BAB 1

96.3K 3.3K 1.1K
                                    

~not-edited (maksudnya kalau ada typo tu lantak p la)~

BAB 1

"Anak ayah sihat?" Soalan rasmi daripada seorang ayah yang amat menyayangi anak gadis tunggalnya.

Ketika itu, aku sedang melepas rindu dengan ayah di depan komputer riba melalui aplikasi Skype. Ini sajalah medium untuk kami berhubung. Itu pun bukan selalu memandangkan kami berdua berada di dua benua yang berbeza. Jarak memisahkan beribu-ribu batu. Zon masa juga berbeza ditambah pula dengan jadual masing-masing yang padat.

Aku senyum kepada ayah.

"Alhamdulillah sihat, ayah! Ayah macam mana? Dah makan ubat?" Prihatin aku bertanya.

"Alhamdulillah, ayah pun sihat. Dah.. ayah dah makan ubat. Rissa jangan risau. Servis Senah tiptop sejak Rissa sambung belajar ni." Sempat ayah bergurau.

Mak Senah itu merupakan orang gaji rumah kami. Dia dan suami adalah pekerja yang diupah oleh ayah. Aku lega sekurang-kurangnya ayah dah tak perlu tinggal sendirian selepas ketiadaanku.

Aku sambung belajar ni pun dengan berat hati. Kalau bukan sebab ayah yang beria-ia mahu aku menerima tawaran ini, aku pun malas sebenarnya. Belajar je la kat Malaysia. Tapi memandangkan ayah adalah seorang alumni University of Nottingham, aku mendapat tawaran separuh biasiswa dan bagi ayah peluang ini tak harus aku lepaskan. Apatah lagi ayah dah tahu suasana di Nottingham yang agak mesra muslim itu, sebab itulah ayah tak teragak-agak melepaskanku.

"Rasanya ayah dah kena naikkan gaji Senah ni. Orang gaji merangkap nurse peribadi," sambung ayah lagi buatkan ketawaku terletus sekejap.

Rindu pula aku dengan Mak Senah sekeluarga. Jangankan keluarga Mak Senah, pendek kata aku rindu Malaysia. Rindu nak makan makanan Melayu. Rindu I's Café. Rindu nak dengar azan berkumandang bersahut-sahutan dari banyak masjid. Betullah orang kata. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi yang batu tu la dirindu-rindukan nanti.

Baru sepenggal aku berada di bumi United Kingdom ini, tapi dah tak sabar nak balik Malaysia. Padahal masih berbaki kurang tiga tahun lagi pengajianku.

"Rissa rindu ayah. Rissa sunyi tanpa ayah," luahku manja. Maklumlah, anak tunggal perempuan. Sejak arwah ibu meninggal, memang hubungan aku dan ayah rapat. Dialah ayah, dialah ibu. Ini kali pertama kami berjauhan sejauh ini. Setiap hari rasa rindu tak pernah hilang.

Ayah ketawa pendek.

"Kenapa ayah gelak? Ayah tak rindu Rissa ke?" Bunga-bunga nak merajuk dah nak keluar.

Ayah tak berhenti ketawa. Malah makin galak. Sepet mata tua ayah gelakkan aku.

"Ayah pun mestilah rindu Rissa. Cuma ayah rasa kelakar. Kalau kawan-kawan Rissa tengok Rissa sekarang ni, mesti semua ingat Rissa tengah Skype dengan buah hati."

"Biarlah. Memang ayah buah hati Rissa pun," omelku lagi.

"Jangan sampai Shahril dengar. Kecil hati dia nanti," usik ayah. Tahu akan hubunganku dengan lelaki itu.

Aku mencebik. Shahril merupakan teman istimewaku. Dia merupakan seniorku dua tahun. Juga belajar di universiti yang sama. Kewujudan Shahril sedikit sebanyak membuatkanku lebih senang untuk menyesuaikan diri di sini. Dia juga yang banyak beri tunjuk ajar aku sepanjang aku di sini.

"Tempat dia kedua lepas ayah." Tanpa ragu aku menjawab.

Aku malas nak fikir. Perjalanan hidupku masih panjang lagi. Terlalu awal untuk aku fikirkan tentang soal cinta. Aku sendiri masih terlalu muda. Lagipun, kami masing-masing punya gol tersendiri. Dan kahwin itu adalah yang terakhir.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now