Dia menuju ke arah meja kerja yang berada di dalam bilik itu. Bersepah kertas di atas meja itu dan beberapa peralatan yang diguna untuk membuat kerjanya. Di atas meja itu juga ada sebiji camera canon dan beberapa keping gambar yang telah dicuci. Dia meletakkan sebilah pisau yang mempunyai kesan darah yang masih segar di atas meja itu.

Dia mencapai sekeping gambar itu dan mencium gambar itu. Gambar seorang gadis muda yang sedang bekerja di sebuah cafe tersenyum ketika mengambil pesanan makanan daripada seorang pelanggan lelaki.

Lelaki itu mencapai marker pen yang berwarna merah lalu memangkah wajah lelaki tersebut lalu mengilai kuat.

Dia menuju ke arah dinding. Pada dinding tersebut terdapat banyak gambar perempuan yang sama dilekatkan di situ. Kebanyakannya terdapat gambar yang telah dipangkah dengan marker merah jika terdapat kelibat seorang lelaki dalam gambar itu.

"Melati.. Melati.. Kau milik aku seorang."

Tangannya naik mengusap gambar-gambar tersebut sambil menjilat bibirnya. Sesekali dia mencium gambar tersebut.

Melati yang sedang menonton televisyen terkejut apabila mendengar tajuk utama berita malam itu. Lebih terkejut apabila dia melihat wajah yang dipaparkan bersama dalam berita itu.

SEORANG LELAKI DIPERCAYAI DIBUNUH SEMASA DALAM PERJALANAN PULANG.

Pembaca berita tersebut memberitahu bahawa lelaki tersebut dipukul sebelum dibunuh.

Melati menjadi takut kerana lelaki tersebut merupakan pelanggan yang datang ke cafe tempat dia bekerja pada petang tadi. Malah, dia juga yang mengambil pesanan lelaki itu. Adakah lelaki psiko yang selalu mengintipnya itu juga seorang pembunuh?

Melati segera menutup televisyen lalu melangkah naik tangga menuju ke arah biliknya. Dia mengunci pintu bilik lalu berbaring dan menyelimuti tubuhnya.

Tangannya mencapai telefon bimbit apabila mendengar sebuah mesej masuk ke dalam telefonnya. Matanya membulat tatkala membaca mesej itu.

Sweetheart dah tengok berita? Sweetheart milik abang seorang je. Terima kasih sweetheart sebab beri abang seorang lagi mangsa baru petang tadi. Hahaha..

Orang ini betul-betul gila!

Seperti kebiasaannya, sebelum pergi kerja dia akan memberi makan kepada kucingnya yang bernama Mocha dahulu.

Rasa pelik menerjah perasaannya. Ke mana lah si mocha ni pergi. Selalunya kucingnya itu akan datang bergesel pada kakinya setiap pagi tetapi tidak pada hari ini.

"meow..meow.."

"mana awak ni, mocha.. mommy nak pergi kerja dah ni."

"meow.."

Panggilannya tidak disahut. Biasanya apabila dia membuat suara seperti kucing, mocha akan segera menerpa ke arahnya sambil mengeow.

Tiba-tiba dia terdengar sesuatu dan seperti bunyi gril pintunya ditolak kasar. Dia segera berlari ke arah pintu apabila mendengar bunyi kucingnya mengeow kesakitan.

"Argh!!!"

Melati hampir pengsan melihat apa yang berada di depan matanya. Jiran Melati, Che Yah yang mendengar jeritan Melati segera menuju ke arahnya. Kebetulan dia baru sahaja pulang dari menghantar anak lelakinya ke sekolah.

"Astarfirullahalazim. Kenapa ni?", Che Yah menutup mulutnya lalu meluru ke arah Melati.

"Dia dah bunuh Mocha..", kata Melati sambil menangis teresak-esak. Dia lemah. Tak sangka hidupnya akan jadi begini.

Mayat Mocha yang terkulai layu di atas lantai itu dipandang dengan mata yang sedih. Air mata bercucuran menuruni pipi.

Darah yang mengalir di atas lantai itu dipandang. Tangannya menggigil menyentuh kucing kesayangannya yang telah mati.

"mocha.. anak mommy.."

"Maafkan mommy sebab mommy, dia bunuh kesayangan mommy."

Che Yah yang ingin menelefon polis ditahan oleh Melati. Melati yang sedang menangis menggelengkan kepalanya.

"Jangan.. nanti ramai yang kena.. Melati tak nak bahayakan..nyawa orang lain.", suara Melati seakan-akan tidak keluar sebaik sahaja menuturkan ayat tersebut.

Dia sangat sedih akan kehilangan kucing kesayangannya itu. Hanya mocha yang menemaninya siang dan malam sementalah mocha adalah kucing pemberian arwah ayahnya semasa dia kecik dahulu. Dia yang menjaga mocha sejak kucing itu masih kecil sehingga besar gebu tetapi orang gila itu langsung tiada perasaan. Bunuh kucing kesayangannya.

"Maafkan mommy.. mocha sayang."

Nota : maaf tak best dan pendek.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now