"Kakak! Farhan ni!" Medina pantas berlari kearah pintu dan pintu itu dibukanya.

"Kakak okay? Muka kakak warna merah." Farhan menyoal risau.

"Kakak okay. Jangan risau. Far nak apa datang bilik kakak ni?" soal Medina dengan nafas yang agak tercungap-cungap. Mungkin kerana penat melompat-lompat dan terkinja-kinja diatas katil tadi.

"Far nak cakap pasal hal kakak dengan abang Louis. Tentang kejadian yang dekat sekolah tu."

"Oh. Jemputlah masuk," pelawa Medina sambil membuka pintu lebih luas untuk Farhan masuk kedalam. Setelah itu, pintu itu ditutup semula. "So, apa cerita? Diorang dah tahu perkara sebenar?"

"Dah." Farhan menjawab. "Diorang sendiri mengaku setelah digertak oleh pengetua. Diorang tu memang ada rekod buruk, selalu buat masalah. Masa kakak dengan abang tak datang sekolah haritu, kes yang sama juga berlaku. Abang Farin yang jadi mangsa. Tapi, tak sempat dia nak menipu, cikgu dah dapat tangkap. Abang Farin pun bijak membongkarkan rahsia mereka. Dan sekarang ni, Cikgu Omar kirim pesanan untuk kakak dan abang."

"Dia kirim pesanan apa?"

"Dia minta maaf sebab tak beri kakak dengan abang peluang untuk jelaskan apa-apa. Dia juga sangat galakkan untuk abang dan kakak masuk sekolah semula. Jangan risau. Dia siap pesan lagi yang dia akan bersihkan nama korang berdua daripada rekod kesalahan disiplin."

"Oh. Baguslah kalau masalah dah selesai. Jawatan kitorang macam mana?" soal Medina beriak tenang.

"Takda apa yang berubah," balas Farhan seraya itu dia bangun dari duduknya. "Abang dan kakak boleh kembali ke sekolah seperti biasa pada hari Isnin ini nanti. Keadaan sekolah agak huru-hara tanpa korang berdua." Pintu bilik Medina dituju lalu dia keluar dari bilik itu.

Medina menghela nafas lega. Bersyukur segalanya sudah selesai.

JAM sudah menunjukkan angka 11 malam

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

JAM sudah menunjukkan angka 11 malam. Louis masih lagi terkebil-kebil tidak berjaya melelapkan matanya. Dia bangun dari pada posisi pembaringannya. Dia menguap besar. Menguap kemain lagi tapi tak boleh tidur. Apa bendalah.

Mindanya asyik teringat peristiwa siang tadi sahaja. Saat dia menarik tubuh Medina kepelukannya adalah perkara paling spontan dan gila pernah dia lakukan. Dia pun tidak sanggup untuk melihat Medina jatuh disitu dan menanggung malu seorang diri.

Mereka sudah berjanji untuk sentiasa bersama hadapi segala masalah. Louis tersenyum seorang diri. Kakinya melangkah ke balkoni yang tersedia di bahagian biliknya itu. Biliknya istimewa sedikit kerana disediakan balkoni berbanding bilik yang lain. Balkoni biliknya akan bertemu dengan balkoni ruang tamu tingkat atas.

Tempat dimana Medina selalu membuang pandangan. Namun kini, balkoni itu kosong. Tiada siapa yang singgah disitu.

"Berangan apa sampai tersenyum sorang-sorang tu, cik abang oi?" Teguran dari seseorang membuatkan darah Louis berderau. Dia menoleh memandang kearah balkoni yang kosong tadi. Kini, ada Medina!

Tahu-tahu je tengah fikir pasal dia.

"Takda apalah. Sibuk je nak tahu," dalih Louis.

"Eleh. Yelah tu. Kau tengah fikirkan aku kan?" Medina mula mengusik Louis dengan nada yang menjengkelkan. Louis sudah teguk air liur. Pandangan dialih ke tempat lain.

"Kau buat apa kat situ? Kenapa tak tidur lagi?" soal Louis, cuba untuk mengubah topik. Medina mencebik. Orang tanya bukan nak jawab!

"Saje ambil angin malam. Dalam tu panas. Sini sejuk sikit," balas Medina sambil memejamkan matanya menikmati angin sejuk yang menembusi kulitnya itu.

"Ada aircond pun panas ke?"

Diam. Tiada balasan daripada Medina.

"Dah tidur ke perempuan ni? Oi, Dina! Jangan tidur situ woi!" Louis meninggikan suaranya sedikit supaya Medina sedar dari tidurnya. Serentak dengan itu, mata Medina tercelik. Dia memeluk tubuh dan wajah garang dituju kepada Louis.

"Kau ni kacaulah. Aku nak menikmati angin malam ni pun tak boleh. Pergi tidurlah!" marah Medina.

"Okay. Aku masuk tidur sekarang. Tapi, aku nak pesanlah kat kau supaya berhati-hati. Aku bukan nak takutkan kau ke apa. Tapi, aku nak kau tahu, kau tu dengan rambut panjang serupa pontianak duk tercegat dekat situ malam-malam ni tak elok tahu? Lagi-lagi nak pukul 12 malam. Manalah tahu Kak Ponti tiba-tiba teman kau sebab dia ingat kau ni kawan dia. Haa, aku tak tahu. Aku masuk tidur dulu! Kau fikir-fikirkan lah ya? Selamat malam." Louis hamburkan tawanya setelah menghabiskan kata-kata. Dia juga segera masuk kedalam bilik semula. Rasa seram juga sebenarnya.

Dia takutkan orang, dia pula yang seram!

Medina yang masih tercegat di balkoni telan air liur. Dia menoleh kekiri dan kekanan. Tangannya naik menggosok tengkuk apabila dia terasa bulu romanya menaik. Tika itu jugalah bunyi anjing menyalak dengan kuat dari rumah jirannya.

Tanpa membuang masa, Medina pantas menutup sliding door balkoni itu dan segera masuk kedalam biliknya. Dirinya diselubung kedalam selimut dek kerana terlalu takut. Kenapalah dia tak terfikir awal-awal?

Sumpah aku taknak duduk situ lagi waktu malam!

Sumpah aku taknak duduk situ lagi waktu malam!

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

TBC.

Sorry kalau bosan. Next chapter mungkin saya akan skip tahun dorang. Uuu klimaks semakin menjelma. Happy reading guys! Much love from me! <3

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Onde histórias criam vida. Descubra agora