SETIBANYA mereka disekolah. Diri mereka disebelubungi rasa gementar. Tangan Medina sudah menggigil dan sejuk macam mereka nak pergi berperang sahaja. Louis yang melihat keadaan Medina yang gelisah semacam itu, Louis hanya mampu mengusap bahu Medina yang berlapik. Cuba memberi ketenangan pada gadis itu.

"Tenang okay?"

Medina mengangguk. "Okay."

"Baiklah. Kepada semua pelajar yang hendak mengambil keputusan SPM, boleh masuk kedalam dewan sekarang." Pengumuman itu membuatkan Medina lagi tambah gementar. Tangan Hanif dan Eira ditarik masuk kedalam dewan diikuti dengan Louis dari belakang.

Setelah beberapa minit pengetua menyampaikan hujah dan kata-kata aluan kepada semua pelajar dan ibubapa, sudah tiba masanya untuk mengumumkan keputusan-keputusan pelajar cemerlang.

"80% daripada semua pelajar SPM, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya berjaya mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tahniah saya ucapkan. Beri tepukan pada diri sendiri." Gemuruh dewan itu dengan tepukan dari penghuni dewan itu.

"Baiklah. Tanpa membuang masa, saya akan mengumumkan keputusan pelajar. Dah tak sabar dah nak tunggu keputusan. Tapi malangnya, saya hanya akan umumkan keputusan pelajar yang mendapat 7A hingga 10A sahaja. Yang lain kamu ambil keputusan dekat guru kelas kamu."

"Okay... mari kita mulakan. Bismillahirahmanirahim. Pelajar yang berjaya mendapat keputusan sebanyak..."

Kini tiba pula pengumuman kepada siapa yang berjaya mendapat 10A iaitu semua A. Medina dan Louis sudah bertambah gementar. Nak sahaja Medina genggam tangan Louis tapi tangan ibunya yang menjadi mangsa.

"Dipersilakan pelajar yang berjaya mendapat 5A+,  2A- dan 3A, iaitu saudari Medina Haura binti Hanif Raydan." Mulut dan mata Medina sudah terlopong besar. Dengan pantas dia berlari keatas pentas dan tak semena-mena dia mengalirkan air mata di hadapan pengetua. Gembira tak terhingga!

Turun sahaja dari pentas, Medina menerpa ibubapanya. Tepukan gemuruh dari pelajar dan ucapan tahniah diucapkan kepada Medina.

"Seterusnya, pelajar yang berjaya mendapat 8A+ dan 2A-, dipersilakan saudara Syed Marlouis Airiel bin Syed Iman." Louis sudah tersenyum. Dia juga berlari naik keatas pentas dan ambil slip keputusannya. Nak sahaja dia sujud syukur disitu.

Segala kerja keras dia dan Medina, akhirnya telah berbayar. What you give, you'll get back.

"Tahniah, Louis," ucap Medina sambil mengelap air matanya. Louis ukir senyum. Kalau ikutkan hati, nak aje dia peluk Medina. Tapi, mereka bukan mahram. Hoho!

"Kau pun, Dina." Mereka saling membalas senyuman.

MALAM itu, mereke sekeluarga menyambut kejayaan Medina dan Louis di sebuah restoran kegemarannya Medina dan Louis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM itu, mereke sekeluarga menyambut kejayaan Medina dan Louis di sebuah restoran kegemarannya Medina dan Louis. Entah apalah nak jadi dengan mereka sampai restoran kegemaran pun sama.

Pulang sahaja dari makan malam, Louis berduaan sahaja dengan Hanif diruang tamu merehatkan badan dan melayan perut yang kenyang.

"Louis, dah rancang nak kemana?" Hanif membuka topik. Louis menegakkan tubuhnya.

"Erm, tak tahu lagi, abi. Louis tunggu tawaran je."

"Louis mohon dekat mana?"

"Dekat Malaysia dan ada juga dekat luar negara. Louis harap sangat Louis dapat yang dekat luar negara. Itu adalah salah satu impian Louis," terang Louis. Hanif hanya mengangguk.

"Kalau dapat dekat luar negara, Louis nak pergi?" Sengaja Hanif melontarkan pelbagai soalan kepada anak angkatnya. Mahu lihat Louis mahu tak melayan.

Louis mengangguk seraya tersenyum. "Mestilah Louis nak pergi. Louis fikir, kalau Louis kesana, Louis nak ambil bidang bisnes. Lepastu, Louis nak tinggal dekat sana sambil buat bisnes sendiri," beritahu Louis dengan teruja. Dia harap sangat Hanif beri kebenaran.

"Louis nak tinggalkan kami?"

"Eh bukanlah abi. Louis tak pernah terfikir pun nak tinggalkan keluarga ni. Keluarga ni dah banyak tolong Louis. 7 tahun Louis tinggal dengan keluarga abi. Jadi, lepasni bagilah Louis berdikari pula. Hidup atas kaki sendiri."

"Louis tahu kan ekonomi dekat luar negara dan dekat sini tak sama. Tak boleh ke belajar dekat sini je?" Hanif membalas dengan nada yang risau. Risau akan keselamatan anak rakan baiknya, arwah Iman.

"Louis bukan apa, abi. Itu impian Louis. Louis harap sangat abi izinkan. Lepas habis belajar dan bisnes Louis dah tetap dekat sana, Louis baliklah Malaysia semula. Jenguk korang semua." Louis masih tetap dengan pendiriannya.

Hanif mengeluh. Berat sungguh hati ini.

"Louis janji, abi. Louis akan banggakan abi. Bila Louis dah ada banyak duit, Louis bawa keluarga kita melancong keluar negara. Louis janji dengan abi yang Louis akan belajar sungguh-sungguh dekat sana. Louis akan jaga perangai. Louis tak buat hal. Louis akan call dengan abi setiap malam. Cuma sekarang ni Louis hanya mahukan kebenaran abi aje." Louis membuat muka simpati.

"Baiklah. Abi izinkan kalau permohonan Louis diterima."

Louis tersenyum lebar. "Terima kasih abi!" Tubuh lelaki itu didakapnya erat.

"Tapi Louis kena ingat. Jaga diri dekat sana. Abi jauh nak pantau Louis dekat sana."

"Baik abi. Louis masuk bilik dulu." Louis meminta izin dengan tersenyum. Hanif hanya mengangguk dan memerhati gerak geri Louis meniti tangga.

"Sekejap je anak kau membesar, Iman."

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

Debaran semakin terasa! ^^ Happy reading guys! Konflik sudah semakin dekat! Tak sabar, tak sabar!

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now