Bab 35 - Fun Time

Start from the beginning
                                    

"Sakit tau. Ingat tak sakit ke? Dahlah pijak tanpa beri isyarat." Suara Benard memarahi dirinya atau lebih kepada merajuk telah menarik para pesakit dan keluarga mereka yang lalu-lalang disitu. Robin tersenyum kekok memandang mereka lalu meminta maaf dalam bahasa Inggeris.

"Janganlah cakaplah kuat-kuat. Orang tengoklah. Lagi satu bangunlah Benard. Malu orang tengok." Arah Robin dengan gelabah saat semakin ramai yang menoleh memandang adegan mereka. Namun, bukan Benard kalau mengikut arahan tanpa menimbulkan masalah. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Payback time!" Bisik Benard kuat. Terkebil-kebil Robin memandang Benard.

"What do yo-"

"You stole my sweets! How dare you?!" Robin menepuk dahinya kerana Benard melaung kuat dengan suara mengada-ngada.

Semakin Robin tidak duduk senang diketuainya apabila orang disekelilingnya berbisik lalu tergelak, ada yang senyum. Robin menunduk malu sedikit kepada orang yang melihat lalu dia memandang cemas ke arah Benard dengan penuh tanda tanya.

Gila Beni ni.

"Beni? Apa awak bu-"

"I will tell mom after this! You grounded for two weeks!" Benard semakin mendalami karakternya dengan membaling sandalnya ketepi. Robin menggeleng melihat Benard. Dia tidak henti menunduk hormat sedikit pada yang telah melihat adegan malu itu, tanda dia minta maaf kerana membuat kecoh. Dia meletak tangan ke dahi, menutup mukanya. Malu.

Perhatiannya kembali kepada Benard. Kaki kirinya menghentak tempat letak kaki berkali-kali. Memikir jalan untuk berhentikan drama ini. Dia memandang sekeliling lalu dia mengangguk yakin. Ini sahaja jalannya.

Kedua-dua tangannya memegang roda lalu menolak kebelakang, berundur untuk menghadap kebelakang. Sebaik sahaja dia telah mengadap menghadap laluan bagi jalan balik, dia memutar roda kedua-duanya berkali-kali meninggalkan Benard disitu yang terpekik memanggil namanya.

Tidak sedar dia memutar roda dengan laju tanpa memikirkan keadaan sekeliling sehinggakan telah sampai di pintu laluan koridor menuju ke wadnya. Tombol pintu dipulas lalu dia masuk ke dalam dan membiarkan pintu automatik tertutup itu sendiri tutup.

Robin mengambil nafas sedalam yang boleh lalu dihembus perlahan. Tercungap-cungap kerana tidak cukup udara untuk bernafas tambahan dengan lengannya terasa lenguh. Tapak tangannya dilihat, merah kerana cengkamannya pada roda kuat. Dia meregangkan tangannya yang lenguh.

"Senget betul Beni ni. Nasib baik dapat larikan diri. Pandai betul dia berdrama dengan gula-gu-. Alamak!" Robin terjerit kuat dan membuatkan laluan koridor yang cantik itu bergema dengan suaranya. Kepalanya dipegang.

"Gula-gula aku!" Baru Robin nak pusing belakang datang satu suara menegurnya.

"Kau lebih pentingkan gula tu dari aku? Seriously, Robin?" Terkejut Robin melihat Benard melepasi sisinya bersama tiga beg plastik besar lalu lelaki itu berdiri dihadapannya dengan wajah serius.

"S-saya patah sebab nak a-ambil awak semulalah." Sejujurnya tidak pernah dia lihat wajah serius Benard yang sekarang ini. Dia tunduk memandang kakinya yang berbalut.

"Aku ingat kau nak selamatkan aku tapi kau tinggalkan aku dengan gula-gula kau tu." Suaranya masih dalam keadaan marah. Perkara ini mengakibatkan Robin mencantumkan kedua-dua tangannya lalu bermain antara satu sama lain, gugup.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now