Tahukah anda : Kita dilindungi undang-undang

128 20 124
                                    

Situasi :

A ) Senah(bukan nama sebenar) menerima pelawaan menjadi rakan maya oleh Sufi (bukan nama sebenar). Dalam diam Sufi mengambil gambar Senah dan menyebarkan kepada rakan² maya yang lain.  Bagaikan bau bangkai yang ditutup dengan kain, lama kelamaan bau tersebut tersebar jua, Senah mengetahui gambarnya disebarkan oleh Sufi. Lebih mengaibkan, gambar tersebut diguna pakai oleh rakan Sufi sebagai gambar profile.

B ) Fiza(bukan nama sebenar) telah bercinta dengan Sufian(bukan nama sebenar) selama 2 minggu. Pada suatu malam, Sufian didatangi angin gatal. Dia menghubungi Fiza. Setelah berbasa basi, Sufian meminta gambar nude Fiza. Fiza yang teruja kerana tidak pernah diminta gambar nude oleh mana-mana lelaki walaupun sering mendakwa badannya berpotongan 34-18-34 telah memberi gambar tersebut kepada Sufian. Sebaik menerima gambar tersebut, Sufian agak kecewa kerana berasa tertipu kerana potongan badan Fiza bukanlah seperti yang didakwa. Kerana kegeraman, Sufian telah menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakannya dan memuat naik kedalam sebuah laman web lucah. Perbuatan Sufian akhirnya diketahui oleh Fiza. 

Kat atas ada 2 situasi berbeza tapi ada sedikit persamaan. Korang yang pernah hadapi masalah macam kat atas tu mesti stress kan?. Jangan bimbang. Tahukah korang semua, kita dilindungi oleh akta perlindungan data peribadi 2010 & akta komunikasi dan multimedia 1988.

Bagaimana caranya?

1 –JIKA gambar tersebut masih ditangan first hand (Sufi/Sufian), minta secara baik supaya mereka delete dari simpanan. Namun, untuk kes diatas, the damage has been done.

2 – Screenshot semua perbualan dan juga gambar yang disebarkan

3-  Buat report :  

3.01 – Report dekat media social yg terlibat. Sebagai contoh, jika gambar tersebut tersebar dekat FB, report FB.

3.02 - Report dekat laman web SKMM beserta semua bukti (document dan screenshot)

​3.03 – Buat laporan polis dibalai polis berdekatan.

Pihak berwajib akan melakukan siasatan dan JIKA disabitkan kesalahan, dibawah seksyen 509 kanun keseksaan pesalah bakal dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda ATAU dibawah sekyen 292 iaitu menyebarkan gambar orang , pesalah bakal dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun dan denda.

Untuk peringatan bersama, JANGAN lah kita sesuka hati memuat naik gambar² orang, lepas tu syok² pegi share. Kalau tak kena tak pe. Kalau kena, makan tak habis tau. So, pegi cek galeri masing², dan kalau ada gambar yang dimuat naik secara haram, sila delete. Kita buat kerja jahat nie, lama² terbukak jugak.

This Is My LifeWhere stories live. Discover now