K : 21

1.7K 224 20
                                    

Mata dibuka perlahan lahan. Suara yang seolah olah dikenali membuatkan dia memandang ke kiri dan kanan.

"JUNGKOOK ! AKHIRNYA SEDAR JUGAK KAU !" Taehyung menjerit gembira. Jungkook menayangkan senyuman tawar. Kepalanya kerap memikirkan tentang Yeoreum secara tiba tiba.

Rindu yang membuak buak menerpa. Tapi dimanakah isterinya itu? Taehyung mengambil tempat disebelah Jungkook. Senyuman hambar diukirkan.

"RINDU ISTERI KAU TAK?" soal Taehyung secara menerjah. Jungkook kekal mendiamkan diri. Fakta yang mengatakan Yeoreum sudak tak perlukan dia membuatkan dia mengetap bibir.

"Aku mengaku, rindu. Tapi rindukah dia pada aku ni?" Jungkook menundukkan kepala. Taehyung menepuk bahunya.

"Dia rindu kau gila, Kook. Dia nak sangat jumpa kau, Kook. Nanti aku bawak kau jumpa dia. Tapi lama lagilah, dia busy siket" Taehyung mengangkat kedua belah keningnya.

wait whutt ? Rindu ? huh.

"Aku taknak jumpa dia. Tak payah bawak aku" Jungkook memeluk tubuh.Cukupla hati dia terseksa sebab wanita itu. Dia tidak mahu menanggung seksaan itu lagi.

"Tapi Jung––"

"AKU TAK NAK ! AKU TAKNAK LAH ! KAU TAK FAHAM BAHASA KE ?" Potong Jungkook. Dia mendengus marah. Matanya digulingkan tanda menyampah. Taehyung mengeluh berat.

Kenapa Taehyung yang bagai menanggung semua masalah ?

Persoalannya kenapa ?

"Ha iyelah Kook. Kau dah lama koma, makanlah. Perut kau lama dah kosong"

"Hm, okay"

[√] Who Are You | 정국Where stories live. Discover now