"Err, s-saya nak cari cikgu Nobita, tapi dia tak ada pula" kata Jungkook sambil tangannya cepat-cepat menyimpan semula fail itu di tempat asalnya.

"Cikgu Nobita ada di kantin, sekarangkan waktu rehat" balas Cikgu Suneo.

"Oh, terima kasih, Cikgu" balas Jungkook sambil menunduk hormat lalu dia berjalan keluar dari situ.

☆☆☆☆

Kim Minjung POV💚

"Minjung dah balik!" laung gadis itu sambil membuka kasut sekolahnya.

Mata Minjung membulat besar apabila melihat kelibat abangnya sedang datang menghampirinya

"Hyung!" teriak gadis itu dengan nada suara teruja.

"Hei, panggil aku oppa lah, dah 18 tahun pun masih tak reti guna bahasa panggilan ke?" marah abangnya, Kim Seokjin.

"Biarlah, aku nak panggil Hyung, bukannya salah pun" balas Minjung sambil mencebik.

"Adik, mak kata malam ni dia tak balik, dia bertugas baca berita tengah malam" kata Seokjin sambil menjongket kening.

"Beli tak tiket?" soal Minjung sambil menjongket kening.

Seokjin menunjukkan dua keping tiket perlawanan tinju underground untuk malam ini.

"Ayah macam mana?" soal Minjung.

"Ayah tidur mati, kita keluar nanti dia tak akan sedar pun" balas Seokjin.

"Kau cuti selama 6 bulan lah ni?" soal Minjung sekali gus menukar topik perbualan.

Mereka berdua berjalan menuju ke ruang tamu untuk duduk di sofa.

"Iya, macam biasalah, tentera laut, kerja di laut 6 bulan, cuti 6 bulan" balas Seokjin.

"Tentera laut pergi tengok perlawanan tinju haram. Aku rasa kelakar hahaha" ujar Minjung sambil tertawa halus.

"Releks, tugas yang tangkap operasi haram macam tu, pihak polis dengan tentera darat je" balas Seokjin.

"Ceh, tak bertanggungjawab" balas Minjung.

"Kau tak nak pergi malam ni, tak apa. Aku pergi sorang" balas Seokjin sambil mengugut.

"Ah, Hyung!" teriak Minjung akibat marah dengan kata-kata Seokjin tadi.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Jejaka kacak itu melangkah masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja dia membuka kasutnya.

Jungkook berjalan ke arah dapur untuk bertemu dengan ibunya.

"Eomma" panggil Jungkook sebaik sahaja memasuki ruangan dapur. Alangkah terkejutnya dia apabila Shin Dong Jae berada di dapur sedang menolong ibunya memasak.

"Ah, Jungkook dah balik" ibunya menyambut kepulangannya.

"Jungkook-ah, lama tak jumpa, rasanya dah 2 tahun kan?" Dongjae menyapanya dengan sangat mesra.

"Kamu berdua berboraklah dulu di meja makan dah ada makanan , Omma nak pergi buat air kejap" kata Ibu Jungkook.

Terus Jungkook menarik tangan Dongjae menuju ke meja makan.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now