“Err.. termasuk kau?”, Melati tersengih nampak gigi.

“Haha.. pandai kau melawak.”

“Em.. kalau aku bagitahu tunang aku tentang ni, tak apa kan?”

“Bagitahu jelah, tunang kau kan. Kecuali tentang aku, nanti susah kita nak cari maklumat kalau identiti aku terbongkar.”

“Kau buat apa kat sini sebenarnya? Jangan-jangan kau mamat psiko yang intip aku tu, kalau tak.. macam mana kau boleh ada kat sini?”

Haziq tersentak mendengar kata-kata Melati. Mukanya merah padam menahan geram terhadap Melati.

Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya untuk ditunjukkan kepada Melati. Kad berwarna biru yang menunjukkan bukti bahawa dirinya polis diletakkan di atas meja lalu dihulur sehingga di depan Melati.

“Nah bukti.”

“Oo.. okay, aku percaya.. kau buat apa dekat sini sebenarnya?”,kata Melati sambil memulangkan kad berwarna biru itu kepada Haziq.

“Tu lah. Aku kena beli barang kat Pasaraya Deki tu, tapi kau terlanggar aku pulak. Dahla aku dah lambat, nanti mak aku marah. Okaylah, aku pergi dulu. Kau hati-hati.”, ujar Haziq lalu bangun dari kerusi dan melintas jalan untuk menuju ke Pasaraya Deki.

Sebelum Haziq bangun, dia sempat meletakkan wang untuk Melati membayarkan air mereka dan sekeping kad kerja miliknya yang tertera nama penuh dan nombor telefon milik Haziq.

      

            Hafizul mengeluh. Sudah beberapa kali dia cuba menelefon Melati, tetapi panggilannya tidak diangkat. Entah apa yang dibuat Melati agaknya sehinggakan panggilannya tidak dilayan.

Sedang mengelamun, telefonnya menjerit meminta diangkat. Hafizul segera mengangkat panggilan tersebut apabila membaca nama pemanggil yang tertera di atas skrin telefonnya.

“Melati.. kenapa tak angkat call abang? Jangan buat abang risau lah.”

Sorry abang. Petang nanti Melati nak jumpa abang dekat tempat biasa boleh?”

“Sayang ada nak cakap perkara penting ke? Pukul berapa nak jumpa?”

“Pukul 5:00 petang, boleh?”

Selepas Melati mematikan panggilannya, Hafizul menuju ke bilik air untuk membersihkan tubuhnya sebelum pergi berjumpa dengan tunangnya.

         Melati mematikan panggilan telefon itu. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa sambil tangannya naik memicit dahi. Pening memikirkan apa yang sedang berlaku dalam hidupnya. Kenapa semuanya berlaku dengan tiba-tiba?

Sudahlah dia hanya mempunyai Hafizul dalam hidupnya. Ibu dan ayahnya telah lama meninggalkan dirinya seorang diri di atas muka bumi ini. Dia kini sebatang kara tanpa  sesiapa. Kedua-dua belah keluarga ayah dan ibunya tidak mengakui dirinya keluarga kerana keluarganya dahulu hanya orang miskin yang tiada apa-apa.

Dia berharap semuanya akan cepat berlalu. Dia tidak ingin membahayakan nyawa orang lain untuk membantunya.

Dia berlalu masuk ke dalam biliknya untuk menyiapkan dirinya sebelum berjumpa dengan Hafizul.

    
       Melati setia menunggu Hafizul datang ke tasik yang merupakan tempat mereka selalu berjumpa. Jam sudah menunjukkan pukul 5:15 petang namun Hafizul belum memunculkan dirinya.

Tiba-tiba dirinya dikejutkan dengan sergahan dari belakang. Dia menoleh ke belakang dan melihat bahawa Hafizul sedang ketawa.

“Abang ni.. ”

“Maaf sayang, lambat sikit.”

Melati hanya mengangguk dan menyuruh Hafizul duduk di atas bangku panjang di sebelahnya. Sebaik sahaja Hafizul duduk, Melati memulakan ceritanya bahawa dia diganggu oleh seseorang mulai malam tersebut.

Hafizul yang mendengar cerita Melati terus berubah riak wajahnya namun dia tekun mendengar cerita Melati sehingga habis. Selesai sahaja Melati bercerita, dia terus menyoal Melati dengan bertalu-talu.

“Siapa yang ganggu sayang tu?”

“Kenapa baru sekarang nak cakap kat abang?”

“Lain kali nak pergi mana-mana, ajak abang teman.”

“Jangan selalu keluar rumah.”

Melati hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersengih. Tidak menyangka sampai begitu sekali reaksi Hafizul apabila diberitahu perkara itu.

Selepas itu, Hafizul mula membebel kepada Melati supaya pandai menjaga diri kerana zaman sekarang, semua perkara tidak dijangka boleh berlaku. Zaman sekarang, tiada sesiapa yang boleh dipercayai dengan sepenuh hati. Melati pula hanya mengangguk mengerti tanpa membuka mulutnya.

Hafizul menghantar Melati pulang ke rumah pada jam 6:15 petang. Waktu sudah menginjak senja, tidak elok katanya jika keluar berduaan dengan orang perempuan.

Melati melambai Hafizul yang berada di dalam kereta lalu menuju masuk ke dalam rumahnya. Sebelum masuk ke dalam rumah, Melati mengambil sepucuk surat yang diselit pada gril pintu rumahnya. Rasanya sebelum dia keluar tadi, tiada sampul surat disitu.

Melati duduk di atas katil dan sampul surat itu dibuka.

Bau hamis darah kuat menerpa rongga hidungnya sebaik sahaja dia membuka surat itu. Lipatan surat itu dibuka dan terpapar tulisan yang berwarna merah yang sudah kering.

Kertas itu terlepas dari tangan Melati.



Nota : maaf kalau chapter harini tak best, kita bagi chill dulu. Esok ada projek Psiko oleh mamat Psiko muahahha..

        

P S I K O [ 1 ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن