Selasa, 13 Mei 2019 adalah hari pertama aku bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Putih. Aku berpindah sekolah kerana ibu bapaku bercerai dan aku membuat keputusan untuk tinggal bersama ayahku di sini kerana ayahku lebih memahamiku dan aku lebih mesra dengan ayahku berbanding mamaku. Mama ku lebih pentingkan kerjayanya sebagai CEO Syarikat Kecantikkan miliknya. Ayahku pula seorang pengurus chalet yang tersohor. Walaupun kami tinggal berjauhan tapi ayahku tetap menjenguk kami sekeluarga. Namaku Aera dan bermulalah kisah hidupku sebagai pelajar kelas akhir di sekolah baru.
Aku bangun tepat pukul 6 pagi untuk ke sekolah. Setelah siap semuanya. Aku mengeluarkan basikal daripada garaj kereta. Ayahku tidak dapat menghantarku kerana dia mendapat panggilan kecemasan dari chaletnya. Aku tindak marah padanya. Aku mula kayuh basikal untuk ke sekolah. Tidak jauh cuma beberapa minit sahaja. Sedang aku kayuh basikal, aku terdengar bunyi bising daripada budak lelaki. Aku pusing ke belakang dan terkejut melihat beberapa pelajar lelaki sedang berlumba basikal. Aku sangat terkejut sehingga hilang kawalan.
*PAMM!*
Aku dilanggar salah seorang dari mereka. "Hoi, kau tak nampak ke?!" Aku terkejut kerana dimarahi. Aku membalas. "Kenapa salahkan aku pulak? Kau yang bawak basikal gak tentu hala! Dah la bawak huyung-hayang. Aku ni bawak basikal kat tepi je. Kau yang bawak basikal naik atas bawah." Lelaki tu membalas. "Kalau tak reti bawak basikal jangan bawak. (Sambil menolak kepalaku)." Dia beredar dari sana dengan kawan-kawannya. Aku menjerit memanggilnya tapi tidak dihiraukan.
Aku melihat jam di tangan ku dan terkejut kerana beberapa minit lagi sekolah akan bermula! Aku kayuh basikal dengan laju. Sampai sahaja aku di sekolah. Tiada seorang pun di luar. "Mana semua orang? Ke aku lewat?!" Aku bergegas ke garaj basikal dan terus berlari ke bilik guru untuk melaporkan diri.
Aku tercari-cari di mana bilik guru. Aku ternampak seorang lelaki di penjuru. Dia agak muda dari segi mukanya. Aku bertanya. " Maafkan saya, kat mana ye bilik guru?" Dia membalas, "Mana adab kamu dengan guru?" Aku terkejut. "Eh, mintak maaf cikgu. Mata saya tak jelas tadi." Balas aku. "Takpe. Memang ramai akan cakap macam tu masa first day kalau jumpa dengan saya. Awak Aera kan? Jom cepat masuk kelas. Lambat awak datang harini. Lain kali jangan ulang lagi kesilapan ni ya." Katanya. "B.. Baik cikgu." Balasku.
*Berjalan ke kelas*
"Cikgu tumpang tanya. Nama cikgu apa ya?" Tanyaku kepada cikgu. "Nama sy cikgu Dong-Yul. Umur saya 26 tahun." Balasnya. "Ouh. Ok cikgu Dong-Yul". Dalam hati aku bertanya, "ada aku tanye ke umur dia tadi. Argh biarlah. Muda jugak. Dah la tinggi, putih pulak tu."
*Sampai di kelas*
" Selamat pagi cikgu", ketua kelas Lee Hong. "Selamat pagi semua, duduk ya. hari ni saya nak memperkenalkan seorang pelajar baru perempuan, silakan masuk", kata cikgu Dong-Yul. aku pun masuk ke kelas dengan perasaan bercampur . " Hai semua, selamat pagi. Err.. Nama saya Yoo Ae Ra, kamu semua boleh panggil saya Aera. Saya tinggal di kawasan yang agak dekat dengan sekolah. Saya.." Tiba_tiba aku tertumpu kepada seorang lelaki di meja belakang dan ya! Itulah lelaki yang mahu melanggar aku tadi!
YOU ARE READING
PEMBULI ROMANTIS
Teen Fictionkehidupan seorang remeja perempuan yang sangat mewah tetapi penuh dengan kesedihan. hidupnya mulai berubah apabila dia berpindah. @mynameis_az ceritakan/beriah sedikit komen kerana saya baru je nak belajar :) :) :)
