"Aku tahu Farhan akan sokong kalau aku nak kesana. Farhan sempoi. Dia tak macam kau."

Medina terdiam mendengar ayat terakhir Louis. "Dia tak macam aku? Macam mana tu Louis? Aku macam control hidup kau? Apa yang kau nak buat, kau kena bagitahu aku? Aku terlalu overthinking macam tu? Kau tahu tak, sebab apa aku tak bagi kau kesana?

Sebab aku sayang kau! Aku tak sanggup nak berjauhan dengan kau. Dulu kau ada cakap, kau nak kita jadi macam bulan dan bintang. I'm trying to be the best. Tapi sekarang ni, kau nak tinggalkan aku. Tinggalkan kenangan kita. Tinggalkan 'kita'," kata Medina sambil menyeka air mata yang mula mengalir. Kemudian, dia lakar senyuman pahit kepada Louis.

Wajah Louis sudah kelihatan serbasalah.

"Okay, aku takkan pergi. Kalau itu yang kau nak."

Medina menggeleng. "Pergilah! Aku tak halang pun kau nak pergi. Kejarlah impian kau. Tinggalkan aje aku dekat sini. I'm nothing to you." Medina mengambil bil elektrik dan bil air dari tangan Louis lalu dengan segera dia menapak masuk kedalam rumah.

"Kak! Kata nak main jutaria." Farhan yang sedang menyusun kad-kad permainan itu menegur kakaknya yang laju sahaja naik keatas.

"Takda mood." Medina membalas dingin. Sejurus itu, pintu bilik dihentamnya dengan protes. Sehingga tingkat bawah boleh dengar.

"Agak-agaklah nak tutup pintu tu Medina oi! Abi bukan pakai kertas nak bayar kalau pintu tu rosak nanti." Eira bercekak pinggang memarahi Medina dari hujung tangga. Seraya itu, dia menoleh kearah Louis yang melangkah kearahnya. "Oh, bil air dan bil eletrik dah sampai. Yang tu pula surat apa?"

"Medina marah sebab surat ni, umi," beritahu Louis sambil menunduk. Rasa kesal pula tak beritahu Medina awal-awal. Sudahlah susah nak pujuk gadis itu.

"Hm, takpalah, Louis. Lama-lama nanti redalah marah dia. Dina tu merajuk tak lama. Louis pun tahu kan?" pujuk Eira. Bahu Louis diusap-usap lembut. Kepalanya menoleh kearah Farhan yang masih lagi sedang menyusun kad. "You guys nak main jutaria ke? Ah, alang-alang tu, jomlah umi join sekali. Dah lama tak main game ni." Eira terus menuju kearah Farhan dan dia melabuhkan punggung disebelah Farhan.

"Umi tak masak ke?" soal Farhan.

"Abi balik lambat harini."

"So apa kena mengena dengan abi?"

"Yelah, abi dah nak balik barulah umi masak."

"Habistu, kitorang nak makan apa?" Farhan merengek dibahu ibunya.

"Aik, dah besar panjang pun, takkanlah tak reti nak masak sendiri. Bagilah umi rehat pula wahai sang putera bongsuku," sindir Eira. Farhan pula tarik muncung. Tak pasal-pasal kena perli.

Louis pula masih merenung surat permohonan itu. Hatinya berbelah bahagi. Dulu, kalau umi dan abi izinkan, takdalah dia rasa belah bahagi macam ni. Tapi sejak Medina dah tahu, dia jadi tak senang.

Separuh hatinya suruh pergi. Separuh hatinya tak bagi pergi. Makna apakah ini? Adakah separuh hatinya sudah berada bersama Medina.

Tak mungkin.

"Abang Louis! Apa yang dimenungkan lagi tu? Marilah main. Umi dah tak sabar ni." Ajakan Farhan mematikan lamunan Louis.

"Korang mainlah dulu. Abang nak letak surat ni kat dalam bilik," kata Louis seraya mula meniti tangga naik ke biliknya.

Kebetulan tika itu, pintu bilik Medina tidak tertutup rapat. Telinga menangkap suatu suara dari dalam bilik itu. Tak lain tak bukan mesti Medina sedang membebel. Dia mula mencuri dengar dibalik pintu Medina.

"Pikachu nak tahu something tak? Louis nak tinggalkan kita. Nanti kalau Louis dah pergi luar negara, dengan siapa kita nak cari gaduh? Dengan siapa kita nak bermanja? Dengan siapa kita nak study sama-sama. Dengan... tsk... tsk... dengan siapa kita nak crushkan? Kita tak sanggup nak berpisah dengan dia. Tsk.. tsk... kita sayang dia, Pikachu."

Dapat Louis lihat Medina memeluk patung kuning kesayangannya bersama dengan air mata yang mengalir deras. Hatinya dipahat rasa bersalah. Dia buntu.

Antara Medina atau impiannya? Mana satu bakal dia pilih?

Antara Medina atau impiannya? Mana satu bakal dia pilih?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

Sorry sebab late update. Wattpad buat hal + malas yang terlampau + takda idea. Huhuhu, lepasni Louis nak tinggalkan kita dan Medina. Kita taknak Louis pergi, tapi apakan daya.... hmm *lap air mata*

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now