Aku tak tahu bila masa Dheo beralih tempat, dia kini duduk di sebelahku. Kerusi kami dirapatkan lalu sebelah tangannya memeluk belakang kerusiku. Sebelah tangan lagi mendarat di atas meja, buatkan aku seolah-olah terperangkap di antara tangannya itu. Nampak sangat mesra walaupun tiada persentuhan terjadi. Aku hanya kejung gara-gara posisi kami ini. Sebab aku tahu kalau aku pusing ke kiri, jarak wajah kami tinggal beberapa inci.

Dheo angkat kepala untuk merenung Shahril. Wajahnya serius dan beku.

"In other words boy, she's mine now!" Suara juga dingin bergetar amaran. Possessive. Terselit cabaran juga. Aku rasa bulu romaku tegak.

"Si, tesoro?" Dheo pandang aku pula. Kami bertentang mata. Berbeza dengan tadi, tunak matanya bertukar lembut dan mesra. Bibirnya juga senyum seksi.

Aku telan liur. Cramp urat tengkuk, tak tahu nak angguk atau nak geleng. Rasa seram sejuk entah kenapa. Rasa macam ini bukan lakonan lagi. Dada berdebar entah kenapa. Tapi, senyumannya itu buatkan aku automatik senyum manis.

"Is it true, Rissa?" Dan kalau suara tak sedap Shahril tak berbunyi, aku pasti dah lupa dengan kewujudannya.

Pantas kepala memandangnya.

"I'm sorry." Hanya itu jawapanku. Tak lebih, tak kurang. Wajah tenang semaksima mungkin cuba ditayang. Jangan rasa bersalah!

Sorry untuk diri sendiri yang dicurangi. Sorry sebab aku tak sempurna untuknya. Sorry untuknya sebab aku tak kuat untuk berkata yang aku tahu semuanya. Sorry sebab hubungan ini hanya separuh jalan. Sorry untuk segala-galanya.

"Patutlah awak dingin dengan saya. Taknak jumpa saya. Dah ada jantan lain rupanya." Shahril agak marah.

"I'm sorry. But my heart has changed." Ya.. hati dah berubah! Bukan jatuh hati dengan Dheo tapi dah tawar hati dengannya.

"Sanggup awak buang hubungan kita yang bertahun sebab dia yang baru awak kenal?"

Haa.. look who's talking! The pot calling the kettle black!

"Sometimes we just succumb to temptation. It doesn't matter how wrong it it because forbidden fruit tastes sweeter. But of course, we have to sacrifice something good. In this case, our relationship," kataku, tepat ke dalam anak mata Shahril.

"You told me you won't fall for his charms. Awak sama je macam perempuan lain."

"Can't blame her if she has good eyes." Suara penuh berlagak dari orang sebelahku.

"Well.. I'm sorry," kataku pula.

"Pergi matilah dengan sorry awak tu. Awak dengan dia, boleh go to hell!" Marah Shahril bukan sikit.

Tapi, kenapa aku tak rasa bersalah? Aku rasa Shahril layak kena macam tu. Kejamkah aku? Ikutkan hati, mahu saja aku bertanya. Bagaimana rasanya bila tahu diri dikhianati? Sakit? Perit? Rasa bodoh? Atau mungkin semua?

Tapi, aku tak mahu dia tahu aku tahu sesuatu tentangnya. Aku tak mahu beri dia kepuasan itu. Tak perlu ada pemenang untuk siapa rasa lebih dikhianati dalam hal ini. Yang penting, lepas ni kami dah tiada apa-apa. Aku tak mahu tahu apa-apa tentang kehidupan Shahril. Mungkin hubungan kami lebih baik berakhir sebegini.

Tiba-tiba Shahril ketawa. Jelas dibuat-buat.

"Saya harap awak tak menyesal nanti, Nurissa. Awak belum tahu siapa lelaki ni sebenarnya. Dia bukan serius dengan awak. Saya yakin dia punya motif lain. Mesti dia nak balas dendam dan gunakan awak. Masakan dia pandang awak yang macam ni. Awak bukan taste dia." Dia sengaja mahu sakitkan hatiku walaupun aku tak tahu apa yang dia sedang mengarut itu. Dendam apa? Apa kaitan Dheo dengan dia yang curang? Dheo pun jelas-jelas baru sekarang kenal Shahril.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now