang berdiri dekat sini lagi? Awat tak duduk? Lagi satu, Dato Faizal mana?" Alliya menilaukan matanya mencari kelibat Dato Faizal

"Dia dah balik, dia kata ada emergency" Syed Faiq terpaksa menipu. Dia tidak mahu isterinya tahu tentang ini.

"Takpalah kalau macam tu. Ni, abang duduk dulu. Liya pi ambil cake dengan ayaq, abang nak macam biasa abang order sebelum ni ka?" Alliya sengaja menyoal begitu.

Dia sudah tahu apakah kek dan air yang selalu dipesan oleh suaminya apabila tiba di cafe ini. Tidak lain tidak bukan Moist Chocolate Cake with Ganache dengan Iced Cappuccino with Almond Milk. Menu wajib bagi seorang Syed Faiq Mikael.

Syed Faiq membalas dengan anggukan beserta senyuman.

"Ok, abang tunggu sat nah" Alliya mula bergerak ke arah dapur.

Senyuman Syed Faiq mula apabila kelibat Alliya hilang daripada pandangan sebelum dia memandang pintu masuk cafe. Air liur mula ditelan payah.

Dragon.

.

.

.

"Alah abang. Kena pi la (sekarang) juga ka?" Alliya menyoal dengan nada tidak suka. Sekarang ini mereka berada di rumah Hajah Asyirah.

Entah tiba-tiba Syed Faiq cakap yang Haiqal perlukan bantuannya di pejabat. Padahal tidak sampai sejam mereka sampai di rumah Hajah Asyirah.

"Ya sayang. Haiqal call abang tadi, dia cakap dia perlukan bantuan abang" Sungguh, Syed Faiq berada berdosa sekarang ini. Dia terpaksa menipu isterinya demi kebaikan mereka berdua.

Mrs. Monsieur √Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα