"Awak ingat orang macam dia dapat bertahan dengan awak ke? Awak salah, Rissa. Dia cuma nak permainkan awak. Bila dia bosan nanti, dia cari perempuan lain. Kenapa dia nak stay dengan awak kalau dia boleh dapat perempuan lain yang boleh beri dia macam-macam nanti? Yang lebih cantik, lebih seksi, lebih daring." Selamba dia kutuk Dheo. Dia tak tahu agaknya yang Dheo boleh faham bahasa melayu.

Tengoklah macam sekarang. Rasa berbahang datang dari sebelahku. Tangannya yang berada di atas meja itu dikepal kejap. Rahangnya juga diketap kuat. Tapi aku masih kagum dengan Dheo yang masih berdiam di tempat duduknya. Walaupun jujurlah aku cakap yang aku membayangkan penumbuk sulung Dheo singgah ke muka Shahril sebaik sahaja dia habis berkata tadi. Hebat cara Dheo kawal diri.

Dan walaupun aku tahu Shahril berbicara dengan hati yang marah, aku tetap terasa dengan kata-katanya itu. Sebab apa yang dikatakannya itu, bukan untuk Dheo tapi dirinya sebenarnya. Sebab itu ke dia cari perempuan lain? Yang lebih terbuka? Yang lebih seksi? Yang dia boleh buat sesuka hati?

Tapi aku cepat-cepat buang semua rasa itu. Yang lepas biarkan lepas. Usah dikenang lagi. Maruah aku masih tinggi. Sebab itu Allah masih peliharaku.

"Kalau dia buang awak macam sampah nanti, memang padanlah dengan muka awak. Jangan nak menangis pulak. Jangan nak menyesal, dan jangan cari saya balik," ejek Shahril. Wajahnya berkeyakinan sungguh yang Dheo akan jadi sepertinya.

"Thank you for your concern. Tapi jangan risau. Saya pun takkan jilat ludah saya balik," bidasku tenang.

Kepala Shahril dah berasap. Aku dan Dheo dipandang silih berganti. Takut juga aku kalau-kalau makan penampar jepun Shahril itu. Kemarahan seorang lelaki jangan diuji.

"Un giorno tornero.. e mi vendichero! (One day I'll return and I'll take revenge!)" Shahril berbahasa Itali. Tenung Dheo sambil ketap rahangnya. Terkejut juga aku mendengarnya. Aku tak pernah tahu Shahril tahu Bahasa Itali.

Namun bila melihat pandangannya pada Dheo, aku telan liur lagi. Nada suaranya penuh kesumat. Apakah maksudnya?

Lalu aku lihat pula ekspresi wajah Dheo. Bertambah dingin. Apa yang Shahril cakap itu pasti sesuatu yang serius. Hati mula rasa tak sedap. Rasa suasana tegang menjadi makin tegang.

"Non mi conosci, ragazzo. Guardami ancora in quel modo e non sai cosa potrebbe succederti (You don't know me, boy. Look at me that way again and you don't know what could happen to you)." Suaranya juga mencabar. Wajah Shahril ditentang dengan penuh amaran. Ngeri tak ngeri nada suaranya, aku yang tak faham sepatah haram ini pun boleh rasa sedikit menggigil.

Mereka saling bertentang mata sehinggalah Shahril buat keputusan untuk berlalu dulu. Itu pun sempat disepak sebuah kerusi di meja depan kami. Tindakannya itu mengundang pandangan pengunjung lain. Ada yang tertanya-tanya. Ada yang geleng kepala. Ada juga yang tayang muka tak puas hati.

Aku yang melihatnya serius terkejut. Aku tak pernah tahu Shahril boleh menjadi ganas. Adakah itu bermaksud aku tak kenal dia sepenuhnya? Atau sebenarnya itu adalah hanya dirinya yang dirasuk amarah?

"Bastard! I should beat him to a pulp!" Aku sempat dengar Dheo membebel perlahan. Matanya masih tertancap pada arah Shahril menghilang tadi.

"Dia cakap apa tadi?" soalku kepada Dheo. Nasib baik Dheo dah menjarakkan kedudukan kami. Kalau tak, boleh cardiac arrest aku. Berdebar terlebih rentak.

Wajah Dheo dipandang. Dah tenang bagaikan tiada apa-apa berlaku tadi.

"Nothing. Dia suruh saya jaga awak baik-baik. Saya pun jawab, dah tentu," jawabnya selamba.

Aku tenung dia macam dia baru lepas berbahasa Pluto. Dia ingat aku bodoh? Walaupun aku tak tahu apa yang mereka cakapkan tadi, tapi aku berani kerat jari yang semuanya bukan seperti yang Dheo cakap tadi.

Argh, kenapalah aku tak reti bahasa Itali?!

"So, that's your ex, huh?" Dheo lagi buat tanya. Dia cuma bagi salam nak korek macam-macam daripadaku lepas ni.

"Yeah.. just a few seconds ago. You ruin my relationship," kataku mendatar. Hakikatnya, baru beberapa saat tadi aku dan Shahril putus secara rasminya.

Akhirnya! Aku rasa agak sedih. Tapi sangat lega. Rasa macam batu besar yang menghempap dada dah dicampak jauh-jauh ke tengah laut.

"Thanks to your new hot boyfriend. Kalau tak, sampai sekarang awak masih terikat dengan dia, kan?" Dheo senyum sinis.

Aku diam. Mengiakan.

"Kenapa awak tak bagitahu dia yang awak nampak semuanya?" Kelihatan dahi Dheo sedikit berkerut ketika bertanya. Hairan.

"Saya pengecut." Mudah jawapanku. Toleh keluar tingkap. Hujan renyai mula turun. Ada juga yang tempias pada dinding kaca itu. Hujan pengakhiran musim luruh. Macam kena pula dengan perasaan aku sekarang ni. Cintaku luruh di musim luruh. Haa.. boleh kut buat tajuk novel!

"Tapi, bagus juga. Sekurang-kurangnya dia rasa loser sekarang ni sebab awak yang curang dengan dia. Sebagai seorang lelaki, saya tahu dia rasa apa sekarang ni. Tercalar ego. But, serves him right!" Dheo gelak jahat.

"Awak rasa saya jahat?" soalku kepada Dheo. Sekarang baru rasa bersalah. Kenapalah hatiku ini tak tetap pendirian?

"Mana ada. Lagipun, awak yang jadi mangsa sebenarnya."

"Tapi dia nampak marah betul," komenku.

Aku masih tak faham. Sepatutnya dia lega sebab dah bebas daripadaku tanpa perlu membongkarkan perselingkuhannya. Aibnya tertutup rapi daripada pengetahuan umum. Kenapa nak marah macam dia tak buat salah? Yalah, walaupun dia tak tahu aku tahu, tapi tak sepatutnya reaksinya seperti aku yang bersalah sepenuhnya.

Mungkin dia marah sebab rasa tertipu. Mungkin macam yang dhe cakap tadi. Ego tercalar gara-gara dicurangi. Biasalah, lelaki! Prinsip lelaki ni senang je. Dia buat takpe, perempuan buat tak boleh. Dan adalah dua puluh peratus aku mengharapkan dia membuka sendiri pekung di dada gara-gara marah tadi. Tegakkan ego sendiri dengan mengatakan dia menang sebab dia terlebih dahulu curang denganku.

"Sometimes, people pretend you're a bad person so they don't feel guilty for the things they did to you." Dheo berhujah sebelum teguk kopi hitam di depannya.

Termenung seketika aku mendengarnya. Benarkah? 



8/4/2020

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now