Sebaik sahaja Melati melangkah masuk ke dalam rumah Che Yah, dia melopong. Dia melihat ke arah Che Yah yang ditenangi oleh Pak Cik Leman. Dia mendekati Che Yah dan Pak Cik Leman untuk mendapatkan kepastian.

“Kenapa ni Che Yah? Kenapa boleh jadi macam ni?”

“Che Yah pun tak tahu. Kan Che Yah baru sahaja sampai dari kampung.”

Melati menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ya tak ya juga kan?”,kata Melati bingung.

“Sepanjang dua minggu ni, Melati ada je dekat rumah. Masa Che Yah balik kampung pun Melati yang tengok-tengokkan rumah Che Yah ni. Tak ada pula perkara yang mencurigakan lagipun Melati tak ada dengar apa-apa pun dari rumah ni. Macam mana pula ada orang boleh pecah masuk ni?”

Baru sahaja Che Yah ingin membuka mulut, kedengaran sesuatu pecah dari tingkat atas. Mereka bertiga memandang sesama sendiri.

“Mana Amin?”, tanya Che Yah tiba-tiba.

Melati memerhatikan sekeliling ruang tamu yang porak peranda seperti tongkang pecah itu. Rasanya tadi Amin ada di belakang dia. Sekarang entah ke mana budak bertuah itu pergi.

Mereka bertiga menuju ke tingkat atas dan masing² berasa mual tatkala bau bangkai menyengat deria bau mereka. Bau hanyir darah juga kuat. Sepanjang atas anak tangga itu, terdapat darah yang sudah kering. Begitu juga dengan pemegang tangga.

“Amin..”,panggil Pak Cik Leman namun tiada sesiapa yang menyahut.

Sampai di tingkat atas, mereka berasa mahu muntah. Banyak bangkai ayam, tikus, kucing dan katak bergelimpangan di atas lantai. Ada yang sudah mula mereput dan ada juga yang kelihatan seperti baru dibunuh siang tadi. Bangkai yang mula mengeras itu juga sudah terburai isi perutnya. Mata haiwan-haiwan itu dicungkil. Malah, ada yang dipotong kepada beberapa bahagian. Dasar tiada keperimanusiaan!

Melati menekup mulut dan hidungnya kerana tidak tahan dengan apa yang dilihat di atas lantai itu. Mereka berjalan dengan berjingkit supaya tidak terpijak bangkai-bangkai tersebut.

Melati menoleh ke arah kanan dan matanya menangkap tubuh seseorang yang terbaring di atas lantai dengan pintu bilik yang terbuka. Melati mencuit bahu Che Yah di tepinya dan menunjukkan ke arah bikik itu. Mata Che Yah membulat.

Mereka bertiga bergegas menuju ke arah bilik itu. Sekali lagi Melati tergamam melihat apa yang ada di depannya. Amin.

Baru sahaja sebentar tadi Amin bercakap dengannya. Sekarang, Amin terbaring tak bergerak di atas lantai dengan dahinya yang berdarah. Di tepi Amin terdapat sebuah pasu yang pecah.

Melati pelik. Bagaimana pasu itu boleh pecah dan terkena dahi Amin? Melati melihat di atas pintu dan dia dapat menangkap bagaimana semua ini boleh berlaku.

Matanya kemudian terlihat sehelai kertas di atas katil. Dia menuju ke katil Amin lalu mengambil kertas itu dan mendekati Che Yah yang sedang menangis.

Aku menyuruh Pak Cik Leman mengangkat Amin masuk ke dalam kereta Pak Cik Leman  lalu menyuruh mereka membawa Amin ke hospital. Aku tak dapat menolong mereka kerana aku tidak pandai memandu dan aku yang turut mengikuti mereka ke hospital cuba menenangkan Che Yah dan berkata bahawa Amin akan dapat diselamatkan.

Sampai sahaja di hospital, Amin disorong masuk ke dalam bilik Unit Rawatsn Rapi. Sementara menunggu doktor merawat Amin, aku terpaksa menelefon Haziq untuk memberitahu tentang ini.

Tidak lama kemudian, doktor keluar dari bilik itu dan memanggil waris Amin. Kami bertiga mendekati doktor.

“Kami perlu membuat pembedahan kerana pesakit ada darah beku di dalam kepalanya. Jadi, kami ingin dapatkan persetujuan dari ahli keluarga pesakit.”

Selepas 30 minit, aku terdengar derapan kaki seseorang berlari menuju ke arah kami. Aku menoleh ke arah itu dan kelihatan Haziq sedang berlari anak menuju ke arah kami.

“Macam mana semua ni boleh berlaku?”, tanya Haziq.

Aku hanya mengangkat bahu dan menggeleng kepala.

“Tadi, saya nampak ada surat atas katil Amin. Kami dah baca apa yang tertulis di surat itu. Ternyata itu kerja MJ. Nah, awak baca lah surat ini.”, Melati mengeluarkan surat itu dari poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Haziq.

Puas hati sekarang? Kau yang merisikokan nyawa anak kau sebab kau masuk campur dalam urusan aku! Sesiapa yang halang aku dari terus mendekati Melati akan terima padahnya.. Opss,, maaf.. aku tak sengaja lah pulak nak cederakan anak kau.. Mungkin..aku patut.. hapuskan kau je kan perempuan tua?

MJ si pemerhati.

Baru sahaja Haziq ingin membuka mulut, bunyi pintu bilik pembedahan ditolak dari dalam. Kemudian, seorang doktor keluar dengan wajah yang agak sugul.

“Macam mana dengan anak saya? Dia selamatkan?”

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now