Meet Again & Tersedak

668 19 0
                                    

Armel Raisya menggalas beg sekolahnya di belakang sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan Elite Highschool yang besar itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

'Ia tak berubah even dah dua tahun aku tinggal sekolah ni.' Desis hati gadis itu.

Langkahnya diatur menuju ke cafeteria sekolah itu. Tadi dia bangun lambat and tak sempat sarapan. Dua bakul jugaklah kena bebel dengan mummy terchenta dia.

Armel menuju ke kaunter makanan. Setelah selesai membeli dua sandwich telur dan latte panas, dia ambil tempat di meja yang agak tersorok.

Dia tak nak pelajar lain especially kawan-kawan rapat dia tahu keberadaannya di sekolah ini. Buat masa sekarang. Dia mahu buat kemunculan mengejut. Mahu tengok bagaimana reaksi muka diorang. Hahahaha.

Plastik yang membalut sandwich itu dibuka. Dengan bacaan basmalah, dia menikmati sandwich itu.

Tanpa sedar, kehadirannya di meja itu diperhati oleh seorang lelaki. Lama lelaki itu memerhati Armel sebelum dia mengukir senyuman nakal.

Bam!

Meja yang diduduki oleh Armel ditepuk kuat oleh seseorang sehingga membuatkan Armel terkejut dan tersedak sandwich yang sedang dikunyahnya.

"Uhuk uhuk!" Gelabah Armel mencapai botol air mineral dalam beg sekolahnya sebelum diteguk rakus.

Gerangan yang menepuk meja tadi iaitu lelaki yang memerhatinya dari jauh tadi or as know as Daniel Iman dah tergelak lucu memandang muka merah padam Armel.

Armel yang telah lega dari tersedaknya itu memandang Daniel tajam.

"Daniel Iman Dato' Idrus. You're an idiot jerk!" Bentak Armel geram. Daniel menjelirkan lidahnya ke arah Armel dengan sisa tawanya.

Makin sebal hati Armel memandang makhluk yang tersesat ke bumi ini. Botol air mineral itu dicampak ke arah Daniel. Namun lelaki itu cekap saja menangkapnya sebelum botol itu singgah ke wajah kacaknya.

"Aip no no no, Armel Raisya. You can't do like this to me. I'm your the most handsome Daniel Iman." Kata Daniel selamba. Botol air mineral itu diletak di depan Armel. Armel masih menjelingnya tajam.

"Armel Raisya kita dah balik? Past two years you said tak nak tinggal kat sini dah. Ke rindu aku ni? Hmm? That's why balik sini semula?" Tutur Daniel sambil dia menongkat kepala memandang Armel.

Armel memutarkan matanya ke atas. Menyampah.

"Danny, please jangan buat semak on first day aku boleh? And please, daripada aku rindu kau, baik aku rindu dekat makcik pakcik kantin tu. Rindu kau dapat apa je? Buat semak otak aku adalah." Balas Armel sinis membuatkan wajah Daniel berubah. Bibir lelaki itu tercebik.

"Sampai hati orang tu tak rindu kita. Kita punyalah rindu dia bagai nak rak tapi dia tak pernah pun terfikir dekat kita. Tahulah pergi Itali, manusia dekat sana hensem-hensem tapi aku lebih hensem kut. Mengapa aku tidak dirindumu, Armel Raisya?" Kata Daniel dengan suara lirihnya. Jarinya diputar membentuk bulat pada meja itu.

Armel menghela nafas panjang dan matanya diguling ke atas. Dia tak ada masa nak layan gedik kawan dia sorang tu. Pantas dia menggalas begnya pada bahu kanannya dan bangun dari duduk. Latte yang masih berbaki dibawa bersama melangkah keluar dari kawasan cafeteria itu.

Daniel yang perasan akan kehilangan gadis itu di depannya terus saja melilau ke sekeliling kawasan cafe itu mencari kelibat Armel.

Dan matanya menangkap Armel telah jauh berjalan tinggalkan dia keseorangan.

HEARTMATEWo Geschichten leben. Entdecke jetzt