"Kan abi dah pesan, jangan study hard. Tapi study....?" Ayatnya sengaja digantungkan.

"Smart," jawab mereka bertiga.

"Pandai pun. Dah, baik pergi tidur. Bak kata korang pun, kalau umi tahu, mahunya bising. Tak pasal-pasal abi kena tempias. Dah, naik," arah Hanif sambil menuruni anak tangga itu manakala ketiga mereka meniti anak tangga ke bilik mereka. Sempat dia mengenyit mata kearah anak gadisnya. Medina hanya tersenyum.

"No wonder umi fall in love dengan abi," bisik Farhan ditelinga Medina. Medina mengangguk, setuju dengan kata-kata Farhan.

"Selamat malam, adik-adik abang!" Louis mengucapkan selamat malam setelah mereka tiba di depan pintu bilik masing-masing.

"Selamat malam!" Medina dan Farhan membalas serentak sebelum ketiga mereka masuk kedalam bilik dan pintu ditutup rapat.

"Selamat malam!" Medina dan Farhan membalas serentak sebelum ketiga mereka masuk kedalam bilik dan pintu ditutup rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI persekolahan sudah tamat. Namun, Louis dan Medina tidak balik. Mereka perlu pulang kerumah pada pukul 5 petang nanti dek kerana kelas mereka perlu dikemas dan dihias semula. Medina masih lagi duduk dikerusinya sambil tersenggut-senggut.

Tanpa berlengah, Louis mendekati Medina. Meja Medina ditepuk bagi mengejutkan gadis itu daripada terus terlena.

"Jangan nak curi tulang eh? Aku pun mengantuk juga. Tapi takdalah over sangat macam kau," kata Louis kepada Medina. Medina pantas bangun dari duduk. Batang penyapu yang berada ditangan Louis, diambilnya. "Eh..."

"Bagi aku sapu sampah. Kau tu manalah terer sangat menyapu sampah."

Louis membuat muka. "Yelah." Louis melangkah kearah sekumpulan pelajar perempuan kelasnya itu untuk bertanyakan tugas apa yang boleh dibuat olehnya. "Guys, ada apa-apa aku boleh tolong?" Louis menyoal kepada pelajar perempuan itu.

Salah seorang daripada mereka sudah tersengih dan pandang antara satu sama lain. Louis jadi kekok. Medina yang sedang menyapu sampah dipandangnya. Gadis itu jelas tidak menghiraukan Louis.

"Sure. Nah mop. Awak boleh mop lantai." Batang mop dan baldi yang berisi air sabun itu dihulurkan kepada Louis. Louis tidah membantah, malah dia pantas membawa baldi mop itu menjauhi kumpulan pelajar itu.

"Medina, mari ikut kami ambil barang dekat bilik guru." Kirana mengajak Medina.

"Kenapa pula aku kena ikut? Barang tu bukan banyak mana pun, korang jelah pergi ambil," bantah Medina malas.

"Takkanlah kau nak tinggal dalam kelas sorang-sorang dengan Louis? Walaupun korang ni adik-beradik, tapi korang tetap bukan muhrim tau. Kotnya kena tangkap dengan cikgu, mahunya kau yang malu nanti."

Medina menjulingkan matanya. Penyapu disandarkan kedinding sebelum dia mengikuti Kirana dan rakan-rakannya. Sewaktu dia hendak turun dari tangga, dia lihat Wawa tiada dengan mereka. Itu membuatkan Medina terbau sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now