Pengalaman Pregnancy

580 21 44
                                    

Baca pengalaman bersalin seorang kawan, teringat pulak pengalaman sendiri. Saja la nak tulis kat sini sementara masih ingat.

Aku mengandung lepas 7 bulan kahwin. Sempat la jumpa doktor untuk minta nasihat, kene kecam dengan ipar dan pelbagai lagi. Aku bukan la nak sangat jumpa doktor , tapi mak aku risau takut aku ada masalah. Sebab 2 orang kakak aku pregnant lepas 2-3 bulan berkahwin. Alhamdulillah, aku normal je cuma belum ada rezeki lagi masa tu.

Masa tau aku pregnant, Allah je la tahu betapa happy nye aku. Tak cukup buat  test sendiri, pergi pulak klinik untuk  confirmkan. 1st trimester aku ok je, morning sickness pun tak teruk. Cuma tiap kali lepas makan mesti tekak rasa loya.
Tak teruk cuma rasa tak selesa sikit la. Selain tu aku tiba-tiba kena buasir. Pun tak teruk sangat. Semua ok sampai la masuk trimester ke 3.

Masuk usia kandungan 7 bulan, kebetulan raya puasa. Aku masak sikit-sikit dan jemput kawan- kawan datang makan. Keesokan hari tu memang dijadualkan check up bulanan. Kebetulan juga aku menang batuk masa tu. Sebab batuk aku dah agak lama, jadi nurse advise aku terus ke Klinik kesihatan terdekat. Bila sampai, aku ikut procedure biasa sampai la turn jumpa doktor. Bila jumpa doktor tekanan darah aku jadi tinggi. Aku dah tak ingat berapa bacaan bp aku tapi doktor suruh aku berehat sekejab sebelum repeat semula. Bila repeat, bacaan tetap juga tak turun. Doktor terus panggil suami, bagi tau aku kena refer pergi  hospital. Aku request nak pergi Hospital Serdang. Untuk pertama kali aku naik ambulan.  Aku pening bukan sebab bp tinggi tapi sebab ambulan laju sangat.

Lepas rehat kat hospital 1-2 malam( tak ingat dah actual warded berapa hari) , aku pun discharge dan dibekalkan Mc selama seminggu kalau tak silap. Selain tu aku kena cek bp tiap pagi kat kkia terdekat.

Ada satu malam ni, suami aku bungkus sup daging. Aku pun join sekali makan. Lepas je makan, aku terus muntah, kepala pening. Memang doktor dah pesan, kalau ada simptom macam tu, cepat-cepat pergi hospital. Terus je suami bawak aku pergi Hospital Serdang dan aku pun cek in 2 hari 1 malam.

Aku dah lupa kenapa aku  masuk lagi hospital. Tapi masa nie, bila cek, air ketuban baby kurang. Sebenarnya since aku masuk hospital kali pertama tu, memang aku sambung je mc. Bukan aku mintak tapi memang doktor bagi sebab bila aku kerja tekanan darah aku jadi tinggi. Doktor advise kalau air ketuban tak ok jugak, aku kene induce. Untuk appointment kali kedua air ketuban baby dah ok balik tapi, appointment seterusnya menurun pulak. Doktor tak bagi pilihan dah, terus suruh aku warded.

Kandungan aku masa tu baru 34 minggu kalau tak silap, jadi doktor kena cucuk ubat untuk matangkan paru-paru baby. Aku rasa injection nie yang paling sakit. Aku tanya nurse dan dia pun akui injection tu memang agak menyakitkan. Masa ni memang dah berkampung kat hospital sebab doktor nak monitor keadaan baby. Punya la boring, sebab belum ada tanda nak bersalin, orang kiri kanan asyik bertukar. Aku je la yang belum sampai masa lagi.

22.11.2008 waktu petang kalau aku tak silap adalah kali pertama aku dimasukkan ubat untuk dapatkan contraction. Tapi nampak nye aku kebal lagi. Lepas beberapa jam, aku dimasukkan ubat dos kedua. Pun aku tak rasa apa-apa contraction. Bila cek bukan jalan baru 3cm.

23.11.2008 lebih kurang pukul 10 malam, nurse datang, bagi ubat untuk buang air besar. Lepas selesai urusan, aku dibawa masuk ke labour room. Masa nie memang tak ada rasa apa-apa.  Masuk je labour room, tak lama datang sorang nurse bagi ubat. Rupenya ubat tahan sakit. Sebab bila aku dah start rasa sakit contraction,bila aku mintak ubat, nurse bagi tahu dah bagi awal tadi. Jadinya nurse bagi aku sedut oksigen( kot? Aku tak tau istilah perubatan untuk gas tu). Sebelum tu, ada sorang doktor cina pecah kan air ketuban aku. Mungkin  lepas air ketuban dipecahkan baru rasa sakit contraction tu aku rasa. Lebih kurang pukul 5 pagi, bukaan jalan baru 6cm. Masa ni aku dah merayu kat suami. Aku mintak keluarkan baby apa cara sekali pun. Doktor tanya, nak tunggu lagi 2 jam atau nak proceed untuk emergency czer. Sebab awal-awal lagi aku dah merayu mintak keluarkan baby apa cara sekali pun, jadi, terus proceed dengan emergency czer. Masa doktor tengah "belah" perut aku, aku rasa sakit. Sakit rasa dilapah tu, aku memang rasa. Dan dalam masa  yang sama, aku muntah, mungkin sebab aku dah puasa dari malam. Sementara doktor keluar kan baby, nurse pula bersihkan muntah aku. Aku tak dapat moment skin to skin dengan baby sebaik baby dikeluarkan. Lepas selesai, aku ditolak kuar dari operation room, masa nie memang ramai orang bersalin, hadi laboue room memang busy. Masa aku tengah tunggu giliran untuk ditolak semula ke wad, baru la nurse tanya, dah tengok baby ke belum, aku masa nie aku dapat anak apa pun aku belum tau. Nurse pun ambik baby dan tunjukkan jantina baby. Alhamdulillah, aku officially  jadi seorang mak pada 24.11.2008 secara c-section birth.

This Is My LifeWhere stories live. Discover now