Sementara lelaki tersebut ketawa, Melati mengambil peluang ini untuk melarikan diri. Perlahan-lahan dia mengundurkan dirinya ke belakang lalu berlari sekuat hati. Payung di tangan juga dibawa bersama.

Apabila menyedari bahawa Melati telah melarikan diri, lelaki tersebut menjerit marah.

“Woi! Kau nak pergi mana?”, Lelaki tersebut mengejar Melati dengan botol yang masih setia berada di tangannya.

Melati berlari sepenuh hati walaupun penat. Nafasnya tercungap-cungap. Dia berpaling ke arah belakang dan melihat jika lelaki tersebut masih mengejarnya.

“Argh!!”

Melati terkejut apabila dia ditarik dari tepi. Dia ditarik ke lorong gelap sambil mulutnya ditutup kemas. Dia dibawa kebelakang tong sampah besar yang terdapat di lorong itu.

“shh.. Nanti dia jumpa kita kat sini.”

Melati hanya diam mengikuti kata lelaki tersebut. Baru ingin membuka mulut, mereka terdengar derapan kaki yang berhenti di depan lorong tersebut.

‘Prangg!!’

Bunyi kaca yang pecah membuatkan Melati tersentak dan lelaki yang menarik Melati untuk bersembunyi tadi secara spontan menutup mulut Melati. Takut jika Melati melepaskan suaranya.

“Tak guna punya perempuan! Berani kau lari dari aku.”

Derapan kaki tersebut kian menjauh. Melati dan lelaki di sebelahnya menyandarkan badan pada dinding dan masing-masing menarik nafas kelegaan.

“Aw..Awak siapa?”, tanya Melati ketakutan.

Melati menjarakkan dirinya daripada lelaki tersebut. Takut jika lelaki itu juga mempunyai niat yang sama dengan lelaki tadi yang ingin mengapa-apakannya.

“Aku Haziq. Jom aku hantar kau balik, bahaya perempuan jalan seorang diri.”

“Ouh, Saya Melati. Terima kasih Haziq sebab dah tolong saya. Tak apa, saya balik sendiri.”, raut wajah Melati masih menunjukkan riak curiga.

“Kau tak percaya aku? Kau nak kejadian tadi berulang lagi?”, ujar Haziq.

“Bu..bukan, tapi..”, Melati masih ingin berdalih walaupun lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Haziq sudah menebak fikirannya dengan betul.

“Kalau aku berniat jahat dengan kau, buat apa aku tolong kau? Baik aku biarkan je lelaki tadi tangkap kau. Boleh aku dengan dia dapat habuan malam ni.”

Melati tersentak mendengar kata-kata Haziq.

“Hiish kau ni.. Aku bukan orang jahat, jom aku hantar balik. Aku pun nak balik juga ni.. Tak sampai hati pula aku nak tinggalkan kau seorang diri dekat sini..”

Haziq bingkas bangun dan menoleh ke arah Melati.

“Cepatlah.. dah lewat ni, tak elok kita berduaan dekat sini.”, ujar Haziq lalu berjalan pergi dari situ.

Melati perlahan-lahan bingkas bangun dari duduknya dan mengekori langkah Haziq dari belakang.

Dalam kereta, Melati dan Haziq masing-masing diam membatu. Tiada suara yang memecah kesunyian di antara mereka.

“Masuk simpang depan sana. Rumah saya belah kanan, nombor 4”, Suara Melati tiba-tiba memecah kesepian.

Haziq hanya diam tanpa menyahut kata-kata Melati. Sampai di hadapan rumah yang diberitahu oleh Melati, Haziq memberhentikan keretanya.

“Terima kasih sebab dah hantar saya.”

“Sama-sama. Lain kali hati-hati, jangan berjalan seorang diri dekat lorong tu lagi.”

Melati menutup pintu kereta dengan perlahan lalu menuju ke pintu rumahnya. Payung disandar di tepi rak kasut. Kunci rumah dikeluarkan dari beg sandangnya dan dia membelek satu-persatu kunci tersebut sebelum memasukkan satu anak kunci kedalam lubang kunci rumahnya.

Sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia menoleh ke arah Haziq yang masih berada di dalam kereta dan mengukirkan senyuman sebelum menutup pintu rumah.

Sebaik sahaja melihat Melati masuk ke dalam rumah, Haziq memandu keretanya pergi dari kawasan itu. Dia melihat jam di dashboard keretanya. 12:45 a.m. . Mulutnya menguap besar dan tangannya naik menutup mulut yang terbuka luas itu.

 

               Melati meletakkan beg sandangnya di atas meja kecil si tepi katilnya. Dia menghenyakkan punggungnya di atas katil lalu berbaring.

Keluhan lega keluar dari mulutnya. Tangannya menggosok katil yang enpuk tersebut.

“Penatnya..”

Melati memejam matanya dan memikirkan kejadian tadi. Mujur dia selamat daripada menjadi mangsa lelaki mabuk di lorong tadi dan nasibnya baik kerana bertemu dengan Haziq yang baik dan sudi menolongnya sebentar tadi.

Melati membuka matanya apabila mendengar satu bunyi ringtone telefonnya yang menandakan mesej baharu masuk.

Dia bingkas bangun dan duduk. Tangannya mengambil beg sandang diatas meja kecil tersebut dan mengeluarkan telefon pintarnya yang berjenama Samsung J1.

Dia membuka mesej. Mesej tersebut daripada nombor yang tidak dikenalinya. Telefonnya terlepas daripada tangan dan terhempas ke lantai apabila membaca mesej tersebut.

+60131234567

Hai sweetheart, dah sampai rumah? Sampai hati sweetheart lari daripada Abang tadi.

P S I K O [ 1 ]Where stories live. Discover now