Parenting : Bagaimana mengawal sikap memberontak anak awal remaja

80 13 20
                                    

Situasi :

Ema berumur 12 tahun. Ema merupakan anak tunggal. Ibu dan bapanya bercerai sewaktu Ema berusia kurang dari sethun. Ema dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibunya yang bekerja sendiri. Sewaktu Ema berumur 9 tahun, ibunya berkahwin dengan bapa tirinya. Ema dilayan dan diterima baik oleh keluarga bapa tirinya. Setahun kebelakangan, sikap Ema mula berubah. Dia yang merupakan seorang anak yang sangat manja mula menunjukkan sifat memberontak. Lebih memburukkan keadaan, bapa kandung yang menghilangkan diri telah muncul. Ini kerana, setiap kali Ema memberontak, dia akan pergi ke rumah bapanya. Antara perkara yang mengejutkan, Ema diberitahu tidur bersama bapanya.  Kehilangan geran rumah beberapa bulan lepas terbongkar apabila Ema mengaku telah memberikan geran tersebut kepada bapanya. Rantai leher yang Ema katakan tercicir juga sebenarnya diberikan kepada bapanya. Sebagai info tambahan, bapa Ema telah berkawin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 2 bulan.

Anak-anak yg berada dalam fasa awal remaja memang kadang kala akan memberontak. Tapi, yg jadi makin tak best, bila ank tu berani menengking bukan saja pada ibunya tapi pada yang lebih berusia(nenek tirinya). Pelbagai cara dah dibuat, slow talk pun dah. Nasihat dan doa memang tak putus dan akhirnya dapat penampar beberapa das.

 Soalan/pandangan:

Mungkin kan, ada antara kita pernah mengadap situasi yg lebih kurang macam nie(mungkin pelaku) . Jom share pengalaman camana korang handle kalau hadapi situasi yg macam nie.

This Is My LifeWhere stories live. Discover now